Wednesday, December 29, 2010

:: sudah tertulis itu milik kita ::

salam ^^,

" bola itu bulat "


"tergolek.. di tendang.. ke sana sini"

++pasti orang akan bercerita perihal bola++

tahniah buat harimau muda malaysia
14 tahun sudah
akhirnya.. piala kita punya!
TERBAEKKKK!!

tetapi, ni bukan topik utama untuk cik fa "membebel"
kalau time bola, boleh je riuh satu kedai mamak .. walaupun hanya kedai kopi beratapkan pokok angsana yang besar gedabak.. macam meriah.. wah!!!
tak kira .. tua ke muda..semua boleh himpun sekali. Dah macam nak sambut hari raya! hee~
esok, lusa dan seminggu ni akan ada sisa baki dialog hangat perihal bola..
minggu depan? ada lagi tak?
kedai mamak akan kembali sunyi..
yang ada.. hanya sorak sorai untuk game dari group jauh
nun di negara omputih..
hurm..
"semuanya akan kembali seperti sediakala"

++pertanyaan++
kalau apa yang cik fa bebelkan tu berlaku.....
bila bola sepak
harimau malaysia nak maju?


Tuesday, December 28, 2010

:: tak perlu kata apa-apa (senyum!) :) ::


salam ^^,

busy night at kL
beautiful morning at negeri sembilan
sweety everning at melaka

tapi.. cik fa dah ada kat temerloh! argh!


my family... thanks.. happy yg amat! next time.. langkawi?? yihaaa!


+++ cerita lain +++

" epi befday to my mum!"


Wednesday, December 22, 2010

:: bila korek.. bunyi.. kreeeekkkkkk ::

salam ^^,

bone marrow aspirate (bma)

orang kita panggil sum-sum tulang .. yang lebih mantap dan afdal " amik air tulang belakang"

cik fa dapat tengok secara real tadi
pesakit dah agak berusia , 50 ++ tahun dah la..

sangat sakit
dan menyeksakan!

ingat nak record video , then nak publish kan blog ni..
tapi, memikirkan keadaan pakcik tu tadi, cik fa batalkan hajat..
lagipun salah dari segi peraturan..
nantilah, cik fa carikan video yang sesuai.. cik fa publish..

nota.cikfa : kalau lah doktor sarankan utk BMA ni.. fikirlah dulu..
sebab.. sangat-sangat menyakitkan...dan menyeksakan..
sumpah!

Tuesday, December 21, 2010

:: 1 jan 2010 - 21 dis 2010 - banyak gile status! ::

salam ^^,

ada applications baik dari ladang kat fb

" MY STATUS IN 2010 "

mmg mantop!

hasil cik fa meng"updating" kan dan mengaktifkan via sms ( tanpa
sebarang pembaziran )
cik fa dapat 81 photo of status tu..

here : )
Bold
yang bulan januari punya..
punya la jiwang pembuka tirai tahun nih..
aduyai~
" i knew u are in happy and that's why i smile.. u make i'm fallin' in love.. and crazy to love..
i miss u my dear.. really miss u "


ni bukan lah penutup 2010..
tapi yang hari ni.. 20 dis 2010..
last update ( setakat yang terekod lah
" sending...wink ;) "


hebat?
ye sangat hebat!
cik fa bagi 4 bintang utk application nih!

Sunday, December 19, 2010

:: catatan buat anak ::

salam ^^,

kelihatan si ibu menahan perit sakit
seribu urat menegang
kemerahan darah pekat
si abah menahan sedih keluh resah
atuk dan opah..
tak jemu menjenguk
meninggalkan kerja di sana
sambil menunggu kedatangan anak kecil


semuanya bagai menanti-nanti
bagaimana raut wajah insan itu
pengalaman
semuanya pengalaman
menunggu insan anugerah Allah

kamu..
naufal aqiel
yang kami sambut
yang kami nantikan
kisah kamu
dua tahun lepas

kini kamu membesar
selamat ulang tahun sayang.. :)

:: anugerah lagi ::

daveharm.com


so kena la jwb soklan-soklan ni ;

a) jadi follower scha lien (org yg kasi awards)
- dah -

b) knp ambil awrds nih?
- org da kasi.. amik jela.. rezeki jgn ditolak! -


c) knp jd follower scha lien? (rela @ paksa)
- rela la.. lagipun da jd adat follow me-mollow neh.. hee~ -

d) komen psl blog scha lien ?
- cun! -

e) bagi kat 5 blog yg cun giler!
- sukasukisakan :: cik aizatul akmal -
- cik eiyra -
- cik yana -
- fanclubnubhan :: cik wyna -
- farahchomot :: cik farah -



Friday, December 17, 2010

:: ada apa dengan c-i-n-t-a ::

salam ^^,

seseorang
insan
yang membawa ke dunia cinta

membawa nikmat kasih
pelukan dan ciuman rindu
mewarnakan malam indah
bersama angin lembut bayu
buih putih terbang

air hitam kian jernih kerna adanya cinta
pergi saja jauh ke sana
aku tak perlukan hitam lagi

tak perlukan tangisan sedih
ketawa palsu dan hiba

yang ku mahu
ciuman rindu itu
hanya yang aku perlu
pelukan kasih erat

seseorang itu
cinta ku
hatiku
dan hari-hariku

inilah seseorang
tentang seseorang

Thursday, December 16, 2010

:: bila lakonan jadi dipentaskan ::

salam ^^

macam hari yang sudah, kerja di makmal hematologi yang rutin, aku teruskan ..
masuk je pagi tu.. terus ke kaunter depan , check sampel .. yang "stat" dan "ED" di utamakan..
run the sample!! yihaa..
perlayaran aku bersama-sama sampel pesakit bermula..

bila dan sunyi..
kerja aku.. berbaris.. pusing dalam unit hema tu..
pegang pen..
kononnya.. tengah tunggu result lah ye!
mata-mata masih perhatikan pergerakan aku.
kenapa? nak check.. aku buat kerja ke tak?
atau nak masuk line nak soal itu ini? yela, aku ni bukannya pandai sangat..
silap-silap.. kau yang tanya aku.. aku lak yang tanya kau balik..

** telefon berbunyi!!
tikah pandang aku..
aku...
" ye hello hema.. selamat petang..." dengan manis bahasa dan sopan bicara
"saya dari ED, nak trace result la.. bla bla bla...."
'' maaf ye, dlm rekod tak de la..''
- HANGIN MENYIRAP!-
'' mslhnya, dah hantar..''

-recheck
pihak ED silap tulis IC, so aku yang tolong "demo" ni hanya ikut ape yang ditulis
yang jadi mangsa.. pesakit itu!

BUKA MATA, BUKA HATI DAN SENTIASA HATI-HATI

Wednesday, December 15, 2010

:: abang bomba segak berjaya ::

salam ^^

ada abg bomba masuk makmal



PANAS!

