Thursday, November 14, 2013

:: Terima Kasih Cikgu! ::

25 Ogos - 14 November 2013. 

SMK DMAS.

Terima kasih.
Atas segala pengalaman dan kenangan.
Jadi cikgu bukan satu benda yang mudah. Dan sangat mencabar. Hari ni, last day aku kat situ. 
Kalau nak men-story-kan semua kisah aku kat sana, memang sampai ke tahun depan pun tak habis lagi. Dari pagi sampailah waktu balik, ada je bahan baru. Dengan kelas yang huru-hara, student yang sengal tak habis-habis. Mulanya memang serius aku stress. Rosmaliza lah jadi tempat aku mencurahkan semuanya. Hehehe. Nasib baik ada jugak geng cikgu ganti. Fizah pun tak dilupakan. Walaupun kejap je kita kenal. Make over library sekolah tu dengan bahan terpakai. Jimat tapi kreatif. Haaa, itu bijak! :)
Nakal? Bijak? Sengal? Semua ada. Complete! Dan tu semua melengkapkan suasana. Ada hari aku rasa macam.. arrghhhhh!! tapi bila dikenangkan balik, boleh buat aku senyum. Mana taknya, aku boleh masuk ke 'alam' remaja rebina , dengar gosip liar , cinta monyet , ayat jiwang karat, budak acah-acah gangster.... dan.... kes pancitkan tayar si Suis aku tu. Sape buat hah? Baik ngaku! XD

Bihun sup Kantin Pok Bakor. (kan?) 
Punch-card waktu pagi yang mesti before 730am.
Evidens PBS + bilik PBS.
Buku teks + Bilik SPBT.
Tuisyen anjal PMR.
Library.
Dictionary.(walaupun student selalu lupa bawa)
ICT yang selalu menggoda student. (terus diam bila dapat masuk ICT)
dan... apa lagi ye...

Akhir kata, sambutlah salam sayang.. (errr) ... dan rindu dari saya cikgu gwiyomi. (Hahaha).


Friday, September 20, 2013

:: Assalamualaikum Cikgu! ::

Fuhhh fuhhhh. berhabuk, bersawang, berdebu betul. Lama tak update. :)

Cikgu? Ye! Aku sekarang dah jadi cikgu. Tapi untuk 2 bulan ++ je. Ganti cikgu cuti bersalin. Syok jugak jadi cikgu ni. Mana taknya, hari-hari masuk sekolah, kerja ikut jadual kelas je. Ada masa mengajar, ada masa rilek je. hehe..

Aku ajar subjek Bahasa Inggeris untuk PMR. Cara aku simple je, ajar basic English dan buat ulangkaji sampai faham. Enjoy and kita kasi bingit ini kelas. Tu konsep kelas aku. Tak nak belajar, jangan ponteng... tapi pergi belakang, dan sila tidur. Baguskan? :)

Sebahagian kanak-kanak rebina SMK D'Mas 
yang bakal serang hendap PMR 2013.

Syok jadi cikgu!!! haha :)

Friday, January 11, 2013

:: Dua Puluh Tiga Bermula ::


Episod baru bermula lagi.
Melanjutkan masa untuk melangkah lagi dibumi Allah.
Alhamdulillah, masih bernafas.
Dikurniakan keluarga yang sangat mencintai.
Dipertemukan dengan kenalan yang boleh dikatakan sahabat, kawan , teman dan juga saudara.
Dipertanggungjawabkan untuk mencari ilmu yang terdampar luas dibumi Tuhan. 

Terima kasih atas doa dan ucapan.
Semoga Allah memakbulkan semua doa itu.
InsyaAllah. :)


Semoga kita dirahmati, diberkati dan diperlihara oleh Allah didunia dan diakhirat kelak. :)