Monday, December 17, 2012

:: Take note.Take care. ::



 Jangan main hujan. :)


Berpada bila makan durian. :o
 
 
 Minum banyak air masak. (",)
 
 
 Bukan apa.. kalau tak jaga semua ni, nanti tak sihat. 
So you, take care okay? ;)

Sunday, November 25, 2012

:: Bersabarlah ::

Bercerita.
Perihal rasa sedih dan kecewa kamu.
Aku mendengar. 
Tapi maaf, aku tak sanggup untuk melihat,
wajah kamu. 
Dari sisi lain, aku kagum.
Masih ada sisa senyum dan kamu mampu gelak.

Kamu sedih, aku tahu itu.
Sabarlah.
Allah sedang menguji kamu.


Aku ingin, merawat hati kamu, menenangkan kamu.
Senyumlah.
Aku akan sentiasa berdoa,
untuk kamu.

Pertemuan itu, aku rasakan sesuatu.
Sedikit kekuatan muncul dalam diri.

Aku mahu, kamu
senyum kembali.
Kuat. dan setiasa gembira.

Ingat, ini ujian Allah.
Bersabarlah.

Tuesday, October 23, 2012

:: Fighting!! ::

" Hidup ni kalau tak ada dugaan, bukan kehidupan namanya. " - aku,2008

Semua hidupan atas muka bumi ni, ada masalah dan tatacara kehidupan yang tersendiri. Tak kisahlah bagaimana nak atasi dan jalaninya. Contoh yang termudah ; Masa mula-mula nak belajar ikat tali kasut.  Ingat lagi macam mana susahnya kita nak simpulkan tali kasut yang panjang berjela tu. Sampai berpeluh, berbelit tali tu dibuatnyakan. Last-last, campak kasut ketepi, pakai je kasut yang ada pelekat tu. 

" Kalau kita tengah ada masalah, jangan sekali-kali bezakan masalah kita dengan masalah orang lain. Sebab ujian yang Allah bagi kat kita ni tak sama. Kita ni sebenarnya kuat, sangat kuat. Tapi kadang-kadang kita sendiri yang melemahkan diri kita." ; - cikgu.(aku lupa namanya)

Masa tu aku memang tak dapat nak tangkap maksud sebenar ayat cikgu tu, yelah, masa tu budak-budak lagi. Hidup pun memang 'heaven' habis. Dalam otak ni asyik fikir nak main je. Tapi, semakin hari, aku dah dapat tangkap maksud yang cikgu tu sampaikan. Dan sememangnya kehidupan cukup mengajar kita. Aku rasa korang pun macam tu, kan?

Kita perlu lawan. Kita bukan makhluk yang lemah. Sedangkan semut yang kecil tu mampu hidup dan berlindung dari hujan yang lebat, nikan pula kita manusia yang ada jiwa yang besar.

Apa yang boleh kita buat bila ditimpa kesusahan? BERSABAR. Memang satu KUNCI yang sangat besar.  Kunci yang akan membantu kita untuk dapatkan segala jawapan. Dari SABAR ni, kita akan jumpa KETENANGAN. Sahabat kepada SABAR. KETENANGAN sangatlah kita perlukan, dan ianya akan buat kita lebih rileks dan mampu berfikir dengan lebih RASIONAL. Bila kita sudah BERSABAR, TENANG, dan berfikiran RASIONAL, kita akan mampu untuk BERUSAHA untuk keluar dari kepompong permasalahan ni. REDHA, DOA dan TAWAKKAL  lah dengan apa yang berlaku dan apa yang kita lakukan. Dengan izin Allah, kita akan jumpa PINTU untuk kita keluar dari masalah ini.

Kita mudah untuk hanyut bila ditimpa musibah, tapi kita perlu ingat, ada orang lain yang lagi teruk masalahnya dari kita. Ada yang sedang menunggu kita, keluarga, sahabat dan juga segala impian kita. Lawanlah hati, lawanlah segala rasa negatif. Dan senyumlah. Senyum ubat bagi kesedihan.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. 