API!
KEBAKARAN!

masih berLENGGANG KANGKUNG goreng belacan..
menuju ke EXIT kecemasan..


menuju ke ZON D
berhimpun di situ..
ada yang berbaju lab
dan tak dilupa dengan mereka yang berhandbag.. ( sempat ye kak.. tarik handbag tuh)
encik sitologi kita.. sempat snap2 pic lagi tuh!

** LATIHAN KECEMASAN UTK KEBAKARAN?
0300PM

Tuesday, December 14, 2010

:: tangan vs teknologi ::

salam ^^

DUNIA tanpa batasan
semuanya dihujung JARI

masih merangkak-rangkak utk guna komputer?
masih segan-segan nak guna komputer?

cadangan yang rasanya belum terlambat ;

"SILA SIGN UP DI FACEBOOK"



** cik fa jadi tutor komputer a.k.a s/u kat lab hema.

Monday, December 13, 2010

:: b i l a ::

salam ^^

b i l a
c i k f a
r a s a
. . .

s a k i t b e l a k a n g
l e n g u h

c i k f a
m u l a c a r i
s a t u p e l u k a n h a n g a t

. . . .

b u c h u k c i k f a m a n a?


Sunday, December 12, 2010

:: cendewan ke kulat ? ::


salam ^^

eh, ade program baru ker?
"kawanku bintang coca-cola"

seingat-ingat la, dari zaman kecik sampai la dah bersar gedabak nih..
dah berderet-deratan list porgram realiti utk jadi selebriti a.k.a penyanyi..

::bintang rtm::
::sinaran pasport kegemilangan::
::asia bagus::
::akademi fantasia::
::mystar LG::
::one in the million::
::kamilah bintang::
::idola kecil::
::kawanku bintang coca-cola::

dah mcm cendawan la plak.. eh.. ke still kulat lagi?

** tu tak dikira lak satu program tu.. ade brape seasons.. haa~


domo-kun pon da ikut nyanyi da

Saturday, December 11, 2010

:: kira-kira ::

salam ^^,

cik fa jadi cikgu math + menteri kewangan

perjalanan dari temerloh ke kuantan( dari susur keluar kg.awah& bandar jengka)

plan A : melalui highway pantai timur KL-Kuantan..
susur keluar ke kuantan
harga tol sebanyak RM 26 ** ( pergi balik)
minyak kereta sebanyak RM 20 ** (pergi balik)
total : rm 46 **

plan B : melalui highway pantai timur KL-Kuantan
susur keluar ke gambang
harga tol sebanyak RM 19 ** (pergi balik)

minyak kereta dalam RM 30 ** (pergi balik)
total : rm 49





nota.mata.kaki.telinga.dan.otak >

:: dont drive when u are sleep ~ bhahaha
:: jalan hampeh di sepanjang gambang - kuantan ( ikut uMp to bandar)
:: just speeding! time is running out!




** ni kiraan utk biba je.. utk keta lain.. cik fa x campor!

Thursday, December 9, 2010

:: dah bau dah!!! ::

salam ^^,


dah!!!
bau dia dah datang dah!!!
campur ngan bau teh panas lagi..
ya Allah..
manis nya!!!


gebu ..
bulat..
cun semacam!




mmg siyes homemade punya :D
















masih ada pertanyaan..
bila dpt mkn nih? asyik tgk gmbr jerk.. ;(


Tuesday, December 7, 2010

:: ia tolong kami dating ::

salam ^^,

via the phone! ahaksz

penangan RM2 dan guna hp sepanjang hari..
khidmat cemerlang dari CELCOM
:D

since khidmat hebat ni ada..
cik fa ta pernah nak guna
bukan hape..
line kat temerloh bandar patin ni agak menyedihkan..
:(

* mr.hunnybee.. u need to use dat khidmat cemerlang everyday yeah.. and call me yeah!!

bagi meningkatkan kualiti khidmat cemerlang..

celcom..
sila amik perhatian dan keperihatinan..
coverage di bandar patin
agak ketandusan..
susah lorh nak date via phone..
hee~

" SEGALANYA DI TANGAN ANDA! "


Sunday, December 5, 2010

:: pena pun tahu nak emo ::

salam ^^,

tulisan skrg yang agak "marah"

bila manusia dah "panas"
tak blh nak control
ape yg dickpkan..
ape yg di tuliskan



bila manusia dah "sayu"
tak blh la nak control cerita sedihnya..
ape yang dia tangiskan..

sedih?
marah?
letih?

ape lagi..
tulislah!

sebab pena pon tahu emo :D

:: antara sebulan dan hari ini ::

salam ^^,

temerloh-kJ-kT

perjalanan yang sgt panjang!

cik fa drive biba by herself..

kerinduan terubat

cik fa tidur dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran :D

waffle in the mug!

mr.hunnybee..

thanks for everythings..
my family
my loved : mr.hunnybee
my u.S garls

:: award beautiful blog! ::

salam ^^,

yihaaa! cik fa dpt award!


thanks taw cik eiyra

1. berikan satu nickname untuk saya :
- cik eiyra pepel2

2. ucapan untuk pemberi award :
- tenkiu2 daun keladi.. nanti2 nak lagi ye! :D

3. listkan 6 band/artis/ group yang korang minat :
- mcm ane nak list sbb xde la sgt artis secara spesifik..
sbb minat lagu.. bukan artis.. cuma.. antaranya ..
. greyskymorning.
.nubhan.
.aizat.

4. bagi award ni kepada 10 blog yang paling cantik dan cun :
- mak aih.. 10?? yang nak award ni leh amik ye.. tapi cik fa nak dedicated kan kpd...
.cik yana.
.farahchomot.
.miszschalien.
.missbobo.

^^,

Thursday, December 2, 2010

:: ikhlas ke tak ikhlas? ::

salam ^^,

hye kau!
kau ingat aku ni bodoh ke ape?
hah?
mcm la ko bayar aku!
ade ko bagi aku duit poket?
tak de kan???
hah??!
gile ke hape?
aku mcm nak mati buat itu ini..

ni yang kau bagi?
kau tak rasa ape yang aku rasa..
hahahaha
ye ye!
aku memang tengah ceduk ilmu kau
tapi tapis la sikit woi!
aduyai..
meh kita tukar tempat
nak?
tak sanggup kan?!


