Perempuan ni kalau nangis , orang takkan pandang pelik. Dan bila keluar air mata je, sah orang akan cop dia tengah sedih. Walhal, tengah gelak pun boleh sampai terkeluar air mata ni. Tapi, benda ni dikira normal, lumrahlah dalam hidup kaum hawa. Air mata, nangis tu benda yang biasa dan bukan benda yang memalukan. ye dak?
Abang-abang macho kita macam mana? Malu ke nak nangis ni? Kenapa erk?
Sebenarnyakan, lelaki ni tak payah nak malu kalau menangis. Jatuhnya air mata ni, tak bererti jatuhnya ego kamu tu, sayang! Tak kisahlah siapa kamu, lelaki gagah ke, lelaki macho atau lelaki so-so sekali pun. Abang-abang semua punya hati, punya perasaan. Sama macam kami,kaum perempuan ni. Manusia ni memang dicipta dengan adanya akal, hati dan perasaankan. Kenapa perlu malu? he he he
Meh, cikFa nak sikit tentang kebaikan menangis ni. Mana tahu, mungkin boleh tolong abang-abang semua untuk berani keluarkan air mata tu. Kita menangis ni, mungkin disebabkan rasa sedih atau gembira yang terlampau. Jadi, proses menangis ni akan bermula. Tak kisahlah depan orang ramai, sendirian atau dalam toilet. opss. Apa yang penting, lepas kita menangis ni, kita akan rasa lebih lega. Macam dah campak segala beban berat ni ke bawah gaung. Tak percaya? Ask your mom!
Apa lagi yang best tentang menangis ni? Sebenarnya menangis ni boleh tolong mata kita untuk sihat kembali. Sebab air mata ni bersifat antibakteria. So, boleh la bunuh kuman-kuman yang duk bertenggek kat mata tu. Mata kita jugak takkan alami dehidrasi. Dehidrasi ni boleh buat mata kita kabur tau!. Haa. Air mata yang kita keluarkan tu, dikatakan sebagai beracun. Terutamanya bila kita dalam keadaan sedih. Racun ni hadir kerana keadaan emosi kita yang tak okay. So, keluarkannya!
Yang paling awesome, menangis ni boleh tolong kita kurangkan stress dan baiki mood yang dah hancur tu. Jadi, lepaskan airmata tu pergi. Dan tarik nafas. Kita akan tersenyum kembali.
Abang-abang sekalian , kenapa perlu malu lagi? Normallah kalau kalian sedih. Jadi normal jugak kalau kalian nangis. Tak pelik ok.
sumber : jangan bersedih.com