Monday, October 8, 2012

:: Lipas ::

Lipas. Binatang suka melepak dalam tandas, merayau tak tentu hala dan dengan selambernya masuk dalam lubang tandas. Eeeii yek yekkk.. aku paling alah dengan binatang yang bernama lipas ni. 

Tadi, dengan twitter.. aku ada la nampah hashtag pasal lipas. Mau tergelak aku. Hebat betul lipas sampai boleh jadi hashtag yang awesome kat twitter.  #ReplaceTitleSongWithLipas . Aku dah tergelak sakan ni, rasa macam comel la pulak kan.. tajuk lagu ganti dengan lipas. Aku buka lah playlist lagu kat henpon, lagu first "Someone like you", dan aku pun merekaciptakan tajuk lagu tu dengan hashtag tu. 


Tapi, yang menjadi kemusyiklan aku.. kenapa lepas aku buat semua hashtag ni kan... aku terus kena tibai dek lipas. Bukan sekor tapi dua. Aku syak diorang ni couple. Elok-elok duk dating, aku pulak duk seru dia kat twitter.. tu yang meroyan kot. 

Dengan kegagahan bercampur ketakutan, sekor lipas tu mati jugak.. tapi ayah la yang tolong kerjakan. Yang sekor lagi, memang busuk hati. Terus lari lintang pukang.

Kenapa takut dengan lipas?
Sebab, aku selalu bayangkan kaki dia. Pernah tak tengok bahagian bawah perut lipas. Ishhh tolonglah.. ngeri kot. Dengan jaringan kaki dia... perut dia macam tu.. =="
Lipas ni pulak suka sangat terbang-terbang.. lepas tu singgah kat kita, merayap merata-rata. Geli tau kesan kaki dia tu.. 
Haaa.. sepanjang aku dan 22 tahun hidup ni, aku pernah kena gigit dek lipas. Ya Allah, sakitnya.. Allah saja yang tahu. Memang berdenyut sampai bengkak lengan aku. Ke-tragis-an tu buat aku lagi la takut dan tak suka lipas.

Jadi lipas, please stay away from me. Kalau tak, memang meninggallah kau aku kerja kan.. Kejam kan? hehe :)

Tuesday, October 2, 2012

:: Sahabat Kepada Kekasih ::

Persahabatan adalah satu ikatan yang utuh dan sangat suci untuk dinodai. Satu perhubungan yang sangat selesa dan menyamankan. Sikap saling memerlukan dan mempercayai semestinya sangat-sangat kuat. Malah, sanggup bekorban apa saja asalkan sebelah pihak disana selesa dan selamat.

Namun, bila perkara ini dikaitan dengan soal hati dan perasaan, semuanya akan menjadi kacau. Dan masalah yang besar akan timbul. Yela, soal hati, tiada siapa mampu elak. Seikhlas manapun perasaan dalam bersahabat atau berkawan, jika berputik rasa sayang , ia tetap akan berputik. 

Tapi sejauh mana seorang sahabat mampu mengakui akan cintanya kepada sahabatnya itu? Adakah tindakan ini tepat atau ianya akan merosakkan keadaan?

 Ada beberapa kemungkinan yang bakal berlaku.

Pertama : 
Si dia terima cinta korang.Dan anggap dengan terima cinta korang ini, adalah tindakan yang betul. Kenapa ini boleh berlaku? Ianya disebabkan keakraban korang, proses untuk menjalinkan hubungan percintaan akan lagi mudah. Double happy!!!

Kedua: 
Si dia menolak cinta korang dan hanya anggap korangn ni hanya sekadar teman rapatnya. Dan tak mungkin punya rasa cinta. Sayang hanya sekadar kawan. Namun dengan sikap keterbukaan korang tadi dan dia dalam berhubungan, si dia masih boleh bersahabat dengan korang seperti sebelumnya dan sama juga dengan korang. So, persahabatan tadi takkan rosak. Happy!

Ketiga: 
Menolak terus cinta korang tu. Dan muncul rasa tak selesa untuk terus berkawan dengan korang. Si dia menganggap, kalau terus berkawan baik dengan korang, tu sama seperti memberi harapan. Jadi, terus jauhi korang. Cinta tak kesampaian, sahabat pun hilang. Double Sad!!!!!!