Wednesday, December 1, 2010




l.e.t.i.h






salam ^^,

"senyum sikit!"
cik fa : :)
(3 saat je pastu :/ )

hari ni l.e.t.i.h ...
:: sakit perut ::
:: pening kepala ::
:: lenguh kaki ::
:: pening tengok status blood kat blood bank ::
:: handle komponen darah ::
:: cuaca yang tak stable ::
:: cik fa letih! ::









Tuesday, November 30, 2010

:: malu? pemalu? tak tahu malu? ::

salam ^^,

hye kau!
jangan berlagak!

malu tak kau atas kelancangan kau tu?
malu tak kau kalau apa yang kau laungkan di palitkan ke muka kau tu?
malu tak kau dengan ayat-ayat cerdik pandai kau tu?
malu tak kau jika kau berada ditempat itu?

pemalu ke kau ni?
pemalu ke kau sampai tak tanya tuan punya cerita dulu?
pemalu ke kau sekarang sedangkan selama ni elok je kau lontarkan seribu soalan!

tak tahu malu kau ni!

shit:



Monday, November 29, 2010

:: " raba? atau bagi raba?" ::

salam ^^,



"encik... " ( suara yang manja lagi mengoda gemersik jiwa!)


di raba? di sentuh??!!

pernah dgr GANGUAN SEKSUAL?
jgn cakap tak pernah erh.. kang cik fa kasi penampo free sebijik kang!

gangguan seksual ni ada dua keadaan..
dari WANITA kepada LELAKI..
dan dari LELAKI kepada WANITA

contoh:
WANITA kepada LELAKI
dari segi pakaian yang seksi dan seksa.. menjolok mata si jejaka yang memandang..
suara dan cara pembawakan diri tu pown leh jadi gangguan seksual..
pada gadis-gadis.. wanita..
hati-hati ye!
kang tak pasal2 korang di DAKWA!
menjalankan GANGUAN SEKSUAL!

LELAKI kepada WANITA
sah2 la dari segi perbuatan..
yang kes meraba ke..
sentuh-sentuh tangan..
manja-manja gitu..
tak lupa.. dari segi pandangan!
haa!! kang cik fa cucuk mata tu kang!


Sunday, November 28, 2010

:: persaraan? ::

salam ^^,

mengepost di petang hari? itu bukan kerja cik fa taw!
tapi.. utk kali ni.. xpe la.. :D
..mencintai itu indah walau tidak mendapat habuan
lagi indah jika melihat kebahagian
terlalu indah jika ada hati yang menerima..


cik fa jadi dr.love lagi.. (bhahah.. gila da cik fa neh!)
-dah2.. jgn merapu lagi..-

back to the story..
ada yg bertanya.. cik fa da bape lama jadi bloggers yang tak berlesen ni?
cik fa punya first post on 8 oct 08.. jadi.. bila da ditolak terajang..
adalah lam.... 2 tahun mcm tu..
dan hampir hari-hari cik fa blog.. mcm-mcm kisah yang cik fa tulis..
kebanyakan.. pasal hidup cik fa..
apa yang cik fa tulis.. cik fa anggap perkara penting bagi cik fa..
suka dan duka.. semua lah!
tak di lupa jugak dengan hasil merapu cik fa.. (hee~)

ada yang tanya.. sampai bila nak blog2 segala nih?
tak buhsan ker?
kalo tak de yang baca mcm ane...??
cik fa pernah terlintas nak stop blog2 dan sejujurnya.. pernah buat blog lain..
tapi.. rasanya tak sama mcm ni orangeingreen nih.. kenapa? ( :D)
bosan? tak de yang bosan melainkan.. cik fa langsung xde cerita yang nak di ceritakan..
bab org baca ke tak... cik fa tak kisah.. komen ke x.. pown tak amik port..
lagipun.. dulu.. ada kisah dan sejarah..
si pengomen just wanna wat cik fa hangin satu badan!.. so.. xde komen pown xpe.. :)

tak rasa nak BERSARA??!
bersara?
mungkin masa itu akan sampai..
satu hari nanti.......
hari itu akan sampai..
masa tu..
takkan ada post dari cik fa lagi..

petang di temerloh sgt sunyi

Friday, November 26, 2010

:: ade soalan ni.. so sila jawapan ye! ::

salam ^^,

cik fa has been tagged by sha lien

so, cik fa akan menjawab semua soalan tu..
soalan.. jadi kenalah ade jawapannya kan..


1. apa yang paling penting dalam hidup korang?
:: family, hunnybee, kawan-kawan, kasih sayang dan apa yang cik fa ada sekarang ::

2. benda terakhir yang korang beli dengan duit korang sendiri?
:: cik fa beli ape erks... hari ni.. hurm.. haa!! roti! cik fa beli roti tadi.. ::

3. adakah korang bercinta sekarang?
:: cik fa sedang berchenta!!! ::

4. berapa lama korang akan mencintai seseorang?
:: lama mana?? hurm.. selama jodoh cik fa dengan dia..
tapi, cik fa selamanya cintakan family cik fa!! ::

5. di mana korang akan jumpa kekasih korang?
:: di dalam rindu! perghh!!~ ::

6. novel/ buku/ majalah terakhir yang korang beli?
:: berita harian tapi dah berbulan da ::

7. apakah nama penuh korang?
:: mak cik fa pesan.. jgn bgthu nama penuh kat alam siber! hee~ ::

8. antara mak dan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?
:: dua-dua la.. !! ::

9. namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
:: orang yang betul-betul nak jumpa cik fa ::

10. namakan tempat yang korang betul-betul nak pergi?
:: pantai ::

11. pilih salah satu.. peluk atau cium?
:: peluk [ peluk buchuk!] ::

12. 5 lagu yang paling bermakna dalam hidup korang?
:: cintailah aku sepenuh hati by ari lasso [ nak dgr? ] ::
:: i miss you by miley cyrus [ nak dgr? ] ::
:: far away by nickelback [ nak dgr? ] ::
:: sempuna by andra & the backbone [ nak dgr? ] ::
:: shut up & kiss me by orianthi [ nak dgr?] ::

13. beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang..
:: mek lin tu nama panggil dia! ::
:: sengal ::
:: gila karok! ::

14. 5 benda yang korang sayang sgt dalam hidup korang?
:: buchuk ::
:: mr.biba ::
:: hp ::
:: pinky ::
:: shawls ::

15. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
:: 11 jan 1990 ::
:: last sambut?? aiyoo.. byk neh.. @ car park ptpl college terengganu ::
:: u.S ::

16. 5 blogger / followers yang korang nak tag..
:: pendekarpetai ::
:: farah chomot ::
:: cik yana ::
:: sukasukisakan ::
:: sukemakan ::

selamat menjawab!

Wednesday, November 24, 2010

:: dapatkan rentak.. teruslah menari ::

salam ^^,

hari ni da masuk hari ke-9 cik fa jalani praktikal kat HOSHAS..
esok da 10... wah! baki hari praktikal?? huuu~

aku da dapat baca dan dalami rentak tarian kat makmal sni.. dan tarian pun da boleh aku layarkan secara perlahan.. (menari-nari jugak.. rindu da menebal nih!)
mcm ane erh?? insyaAllah lagi 2 minggu , i will home! :D

acctually, xde ape nak di story kan..
sbb hari2 di blood bank agak stereotaip.. sbb sampel dan ujian rutin yang sama..
transfer komponen dan darah tu perkara biasa..
haaa~.. transfer component..
aku da wat silap!
tersalah tulis ABO group utk pesakit B/O yang ade kat NICU..
darah B.. tulis O! aiiyo!!!.. ape cer nih cik fa.. hee~
seb bek xde yang hantuk kepala lutut kat muka aku.. ( ganas2)

trademark hari ni... "sy kan student.. jd.. kena belajar.. dan u all kena la ajar.. hee.. peace!"

