Monday, December 26, 2011

:: Syukur. Ahli baru, selamat datang sayang! ::


Alhamdulillah.
tahniah utk abg ngah & kak lina.
dan tak lupa, si aqil debab! he he
perempuan, berat : 3.91kg
nama? tanya parents dia pun, diaorang still confuse.


------------------------------------------------------------
disember? aiyak..
aqil = 19 dis
mak = 28 dis
fatin = 29 dis
and now, lil baby = 26 dis

Friday, December 16, 2011

:: Jodoh, kita tak tahu.. ::

Pernah tak terfikir, siapa yang akan kita nikahi, menikahi atau bersama sampai kita mati. Dan insyaAllah, sampai ke syurga? Memang takkan tercapai bagi yang belum berpunya , Err. macam cikFa. He He He. Tapi yang sudah berkahwin, dah masuk ke fasa kehidupan yang baru. Tahniah. Dan sampai seru dan kalian dah berjaya menyambut seruan dengan jayanya!

#tepuktepuktangan

Sebut pasal bertemu dengan SI DIA yang tepat ni, sangatlah susah. Dan memang satu perkara yang susah nak diramal. Dan kita tak boleh nak jangka. Even, makcik pakcik yang dah hidup 50 tahun pun, belum tentu dapat merasakan si polan ni jodoh bagi si polan. Atau sebaliknya.

Kenapa? Sulit sangat ke cikFa ? Susah nak ramal? ramal yang macam mana?

Sebab semua tu bukan kerja kita. Tu semua Allah dah tetapkan. 

Cuma kita, teruskanlah mencari. Dan mencari. Jangan mengejar. Tak manis u! Gelojoh sangat nampak. Huduh taw!
Tangkap takpe. Curi pun oke gak.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kawan : kawan ko tu perempuan? kalo ya.. chantek la. baru semangat nak tolong!
cikFa   : Ha ha ha. sempat lagi. Nebeng sungguh!
kawan : ala.. boleh ejas untuk aku, jadi dah! 
cikFa   : yela.. jodoh.. sape tahu kan.. :)

Saturday, December 10, 2011

:: surat untuk awak ::

dia (awak)
rumah awak.
(alamat rahsia - terlalu peribadi)
10 dec 2011
Kehadapan awak,
Ketika awak baca surat ni, confirm uncle posmen dah selamat hantarkan surat ni kepada awak. Yela, kalau tak sampai, takkanlah awak boleh baca. Awak mungkin tengah tersengeh sekarang. Dapat surat cintalah katakan. Opss. Maaf, saya terlebih excited pulak. *malu.
Awak, awak. Tujuan utama saya tulis surat ni, saya nak bagitahu awak. Yang saya kan, selalu tengok awak. Eh, awak jangan cakap saya sekodeng awak tau! Saya cuma tengok hujung-hujung mata saya je. Saya malu. :)

Saya selalu gelak besar sampai tak ingat dunia, bila tengok gelagat awak yang bodoh poyo tu. Ingat lagi, masa awak lari dari pak guard sekolah. Awak jatuh longkang, sampai koyak seluar. Comot awak. Tapi, jangan bimbang. Awak tetap comel. Kalau awak makan pun sama. Habis kotor baju, selalu makan sampai tumpah. Comot, tapi tetap comel.

Saya tahu. Saya ni tak cantik. Sebab mak selalu cakap saya comel.Tak kisah la tak cantik, janji saya comel. Macam awak. He he he. Jadi, kita sepadan la ye. Sebab awak pun bukan kacak mana pun (memang tak kacak pun). Kacak lagi budak baru yang pakai spek dalam kelas kita tu. Tapi, awak jangan la bimbang. Saya tetap suka awak.Walaupun, saya dah ngorat budak tu semalam. Sebab awak comel. Saya comel, awak comel.. baru kena!

Eh, saya kena tidur dah. Mak saya dah nak buat spotcheck. Nanti saya suruh uncle posmen hantarkan surat lagi kat awak ye. Saya ada pantun. Bacalah. Penat saya fikir.
turun padang nak tengok bola,
bola bulat bergentel-gentel,
awak ni memang tak boleh bla,
tapi awak tetap comel.
yang comel jugak,
-budak paling comel dalam kelas.

Wednesday, December 7, 2011

:: road to penang, jadi seekers ::

Ke Penang untuk Majlis Sambut Menantu Leen & Ruhi. Dah terlanjur ke sana, teruslah pusing-pusing Penang. Seronok jugak. Dah lama tak datang Penang, last ke sana, masa umur 10 tahun. Lawatan sambil belajar ke Utara. #belajarhabiskanduit.

Pusing-pusing bandar, lalu kat jambatan Pulau Pinang, memang cantik permandangan tengah-tengah malam. Bandar pun sibuk, dan sangat maju. Feri? Semestinya. Sebab kat tempat cikFa tak de, yang ada bot penambang je. Tu pun kecik. He He He.

Dan kerana feri tu, cikFa dah register untuk jadi Seekers..

Gambar ni, cikFa yang snap.
Lokasi : Atas feri, Penang
11.37pm , 02/12/2011

-------------------------------------------
apekah itu?
untuk gambar sepenuhnya.. sila klik sini