Keempat : 
Situasi macam yang pertama. Lepas satu tempoh, korang berdua putuskan hubungan,  Masa tu, korang akan kehilangan kekasih dan juga sahabat. So Bad kan??

Jadi, apa pandangan korang? Mampukah dari sahabat bertukar kepada kekasih??


Sunday, August 19, 2012

:: Salam Lebaran ::

Ramadhan sudah berlalu pergi. Yang ada, cuma sisa baki pembaharuan dan perubahan yang berlaku dalam hidup kita. Tidak kira dari aspek rohani atau insaniah kita sendiri. Alhamdulillah, bulan penuh berkat telah banyak mempengaruhi persekitaran kita. Mana taknya, gadis-gadis ramai yang mengenakan tudung, dan si jejaka yang tampan elok berpakaian dan perilaku. Tengoklah dilaman sosial, kamu akan jumpa akan jawapannya. ^^

Sebulan berlaku. Sekejap saja. Rasa macam baru saja minggu lepas dengar pengumuman puasa. Alih-alih hari ini kita dah dengar pengumuman untuk lebaran pula. Sangat sekejap. Namun, apa yang diharapkan segala pembaharuan yang ada akan kekal sampailah kita semua berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

Bau kuah kacang dan rendang daging memang tak dapat disangkalkan lagi. Bau yang boleh melelehkan air liur. Ahh.. tolonglah. Semangat raya telah datang. Baju pun sudah di-'iron'.

Dengan itu, hamba selaku empunya laman ini, nak memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan yang hamba lakukan kepada kamu semua. 



" Selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir batin.
Jaga diri, jaga makan.. jaga jari..
jaga-jaga..
mercun dihadapan. "

Wednesday, August 1, 2012

:: Salam Ramadhan ::

Assalamualaikum. 

12 Ramadhan.

Alhamdulillah, kita sudah berada di bulan yang mulia dan hari ini, adalah hari ke-12. Semoga perjalanan kita di bulan puasa ini, diberkati dan diterima oleh Allah. Bercerita perihal Ramadhan, kita selalu terbayangkan Bazar Ramadhan, juadah berbuka, mercun dan Tarawikh pada malamnya. Kan? Lumrah la tu... :)

Sejak aku ditahun 2 , masa tu tahun 1998. Aku belajar akan erti kehilangan. Pemergian arwah yang sangat memberikan kesan kedalam hidup keluarga aku. Setiap kali datangnya Ramadhan, aku dapat rasakan seperti arwah ada dekat dengan aku. Mungkin sebelum arwah pergi mengadap Allah, aku selalu bermanja dengan arwah. Kami memang rapat.

Ingat lagi, pertama kali aku belajar bertudung. Dia tersenyum lebar dan terus memuji aku. Yela, ada yang memuji, mestilah kita akan tersenyum gembirakan. 

" Cantik adik Farah pakai tudung. Macam nilah anak buah ayah ngah. "

16 tahun sudah berlalu. Dan kenangan arwah masih segar dalam ingatan. Semoga arwah Ayah Ngah tenang disana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Al-Fatihah.


- salam ramadhan buat semua. 
- semoga ibadah kita diterima Allah

Wednesday, June 27, 2012

:: Deja vu ::

Deja vu.
Secara ringkas, kita boleh tafsirkan sebagai keadaan atau perasaan yang pernah dialami sebelum ini, dan sedang berlaku sekarang. Contohnya :

" Si A sedang makan aiskrim sambil mengadap ke sebuah bangunan setinggi 15 tingkat. Tiba-tiba, dia rasa seperti dia pernah lakukan perkara yang sama sebelum ni. Cuma, tak pasti bila, dan tempatnya sama atau tidak. "

Hampir 70% manusia mengalami deja vu dan ada yang alaminya hampir setiap minggu dan bulan.  Kita mungkin akan rasa "eh, macam pernah tengok.." atau cara perbuatan kita seperti pernah dilakukan, tapi tidak mampu untuk merungkai atau ingat kejadian tu sepenuhnya. Selepas beberapa saat, kita akan kembali kepada realiti. Blur? Tu sudah pasti. 