esok.. kerja di jengka 7.. jalan-jalan.. :D

mr.hunnybee.. love u!
mom, dad.. and my family.. sowi2.. kes cat2 tu sgt2 mengempaqkan!
mr.biba.. nak x langsir?? kotak2 mcm keta yang smart tadi tuh?? hee!!~

Tuesday, November 23, 2010

:: disko! jom disko! ::

salam ^^,

wuhuu! da lama x blogging.. ape mcm? ( mcm ape?? mcm nih la weh!)
banyak benda yang terjadi yang agak menjadi..
mula-mula.. cik fa nak habaq mai psl perjalanan kerja cik fa..
haiyyaa.. letih meh! hari-hari masuk lab.. wat keje.. catat itu ini dan mcm2 lagi.. :)
and the next.. kisah umah baru.. a.k.a uS baru cik fa
cik fa stay ngan cik ir.. dan bersama-sama ngan 4 org staf kat sni..
hidup di umah sewa.. mcm besa la.. itu ini kena share!
tu x kisah la kan.. tapi.. mcm SENGAL jerk!
harta cik fa.. mr.biba!
di sabotaj org jiran yang BODOH!
biba ku yang encem tu.. di simbah cat itam!..
hye derr.. ko ingat aku neh ah long ceti haram tu ker?? ke ko ingat aku mafia!
before this , xde lak ko sibuk nak park kat situ.. bila aku dah park.. ko nak simbah2 aku ape hal!
ni ke org yg keje kerajaan??! so............. bodoh!

and then,
cik fa di landa virus letih..
atau lebih tepat.. virus malas!
malas nak berjaga malam!.. asyik2 mau tidur jerk!
hee~~

p/s : sama2 duduk umh ni.. sama2 jaga..
( sampah tu bila nak buang kak??!)

cik fa rindu !

Saturday, November 20, 2010

:: kisah perjalanan yang panjang ::

salam

agak berhabuk laman cik fa..
cik fa rindu nak berceritera.. tapi.. terbatas
line internet yang slow dan kesibukan yang melanda..
seharian kerja di makmal , letih bukan kepalang.. dengan sejuk aircond.. dan bau darah yang sgt2 kuat!
alhamdulillah..
cik fa da mampu supply darah, buat ujian gsh dan rekod semua drh yang da guna dan xdiguna dengan sempurna..
next week, kerja baru lak.. buat known cell, OE dan GXM..
thanks to staff makmal.. nak2 lagi geng2 blood bank!.. atas semua nya.. (ucapan mcm da nak habis.. pdhal baru 1 minggu)

apa yang cik fa tak pernah lalui sblm nih?
> raya di perantauan!
mak aishh mcm ni ke raya di tempat org.. sunyi sepi bagai diserang garuda dan frontier!! bhaha.. raya la sgt..
aku siap beraya ngan ubat, selimut, buchuk dan cerita korea! hahaha.. sakit dowh!.. kalo tak, da gerak ke KL..

apa yang cik fa nak sgt skrg?
> makan kek! sambut aniversary! sbb 20 nov genap la hunnybee 4 bulan!

cik fa letih ta? nyesal x duk sni?
> tak nyesal! tapi.. cik fa letih sgt2.. dan rindu sgt2 kat family.. dan sume la!

****

Monday, November 15, 2010

:: segalanya baru ::

salam ^^,

w.e.l.c.o.m.e to temerloh!
w.e.l.c.o.m.e to Hoshas too!!

first day kat hoshas mmg memenatkan dan mengejutkan
aku.. da kena posting sorang diri kat blood bank!
aduyai.. dengan badan yang ta sihat, aku kena berdiri dan buat keje2 ..
mmg simple mimple jerk..
tapi mcm senak gak otak ni nak pick up kan..
yela, zaman ptpl sume nye manual.. blood grouping pun ada jubin..
kat sni.. blood grouping (re&fow) kena wat serentak.. campur lagi check antibodi..
kiranya secara general, aku nak wat GSH.

anyway, pengalaman is pengalaman..
terasa? kena marah?? tegur??? soal jawab...
semua tu akan jadi asam garam aku kat sini..

ta de hari ni.. ta de nya esok lu tulat dan seterusnya..

@ rumah baru.. tingkat 7, quartes staf hoshas

perasaan : sgt2 rindukan insan yg dirindui :D

Saturday, November 13, 2010

:: ni ke jalannya ::

salam ^^,

pagi yang hening esok,
cik fa akan berangkat ke temerloh utk mengharungi satu lagi
lembaran kehidupan mahasiswa yang baru
ALAM PRAKTIKAL!

ekeke.. praktikkan lah ye ape yg da blajar selama 2 tahun setengah ni..
dan kumpul lagi ilmu2 yang ada.. dlm mase setengah tahun
so.. jadilah 3 tahun!!

lom gerak lagi..
tapi da mcm2 ayah suh aku plan..
yelah, nnti dah graduate.. sah2 mak, ayah nak tgk hasil yg aku dptkan..
samada aku kerja terus.. (kalo ade rezeki aku)
atau still berkawan dengan buku2 ( sambung belajar )
cuma yang pasti..
aku akan habiskan diploma ni dengan jayanya dulu!!

"MASA DEPAN" KU, here i come!!!

jauh? mmg..
hnnybee akan berjauhan..
xpe syg.. kita kan KUAT! :D

Thursday, November 11, 2010

:: telinga bermasalah? ::

salam ^^,

telinga awak okey..
cuma.. bermasalah..

ape ni doc.. mne satu nih??

mak kau!.. sekali 4 biji ubat.. utk 2 kali sehari..
1 titik poison aq utk 3 kali sehari..
sekali titis.. arghh!! mau nak tercabut telingo den ni hah!

mr.hunnybee..
jgn bimbang..
ambil berat xpe ye!
hee~~

u.S gang!
jgn ahh sedey gitu..
buruk beno nampak nye!

esok da jumaat...

Tuesday, November 9, 2010

:: berlalu ::

salam^^,

cik fa da secara rasmi pindah keluar dari u.S
selamat tinggal teman-teman
adik-adik..
jiran-jiran..
dan semua senyum hilai tawa dan air mata yang cik ukir satu masa dahulu

pertemuan dan perpisahan satu daripada perjalanan hidup
berat ingin cik fa langkahi.. tapi.. cik fa perlu dan mesti!

bobocuya,shalien,azienisa,juekin,gee2,iena,te'ah, yann..
cik fa tinggalkan u.S untuk kalian..
hidup kat u.S mmg masyuk!! jaga diri..

jiran2 sebelah umah..
cik fa ada permintaan..
tlg tgk2kan bang zil cik fa tu.. hee~

kalo ikut nak wat ucapan.. sah2 berjela2 punya kan..so..
cik fa na stop..
telinga cik fa pon da semakin sakit..
kena makan ubat!

mr.hunnybee, thanks for dat scarf :)
jaga "boo" elok2 taw..
sbb couple boo ade ngan cik fa ni..
thanks for the greatest moments.. really mish2 u right now!
i need you!

jaga diri..
jumpa lagi
:)

:: beberapa detik je lagi ::

salam ^^,

berdebar. membakar.menyirap.kesakitan.kegembiraan

lalui hari yang berbaki hanya dengan kiraan jam sangat menyeksakan
macam aku nak buat.. itu ini..
mcm2 aku nak tengok
nak rasa
semuanya!
aku jalani semuanya hari ni
terima kasih utk semuanya
klinik.kolej.makan2.jalan2.. semuanya!
saya akan rindukan semua ini..

to u.S : terima kasih menjadi tempat cik fa berteduh selama setahun lebih ni.. dengan teman-teman yang superb
ptpl : perhubungan dan kerja kita belum selesai ye.. after april 2012.. kita jumpe lagi
geng2 area sini : thanks jugak sbb da jadi kwn cik fa .. gelak sama2..minum2.. tgk bola.. sume la!
musuh2 tradisi : thanks sbb ceriakan hidup cik fa dengan perangai "bla bla bla" korang.. bhahaha!

my dad, mom, family : love u all .. thanks for supporting me..

my mr.hunnybee : will miss u darl.. :) thanks.. good luck!

sedih.sayu.sumpah cik fa berat nak melangkah pergi..

moga-moga post ni dpt legakan cik fa dan semua..

" waktu terasa semakin berlalu..kini kita cerita tentang kita "




Friday, November 5, 2010

:: ape nih! byk tol kejadian ::

salam ^^

hari ni..
cik fa letih sgt.. ingt nak taip2 sal info.. tapi..
mcm letih lak..
so sape2 yang tunggu info dr cik fa..
maybe next time ye..
:)

ape jadual org yang bernama cik fa pada 4 november 2010?
pagi : sakit perut tahap maksimum
then, kena gagahi jgk..
ke presentation utk mini thesis praktikal..

petang : makan2.. blh tahan lagi ar..
having a good time larh..
make a new hair..

malam : ke KTS.. got a hepatitis B injection..
sakit meyh.. sbb nurse tersilap bagi cik fa 0.5 ml..
so.. cik fa kena inject dua kali.. ( normal : 1ml)



u.S banjir dowh! biba... :(


Thursday, November 4, 2010

:: wanita sejati ::

salam ^^,



saya ta nak da!
saya na jadi wanita sejati!
(wah!)

macam ane wanita sejati tu?

:)
tags to : hanna riana, lien

(11 days)

Wednesday, November 3, 2010

:: ur request has been excepted! ::

salam ^^

" cikfa, awak dpt temerloh!"

TEMERLOH??!

kenapa??

family kat terengganu,
buah hati kat terengganu,
study kat terengganu, membesar kat terengganu..
makan minum sume nye terengganu..
tapi time praktikal kenapa temerloh??

sebab :

cik fa nak rasa suasana baru.. yela, keje start hari ISNIN!
lagipun tempat terhad kat terengganu neh, so utk pastikan cikfa dpt tempat yang bagus..
TEMERLOH lah jwpnnya :)
then, masa cik fa isi borang resume utk apply hospital..cik fa xde bang zil lagi.. (single mingle gitu)..
jadi xkisah sangat request jauh pon.. hee~
SEKARANG?
nak ke tak nak ke.. kena jugak gi..
jauh ke dekat.. tak penting..
janji praktikal aku berjaya..
THESIS aku "masyukkk"

pejam celik pejam celik.. rasa mcm semalam je aku baru masuk orientasi kat PTPL..
rupanya.. today was last day aku ade bengkel utk praktikal..
wah!
da nak settle perjuangan aku ni..
pasni???
perjuangan akan ku sambung lagi! :)


Monday, November 1, 2010

:: sakit meyh! ::

salam ^^

AWAS!

penyakit kencing manis atau doktor-doktor dan bakal MLT mcm cik fa neh panggil diabetes mellitus..
mampu melenyapkan semua impian dan cita-cita dalam hidup kita..
nak tahu kenapa?
based on buku yg cik fa baca kat library awam..
"A touch of diabetes" by Lois soanovic-petersons et. al.
kencing manis ley ganggu sistem badan..
leh wat kita letih, kuat kencing dan lapar..
bila cik fa baca-baca kat halaman belakang tu..
ada lagi yang speksifik..

utk wanita (macam cik fa??) ..
boleh mempercepatkan menapous!
mengganggu penghasilan estrogen dan progesteron..
estogen tu hormon yang dihasilakan oleh ovari
progesteron lak hormon steroid yang terlibat lam kitar haid

utk lelaki ( macam bang zil???)
boleh mengganggu sistem pembiakan..
cik fa listdown kan.. :
1 ) boleh menyebabkan testis mengecil
2) boleh mengakibatkan penis mengecil
3) tahap kesuburan menurun..

bila cik fa baca dan baca lagi.. memang menakutkan!
jadi.. awas!
tukar cara hidup anda..
cik fa da start da.. jalan kaki dari tingkat bawah sampai ke bilik di tingkat satu..bhahah!!!

*cik fa nk kongsi..
*dad, get well soon!

Sunday, October 31, 2010

:: mcm ni nak jadi doktor? ::

salam ^^

kertas cadangan prktikal
pembentangan kertas cadangan
latihan industri (praktikal)
thesis
pembentangan thesis
ujian amali

dan skrg aku ngah hadiri bengkel persediaan praktikal
jari dan otak bekerja untuk kertas cadangan

all of this things are the ways to be a MLT

how about be a doctor?
oh my God!

i'm........ tired!

Saturday, October 30, 2010

:: yang bulat sedang bergolek ::

salam ^^,

gol!
terus bergolek masuk ke gawang!
ada yang sorak dan hilai tawa
tak kurang dengan peluh yang memercik..
bau?? euuw...

kelantan vs negeri sembilan

ada yang gomo-gomo
ada gak yang hobing-hobing..

semangat negeri dan sukan mmg membuak-buak! malaysia boleh!!~

piala tetap akan diarak satu kelantan..
itu mmg hakikatnya nanti..
tapi yang pasti..
facebook akan dilanda "perang" status bola!

congrats to red worrior!


bang zil, demo ore klate erh?? hehehe

tags to : epan (sbb status kamu, cik fa dpt idea nk blogging)

:: bingkasan buat , mu sayang ::

salam ^^

semalam.
aku pening dan sangat susah hati
tengok kamu mcm tu jugak
diam tak leh bergerak..
kenapa jd mcm ni???
sumpah!
aku sayang kau!
jangan la mcm ni lagi..
tolong lah..

sekarang vitamin kau da makan..
harap kau sihat..

saat jalan-jalan tadi..
aku bahagia..
sebab kau da sembuh!

alhamdulillah

tags to : my hunnybee, irah, iwan, epan, nik sekut, syam, and my family dan kamu.. biba!