Ada juga yang mengaitkan deja vu yang dialami dengan mimpi. Mungkin apa yang mereka lihat sekarang, adalah sama atau hampir sama dengan mimpi yang pernah dialami dulu. Sebenarnya banyak sumber yang boleh dikaitkan dengan deja vu. Seperti, sentuhan, penglihatan, rasa, dan pengalaman.  

Aku sendiri, pernah rasa akan dejavu. Tapi untuk beberapa saat sahaja dan sekadar terdetik dihati. Aku rasakan macam pernah buat kerja ni sebelum ni, tapi memang blur habis. Sebab tak ingat kat mana, bila, dan realiti atau tak. Mimpi? Mungkin. 

Tuesday, June 12, 2012

:: konvo.makan.jalan ::

Alhamdulillah. Diploma aku dah settle. Dan, setelah penat menunggu selama setahun 2 bulan, aku akhirnya konvo. Bertempat di MSU, Shah Alam. Tarikh keramat 10 Jun 2012. :D





berkonvo sudah.

keluarga.dan saya


man.din.dan saya

hadiah dari kina. utk din dan saya.

Selingan sikit. Dah elok stay kat Shah Alam lama-lama, pekena la I-city dulu. Masuk snow walk paling awesome. Dinasihatkan kalau nak pekena salji kat I-city ni, elok beli tiket siang hari. Sebab lagi murah. 


Siang . Dewasa : RM 25, Kanak-kanak : RM 20
Malam. Tambah lagi RM10.
Tempoh masuk tak ada. Dan boleh keluar masuk dalam "bilik" salji tu. Asalkan tak keluar dari bangunan Snow walk.




Highway dari Jabor ke Gombak.. akan bertemu Kg.Sungai Dua. Elok rehat kat situ kejap, Sebab durian musang king menunggu anda. hee~





din.saya.kina

konvo.makan.jalan
terima kasih untuk semua tutor PTPL Terengganu, rakan-rakan PTPL Terengganu, dan teristimewa...keluargaku :D

Thursday, May 10, 2012

:: Putus Cinta ::

Berkenalan, dan terus saling mengenali. Perasaan saling memahami dan melengkapi membawa satu rasa kasih, sayang dan cinta didalam hati. Perasaan sesama manusia seperti ini memanglah normal, dan sememangnya lumrah. Ini satu anugerah. Nikmat yang Allah kurniakan. 

Kita hanya merancang. Allah lebih mengetahui semuanya. Itu sememangnya yang lebih baik untuk kita. InsyaAllah. 

Putus Cinta. Walaupun hubungan disemai bertahun, berkurun, berabad sekali pun. Jika itulah yang tertulis untuk penamatnya. Maka itulah yang berlaku. Tapi sejauh mana kita ni sebagai manusia , nak harunginya? 




Bersedih. Meratapi setiap inci kesedihan. Selama 24 jam, 7 hari seminggu? Menangis dan termenung selalu. Sampai kerja tertangguh. Kuliah sudah berlalu, exam semakin dekat dan segala tugasan menghimpit. Kita masih bersedih. Kerana terputusnya hubungan dengan sang kekasih. Yang dulunya seperti "pahlawan", "bidadari" dihati.

Sudahlah. Sesakit mana pun hati kita. Dan sesedih mana pun hati. Hidup adalah hidup. Dan hari semakin bergerak. 

Kau tak rasa. Kau boleh la nak 'sembang'!
Aku? Apa yang aku rasa mungkin tak separah kau. Tapi kawan, aku sakit melihat kau begini. Buanglah dia. Buang semua barang, kenangan, dan setiap inci perkara yang boleh buat kau sedih. Bakar semuanya! 




Semuanya atas diri kau. Ambillah ruang dan sedikit masa. Kau renunglah sedalamnya. Bukan pada kenangan. Tapi pada diri kau. Hati kau. Kasihanlah hati kau , jangan bagi hati kau sedih lagi. 