Thursday, October 28, 2010

:: ni ke 1 malaysia? ::

salam ^^,

ni ke org di alaf 1 malaysia?
nak taw knp cik fa ckp mcm nih??
kisahnya...

temp. kreta naik, park tepi jln..
dekat 2 jam.. park kat situ..
kawasan gelap..
lokasi : kuala terengganu

yg lalu lalang..
.pak lebai.
.makcik tijah (bkn nme sbnr).
.brader2 yg bajet encem.
.brader yg mmg encem.
.kaki2 lumba haram.
.pakcik balik dari masjid.
.tak cukup dengan tu.. adk2 naik basikal..

semuanya...
hanya tengok dihujung anak mata
mcm haremmmm!!

thanx to cik ir coz teman hang out ari ni
to mr.kut & mr. syam.. thanx a lot so... much3

b, thanx dear.. :)

:: fly ~ fLY ::

salam ^^,

from KJ to KT
then, fly to u.S
letih dan ketidakpuasan cuti.
utk settlekan keje praktikal.
pejam celik tido bangun.. aku da nak praktikal.
dikala org lain kira masa dan subjek, aku ngah hitung hari nak settle kan keje LI.


drive ngah hujan.
sangat mencabar.

cik fa, tido ye.. esok keje dan cik irah pinky2 menanti anda!
mr.hunnybee, jmpe kamo nnti ye sayam!

Tuesday, October 26, 2010

:: nanti jumpa gak! ::

salam ^^,

jawatan : setiausaha, pemandu pelancong, cikgu tadika, tukang basuh kereta, despatch
lokasi : rumah, pejabat ketengah, kedai
masa : 7.30 am - 7.30 pm
pakaian : unformal
motto kerja :
biar hantar awal.. walaupun guard ta buka opis lagi! buat kerja biar pantas! jangan terkena air panas..

ni jadual cik fa hari ni

relax jap
pekena halwa telinga : hero by mariah carey


today,
wanna tag diz post to miss bobo (her blog)again~
ingat, its ok kalo lam IM je..
nanti2 kita ley jumpa gak~ :D

** esok ;
ke petronas kerteh
then, fly to u.S




Monday, October 25, 2010

:: rasa yang perasaan ::

salam ^^,

rasa yang diolah menjadi perasaan
merebak dan menular ke diri kecil
apa yang dirasa
adalah mainan perasaan
luahan rasa yang berekspresikan perasaan..

perasaan utk ...
sapa mangsa pertama aku?
bhahaha~..

*mentang2 ada app. DISLIKE baru kat mukabuku..
aku nak mencari.. orang2 yang terpilih...
adakah kamo??!

tags to : suyem


xoxoxo -

mr.hunnybee ; mish3 u

Sunday, October 24, 2010

:: m.o.l.e.k ::

salam ^^

tadi aku jejalan lam blog aku ni..
tengok-tengok post lama..
hehehe..
suma ada.. suka duka..
lengkap gitu!


post pertama :D

bila selidik balik..
ramai gak kawan2 blog aku yang da tak update..
kemana diorg erh??
huhu~

hari ni.. sudah berlaku.. dan esok..
juga tetap akan berlaku..
apa? dan kenapa?
kita tak pasti..

cuma.. langkah perlu diteruskan..
teruskan menapak ye..
nak merangkak pown ok gak~
tapi.. sesekali.. toleh ke belakang..
mana taw ada duit tercicir ker...

xoxo

Saturday, October 23, 2010

:: hari ini; letih yang bodoh ::

salam,

pernah rasa letih tak?
bukan manusia la kalo tak pernah rasa letih..
bodoh taw x?
tak cerdik la kalo tak kenal bodoh tu ape...

jadi..
letih + bodoh
= letih yang bodoh


Friday, October 22, 2010

:: propose ke proposal ::

salam ^^

kencing manis

atau lebih complicated..

diabetes mellitus ( type 1 and type 2)

nah kau! tajuk proposal utk latihan industri

ada sapa2 tak yg nak tolong cik fa?

dah la ta taw kat hospital mana lagi ni..

aduyai~

*cik fa,
bila nak mem-propose neh?

**cik fa membisu

continue..
listening hanya kamu by grey sky morning

Thursday, October 21, 2010

:: should she do the same thing that i did? ::

salam ^^

apa yang aku wat..
tu jugak la yang dia wat..
bukan 1 je..
tapi berpuluh-puluh riban..
eh.. xde la sampai puluh riban..
tapi ada la.. jugak..

nak ke aku list down kan?

tapi.. mcm okey jugak..

- blog*
- lovely nickname for lerb2..*
(oh my hunnybee.. mish u)
- then.. on this week.. ada satu ceritera tuh.. lebey kurang jerk..*
hurm.. lalalala~~


* adakah kebetulan?
atau rekayasa sahaja?
atau mungkin ianya disengajakan?

*our 3rd monthly aniversary
*happy birthday to lil' boy haikal.. jgn nakal2.. rajin2 belajar taw~


Wednesday, October 20, 2010

:: alkisah mak cik guard ::

salam ^^

" nok maing buai...!! "
"ok ok.. jom..."
(main buai.. ayung.. ayung kan lagi..)

" mek, dop leh naik buai tu.. kekgi MPD mari.. saman kekgi..
jangang naik..!!!"

dengan slumber wat mcm tak dek kisah tapi hati bengkek gila..
turunlah awek itu dari buai..
sambil ayungkan buai anak buah..

"menda la bodoh sangat budok ni! pereh pereh keta gitu.. bising la..bodoh la.."

"jangang lok la budok tu maing sorang diri.. jatuh kekgi.. "

"bla bla bla... "

* aku sekeh gak makcik neh.. dari pengamatan aku yang rabun neh.. dia tukang kebun kat situ..
berdasarkan penyapu dan segala barang2 utk bersihkan taman permainan tu..
tapi.. yang duk bebel sana sini.. marah main buaian, marah mamat yg nak drift kat jalan tuh.. marah brader ngan anak dia yang duk main pasir pantai kat benteng..
saman la hape la....

multi-function jugak makcik "guard" neh..

** siyes.. aku bengkek habis ngan makcik guard tuh..
sbb... akulah awek tuh!

to hunny bee ~.. happy our 3rd monthly aniversary :D

Tuesday, October 19, 2010

:: dulu isu budak skrg isu bakal mak budak ::

salam ^^,

link cik fa semalam : here
perihal kahwin.. (mungkin ada yang ckp.. ntah ape2 jerk cik fa ni... bebel soal tak kena topik..)
skrg... dah kena topiknye..

malaysia dan mungkin seantero angkasaraya neh disaratkan dengan kisah buang budak (bayi)
budak tu tali pusat pun tak tercabut lagi.. ape tah lagi nak cari makan sendiri.. di buang2 lak budak tu..
kalo buang kat depan umah dato' seri ke.. tan sri ke.. m
asjid ke.. umah kebajikan ke.. ok larh jugak.. ni buang kat tong sampah..
tepi longkang.. sungai.. aihss.. nak taip banyak2 pown tak pasal2 aku lak yang naik hangin satu badan..
ngah demam2 neh, bukan betul sangat pown.. emo jerk.. (raawwrr!!)
lagipun bukan ni yang aku nak cerita kan..

hari ni!
sekarang..isu buang bayi dah mcm blurr jerk.. mcm sunyi da kan..?? alhamdulillah~
tapi.. isu bakal mak budak..!bukan dibuang!.. tapi HILANG!..
ape cer dunia skrg??
bakal pengantin pempuan..
hilang semasa ngah shopping barang pengantin..
bakal pengantin hilang masa duk pomot kad kahwinnya ...
dunia dunia...

kepada penculik.. jawab neh! :
* nnti sape nak kawin ngan lelaki?? kalo pengantin perempuan tu asyik hilang jerk!


* hanya hiasan :D



Monday, October 18, 2010

:: sangat menguji ::

salam ^^

after finish ur SPM, we will get married!
ouwh, really sayang?
yes , my dear... bla bla bla~~

kahwin muda? di usia setahun jagung lom berputik?
kalo zaman mak ayah kita mungkin benda nih tak mustahil.. yela zaman tu, umur 15 tahun dah tahu masak gulai tempoyak dan si lelaki dah tahu macam mana nak cari rezeki yang halal.. termasuk lah tanpa melibatkan diri dengan D.A.D.A.H!
zaman sekarang? bukannya tak wujud semua tu, still ada lagi..
dan masih bergiat aktif di corong-corong kad jemputan kahwin..
tapi, persoalan yang terlintas di benak cik fa..
mampu ke kajwin di usia setahun jagung lom berputik tu.. dapat kekalkan umah tangga neh? masak air pun ley hangit satu dapur.. ape tah lagi masak lemah gulai tempoyak ikan patin peberet cik fa tuh!
bhahahah~..

mcm ane tuh??

bagi aku la.. ( pelidukan ape yg cik fa ckp)..
kahwin muda tu.. kena elakkan.. zaman skrg, mana gerak mau duit ma!
kalo tak keje.. tak de duit yang kukuh mcm dinding konkrit.. tak boleh kahwin.. nanti belanja dapur utk dua orang.. pastu.. dah masuk setahun, duk 3 lak.. 4, 5, 6,7.. haaa mcm ane tuh?
nak makan pasir????

tapi..
kalo da gatal sgt...
nikahkan jerk..
pastu.. suh duk jauh2..
pandai2 ko lah nak makan ape!!~

notacelahjari :kenapa berbicara begini?
> ntah, tetiba terasa nak blog sal nih..

karya cik fa ada di : cerita malam kepada hati

Sunday, October 17, 2010

:: suhu naik lagi ::

salam ^^

suhu dah naik
bukan sebab aku marahkan sape-sape
tak jugak sebab aku geram tengok pasangan duk menari-nari kat ria channel
bukan jugak sebab aku tak dapat makan aiskrim..

tekak sakit..
bukan sebab menjerit atau karok lama-lama
bukan jugak sebab aku duk nyanyi lagi i'm with you by avril
tak jugak sebab aku sorak hilai tawa tengok bola semalam..

hidung basah
bukan sebab minum ais
tak jugak sebab aku menyelam

tak de selera makan
bukan sebab da jemu ngan nasi
tak jugak sebab masakan mak .. ( mak punya masakan terbaeekkk)

letih sangat.. nak tidur!
bukan sebab aku sibuk duk berjaga malam
bukan jugak sebab aku mencurah idea utk berkarya kat facebook malam tadi
tak jugak sebab kena jaga anak buah aku yang comeyyyy!~

yang pasti..
aku...

















demam

Saturday, October 16, 2010

:: habuk dah di sapu ::

salam ^^

dah seguni habuk aku kutip kat laman sesawang myspace aku..
bersawang-sawang semuanya..
dah lama aku tak amik port sal myspace.
mana tak nyer, duk berlepaking kat Fb jerk memanjang..
so..
sudah pening..

xoxo - hug and kiss
hunnybee, tol kan?? hee~



Friday, October 15, 2010

:: bajet tahun depan ::

salam ^^

15 oktober 2010 hari pembentangan bajet malaysia 2011. boleh dikatakan 99% rakyat sedang berbicara dan mengambil mesin kira utk menghitung segala nilai mata wang yang akan diterima nanti.. mana pergi lagi 1%? mereka yang tak tgk tv, baca paper dan mmg langsung xde rasa nak amik tahu tentang benda nih.. atau dalam erti kata lain.. mmg langsung tak kisah.. haa.. jangan ckp xde.. :D

apa-apa saja perubahan , tak kiralah pemansuhan mana-mana cukai atau apa saja.. utk meng"konfirm"kan ekonomi negara sentiasa mara ke depan bukan menjunam bagai nangka busuk.. produktiviti dan cara kita kerja itu penting! macam mana??

*perubahan*

dulu -
kerja di opis yang ber'air-corn'.. udara yang ala-ala lembab dan suhu england.. semuanya lembab.. apa lagi.. otak pown turut basah la.. slow motion je wat keje..
opis yang statik.. atau xde perubahan.. dinding konkrit.. dengan uniform keje yang xde ubahnya..
tie..slack..kemaja..kena formal.. kalo pempuan.. kena heels segala..
jumpa client.. kena di otel @ cafe.. yakni.. tempat ekslusif dan ber bintang-bintang~

apa kata.. ubah ...
dah rimas keje dengan situasi lembab tuh.. wat la keje di kedai mamak.. sambil berulamkan tivi yang ade astro..
otak pown segar sambil usha orang2 duk melepak.. yang merokok pown ley smoke fuh fffuuuhhhh...
bila da bosan.. try la wat keje kat umah ke.. umah jiran.. balai raya.. balai bomba.. barulah tak statik ..
hee~
uniform.?? tak yah nak susah2.. pakai je ape yang ley dipakai.. (tutup aurat)
client? skrg dunia di hujung jari.. via facebook, web cam.. mungkin friendster.. tak pown tagged..lalala~
mudah.. senang.. cepat.. produktiviti akan meningkat!
ye x?

*hidup nak mudah jerk kan..
try jadi menteri sehari.. urus hal negara..
aihsss..~

*bajet bajet.. alahai...~

:: rindu untuk letih lagi! ::

salam ^^

sepanjang bergelar student (tadika - college), aku selalu jadi crew lam management event..

tadika.. aku jadi penari utk "ulik mayang" for 3years!!~ best sesa
ngat..
berlagak diva k
ejap..
react like a dancer..baju , all the stuff dan make up semua
org sediakan..

sekolah rendah.. aku still bergiat ngan dance nih..
untill standart 3 as back up..
dan masuk tahun 4 dan 5..
aku join pidato.. ni tak de meliba
tkan crew..
(rehat kejap..from event)



join science club utk pameran sains dan teknologi peringkat sekolah..
pembedahan katak..









di ptpl college..
tahun 2009.. L.I.F.E Club ditubuhkan di ptpl college..
dan disitu tapak baru utk aku bergiat aktif lagi..



crew utk mcm2 aktiviti..salah satunya..
ptpl mini jamn ver.1
sangat letih dan indah!
.grey sky mor
ning
.sleepy jeremy.the yaakub.the tunelari
.killing ape.lawloud
.life club's crew



-lepaking after xgig-



dan sekarang...
cik fa rindu untuk menjadi crew!
rindu utk tido hanya 2 jam setiap hari..
pecah kepala mengira duit-duit..
susun kerusi di student centre..
:D
(yang menari tu..da pencen ma!!)