Saturday, April 21, 2012

:: Lelaki dan air mata ::

Perempuan ni kalau nangis , orang takkan pandang pelik. Dan bila keluar air mata je, sah orang akan cop dia tengah sedih. Walhal, tengah gelak pun boleh sampai terkeluar air mata ni.  Tapi, benda ni dikira normal, lumrahlah dalam hidup kaum hawa. Air mata, nangis tu benda yang biasa dan bukan benda yang memalukan. ye dak? 

Abang-abang macho kita macam mana? Malu ke nak nangis ni? Kenapa erk? 

Sebenarnyakan, lelaki ni tak payah nak malu kalau menangis. Jatuhnya air mata ni, tak bererti jatuhnya ego kamu tu, sayang! Tak kisahlah siapa kamu, lelaki gagah ke, lelaki macho atau lelaki so-so sekali pun. Abang-abang semua punya hati, punya perasaan. Sama macam kami,kaum perempuan ni. Manusia ni memang dicipta dengan adanya akal, hati dan perasaankan. Kenapa perlu malu? he he he

Meh, cikFa nak sikit tentang kebaikan menangis ni. Mana tahu, mungkin boleh tolong abang-abang semua untuk berani keluarkan air mata tu. Kita menangis ni, mungkin disebabkan rasa sedih atau gembira yang terlampau. Jadi, proses menangis ni akan bermula. Tak kisahlah depan orang ramai, sendirian atau dalam toilet. opss. Apa yang penting, lepas kita menangis ni, kita akan rasa lebih lega. Macam dah campak segala beban berat ni ke bawah gaung. Tak percaya? Ask your mom!

Apa lagi yang best tentang menangis ni? Sebenarnya menangis ni boleh tolong mata kita untuk sihat kembali. Sebab air mata ni bersifat antibakteria. So, boleh la bunuh kuman-kuman yang duk bertenggek kat mata tu. Mata kita jugak takkan alami dehidrasi. Dehidrasi ni boleh buat mata kita kabur tau!. Haa. Air mata yang kita keluarkan tu, dikatakan sebagai beracun. Terutamanya bila kita dalam keadaan sedih. Racun ni hadir kerana keadaan emosi kita yang tak okay. So, keluarkannya!

Yang paling awesome, menangis ni boleh tolong kita kurangkan stress dan baiki mood yang dah hancur tu. Jadi, lepaskan airmata tu pergi. Dan tarik nafas. Kita akan tersenyum kembali. 

Abang-abang sekalian , kenapa perlu malu lagi? Normallah kalau kalian sedih. Jadi normal jugak kalau kalian nangis. Tak pelik ok.

Friday, April 20, 2012

:: sorok diari bawah tilam ::





Pernah ada diari? Tipu kalau tak pernah ber-diari. Nak-nak lagi geng perempuan cikFa semua ni. Mesti kalian pernah tulis diari kan? Tiap-tiap malam, sebelum tidur. He He He

Sebelum era ke-famous-an blog, facebook, twitter, whatsApp dan  friendster, termasuklah myspace, tagged, netlog.. diari nilah medan penulisan yang paling aktif dan disegani. Semua story hangat, panas, sedih dan juga malu akan dicoretkan kat dalam tu. Yang tak tahan, hari-hari ada saja cerita baru nak ditulis kat dalam tu. :)

cikFa pernah berdiari. Niat nak la tulis segala luahan hati kat dalam tu. Kalau time marah. Siap lukis-lukis lagi. Kalau time happy , dengan bunga-bunga sekali. Love-love tu lagi lah. Penuh satu mukasurat. Adeh. =="

Oleh sebab kisah kat dalam tu rahsia, dan mungkin akan kembangkan atau kuncupkan hati orang lain, cikFa memang simpan diari ni ketat-ketat. Kalian mesti gitu jugakkan? Ada la tu tempat rahsia. He He He. Tempat "peberet" cikFa , bawah tilam. Tempat tu memang paling awesome dan selamat. Tempat yang takkan boleh dijejak punya. Sebab katil cikFa , jenis katil "kotak". Tahu katil "kotak?" 