Thursday, October 14, 2010

:: handphone ::

salam ^^,

" awas ! jauhkan handphone dari kanak-kanak!!~!! "

kenapa?
sebab.. nanti..

1. akan tertekan button yang tak sepatutnya.. contohnya connection to internet or wap..
boleh membazirkan kredit yang ada.
sekali log in.. rm2 melayang wooo~

2. berpotensi untuk mencelup handphone kedalam air milo panas atau tea O..susu pown ye jugak..

3. handphone tersebut berpotensi untuk di campak ke luar tingkap umah
(mungkin dari tingkat 42 atau tingkat 89)

4. boleh menjurus kepada men"snap"an pic-pic yang merapu kepondeng marang skeper..
silap2 pic yang prono pown dia ley amik.. budak kecik..ape la sangat yang dia taw kan..apa yang dia rasa "cantik" atau "seni" bagi dia.. itu yang dia snap..
* sbb anak sedara aku si faez tu.. ley snap pic rambut opah lagi..

5. berpotensi untuk merakam dan menyebar sebarang file-file secara bluetooth atau via mms or sms..
(teeett.. sbb yang num 5 neh la.. yang berlaku hari ini...)

> mvo0206 delivered to *****

aisshh.. video dah terbang!!!! ke perak lak tu!!!~~

" beringatlah sebelum kena.. dan kena mcm aku.. malu tu!! "

1233am

Tuesday, October 12, 2010

:: cik fa nak berkarya ::

salam ^^

bila cik fa nk berkarya.. mula la perasaan tu membuak-buak..
cik fa nak katakan apa yang dia rasakan..
tentang semuanya..

kasih, rindu..
wahh!! cik fa di lamun cinta!!
dimensi pandangan cik fa tentang kaca cinta berubah..
cik fa di serang virus-virus tahanan rindu..

ya! cik fa rindu seseorang itu..
indah sangat yang cik fa rasakan..
cik fa memandang langit selepas hujan.. ada awan tebal..
putih dan segar..
kepulan tu membawa cik fa kepada lukisan pantai bersama ombak nak cantik memukau..
angin sejuk membawa pergi semua air mata nya..
bahagia..

kini, cik fa sedang bercuti..
dari semua yang cik fa rasa sejak 2 bulan yang lalu..

tapi.. cik fa kembalikan memori merdu itu ..
suburkan kasih dan cinta yang terbaja dek cinta dan sayang..
cik fa tersenyum dalam rindu
sangat-sangat merindui insan itu..

cik fa dan tersenyum.. dan terus senyum..
:)

tanda cik fa bahagia dalam merindui..
cik fa :D

dedicated to :bang zil * hunnybee

Monday, October 11, 2010

:: ada apa dengan 10.10.10 ::

salam ^^


kalo kita buka TV, dan on fb atau ape saja.. berdunyun-dunyun org duk cerita kisah 10.10.10. cantik sgt ke tarikh nih? sampai org satu dunia duk ckp sal tarikh nih? ( kalo aku.. lagi ske 20.10.2010 )..
di Jepun , ada satu majlis perkahwinan secara berramai-ramai.. hebat2~~!!
tak kurang jugak dekat negara kita yang ley di kelaskan sebagai "weeding of the world"!
"selamat pengantin baru buat dato' dr.sheikh muzaffar dan datin dr.harlina"

gilang - gemilang gitu majlis kahwinnya..
ppsstt... ape-ape pun aku suka baju nikah dia.. cantik!! :D





dalam diari 10.10.10 juga ada satu ceritera air mata..
yang tadi air mata jugak.. tapi air mata hepi2 .. ni lak air mata yang berduka cita..
satu kemalangan ngeri di simpang ampat, alor gajah..
2 bas.. 2 kereta dan 1 van..


"al-fatihah buat mangsa-mangsa dan salam takziah buat ahli keluarga mangsa"

inilah ceritera pada 10.10.10

Saturday, October 9, 2010

:: sawan.. adakah merbahaya? ::

salam ^^

kejang.. epilepsi..

kali nih.. aku nak share sumthing yang tak pernah aku terfikir utk posting.. post neh aku sbb pengalaman aku yang "superb".. first time tgk orang kena sawan~
sawan tu mcm ane erh?
sawan neh keadaan orang biasanya budak2 kecik la (6 bulan sampai 6 tahun) yang demam dan badannya menyentak-nyentak..dlm masa yang sama gak, bayi neh takkan sedarkan diri..
suhu badan bayi tuh lak lam 38.5 celcius ke atas ( panas tuh!) ..
sawan neh banyak jenis taw..

1. sawan menyeluruh (keseluruhan) - biasanya orang neh takkan sedarkan diri ( spt pengsan), badan menggelupur dan kejang.. bila dah mcm neh, kita kena la baringkan dia dan lapangkan kawasan bagi memudahkan utk dia bernafas.. ( buka tali leher atau tudung dll.) monitor keadaannya..yang penting, letakkan apa2 objek yang boleh membenarkan mangsa utk mengigit ( utk mengerakkan berlaku kancing gigi, gigi patah dan sbgnya).

2. gangguan temporal lobe @ sawan fokal - apabila ada wujud serangan elektrikal di bahagian belakang pelipis. biasanya orang yang kena sawan mcm neh, dia akan buat perkara pelik spt berjalan dalam bulatan,menarik pakaian dan menampar bibir. mungkin jugak, dia akan bertanya tentang benda pelik dan takkan menjawab bila di tanya.. ( mcm blur gitu) .. sawan mcm neh, kita kena monitor jelah.. jgn bg dia main kat tempat bahaya @ bnda yang bahaya...

3. sawan 'absens' - biasanya keadaan mcm neh, berlaku kejap je.. lam 2 minit je.. dan berlaku tanpa kita sedar.. macam mana? haa.. biasanya terjadi kat budak-budak .. dia akan kelihatan mcm termenung atau berangan.. (diam seketika.. mata ke atas).. dan dia akan kembali normal..kita hanya perlu monitor dia.. dan pastikan pernafasannya normal.. jika tak.. nenoo neeenooo... ambulans la jwpnya.. :D

click here

epilepsi (sawan babi).. tapi ingat.. sawan itu bukan epilepsi..
sawan adalah sawan... (spt yg aku duk cite panjang lebar tu..)
sawan babi.. is sawan babi.. (yang serius tu.. sampai mengelumpur dan mulut berbuih..)

* hunnybee.. ok x?:D xoxox