Ni katil "kotak" .

Tapi , lepas majunya hidup kita, laptop dah sorang satu, broadband dan siap cucuk .. Facebook, twitter, dan blog jadi pilihan. Diari? Ada lagi tak? 

iklan siket : Mejah otomen di tv1

Sunday, March 18, 2012

:: Beranak. Jaga anak. ::



Kes macam ni dah jadi macam regular news kat Malaysia. Dari tahun ke tahun, ada saja cerita kisah manusia kecil ni menghilang. Dan terus lenyap. Mengadap Allah. Dengan sekelip mata, nyawa mereka melayang. Macam dah tak bernilai.

Harga "selamat" masih wujudkah? Atau sama seperti sampah? Mentimun buruk? 

Belajarlah. Belajarlah dari kisah kehilangan ni.
Jangan anggap kanak-kanak yang belum mahir lap hingus sendiri,  mampu basuh berak sendiri, dengan tangan kiri! Jangan biarkan mereka main sendirian. Awasi. Percayalah, mata "binatang" lebih tajam dari mata pisau. Mereka lebih peka!

"ajar anak untuk berani dan berdikari tak salah.
Tapi, jangan biarkan mereka sentiasa sendiri."

# Al-Fatihah untuk arwah Dirang dan adik-adik yang senasib.

Sunday, February 26, 2012

:: cemburu tangga usaha ::

Pernah rasa cemburu? Tahu apa tu cemburu? Tipulah kalau tak pernah rasa cemburu. Kan...?? 

Setiap manusia dilahirkan dengan adanya hati , akal dan perasaan. Tiga elemen ni akan membawa kepada rasa. Rasa ni ada macam-macam rasa. Pahit, takut, manis, masam, sayang, rindu, cinta dan... CEMBURU!

Apa halnya dengan cemburu?

Cemburu tu negatif. Sangat negatif kalau dinilai secara surface. Dan sangatlah dominan dengan kaum hawa.*seriously babe! 

Tapi, cemburu ni juga ada ke-positif-annya. Bagaimana?

Cemburu dengan kejayaan kawan, teruslah berusaha untuk jadi seperti kawan.

Cemburu dengan kereta teman sekerja, usaha untuk dapat kereta yang sama, atau lebih baik!

Cemburu dengan kebahagian pasangan lain, usaha untuk mengharmonikan hubungan dengan pasangan. 

Cemburu tengok kawan dapat pasangan yang baik, usaha mencari dan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan. 

Cemburu komisyen kawan sekerja lebih banyak, usaha untuk buat sale yang gempak! *


Jadikan ke-cemburu-an itu dilandasan untuk berjaya.

*cikfa la tu!! :)

Monday, February 20, 2012

:: tidur. Siang hari. ::

Hai abang-abang sekalian. Saya datang lagi. Hehe.
Nak tanya satu soalan, suka tidur disiang hari? Suka? Tidak? Betul ni?
Meh nak share sikit, elok ke tidak tidur di siang hari. Err, rasanya abang-abang sesuai sangat kalau baca entry ni sampai habis. 

Fitrah manusia, tidur di malam hari, dan "hidup" di waktu siangnya. Kan? Kita semuanya begitu. In case-lah , kalian ni semua suka tidur selepas subuh. Di awal pagi. Apa sebenarnya yang berlaku erh? Kita dah terlepas "pembahagian" pintu rezeki tau! Fuh. Macam mana rezeki nak terbuka luas, kalau time rezeki lalu depan mata, mata kita masih bertaik?* Oh tidak!

CikFa, tidur siang ni memang hampeh ke?
Tak delah. Ada satu part tidur yang disunatkan. Amalan Nabi Muhammad. Tidur sekejap waktu tengahari. Kenapa bagus? Tidur ni boleh dikatakan sebagai rehat untuk tubuh kita. Kemudian, bangun untuk meneruskan hidup kita. 
Ingat, jangan sampai terlepas waktu zohor. :)

Ada tak abang-abang, akak-akak semua tidur lepas balik kerja? Ala.. pukul 5 ke atas. Ada? Ada? Ngaku cepat!
Tidur lepas asar ni, boleh buat kita jadi tak keruan. Hidup boleh terumbang-ambing. Contohnya .. lemahkan syahwat, rosakkan warna kulit, rosakkan saraf, dan kewarasan pun ifek tau! 

So, abang-abang dan akak semua, jom. Kita pekena tidur yang seimbang. 

#cikfapantangorangkuattidursiang

Wednesday, February 1, 2012

:: betul ke cinta tu mencari kesempurnaan? ::

" perempuan ni, bahaya . kalau yang dah kawin pun, then jumpalah lelaki yang lagi lebih dari husband dia.. tak kira lah dari segi apa. Rupa, duit dan sebagainya. Boleh menggoyahkan kesetiaan tau! "

Damn! merah padam muka bila dihentam macam ni.
marah? Ya! perempuan mana tak marah, kalau kaum sejenis kena hentam macam ni. 
"  Oh, tu perempuan. Lelaki? Tak jadi gitu ke? Contohlah, lelaki ni berjodoh dengan perempuan kampung. Yang hanya tahu pakai kain batik dan t-shirt labuh. (bukan nak meremehkan pakaian ni.. ni contoh ye kak). Dan di pejabat, ada setiausaha yang pergh! Cantik bergaya, dengan tudung ala yuna, dress lak ala rozita che wan. Tergugat jugak ke kesetiaan tu? Tak? Betul ni?! "

Gedebuk. Lelaki tu terdiam.. dan hanya tersenyum.
dan cikFa kembali tersenyum. 

"Encik, kalau tu yang selalu encik fikir tentang perempuan, malanglah encik sebagai manusia. Dan ingat, jangan bercinta ye encik. Dan "diharuskan" janganlah berkahwin. Ada girlfriend? Putuslah. Jangan seksa dia. Kalau tu yang selalu encik fikir tentang perempuan. Ingat, kakak, adik, mak, nenek encik semua perempuan. Kesian diaorg."
Tersenyum.

" Okay. tapi.... "
" cinta tu tak perlukan kesempurnaan. Tak kiralah rupa, atau duit. Tapi, bila cintakan seseorang tu dengan ikhlas dan kerana Allah, kita akan mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik. KIta ni, tak elok nak burukkan jantina lain. Jangan encik. Sebab, encik akan berkahwin dengan perempuan. Maaf ye encik. Dan sekarang, encik tengah berurusan dengan perempuan. Saya memang belum kawin, tapi encik.. saya tetap perempuan. Encik mungkin berpendapat lain. tapi dalam dunia ni, hanya ada lelaki dan perempuan. Tak perlu salahkan sesiapa. Kalau tak, tak kawin lah kita semua. hehe. ( sambil ketawa )"

Senyum. Tulah jawapan. Mudah kan?

:: hello lurve! ::

Januari sudah nak melabuhkan tirai, dan selepas entry yang lepas, baru hari ni cikFa berkesempatan nak menaip balik. Fuhh, terasa macam janggal nak menaip lagi. Kehidupan sehari-hari, buat cikFa terpaksa letakkan blog ni ditepi, bukan lupakan terus, tapi rehatkan sekejap. Bukan senang nak start a new life di tahun yang baru ni. Nak merangka jadual dan strategi kerja, social life dan semuanya. So, blog.. cikFa datang lagi. Hari ni. :)


Thursday, January 12, 2012

:: terima kasih ::

terima kasih.

22 tahun.

Semoga Allah merahmati kita semua.
Agar rezeki kita sentiasa diberkati dan dimurahkan oleh-Nya.
Hiduplah kita sebagai hamba-Nya yang soleh dan solehah.
Matilah kita seperti mana ahli syurga-Nya nan indah.

Terima kasih atas doa dan ucapan.

Terima kasih semua.
Keluarga, sahabat, kawan, saudara, dan semuanya.

----------------------------------------------------------------