Thursday, November 14, 2013

:: Terima Kasih Cikgu! ::

25 Ogos - 14 November 2013. 

SMK DMAS.

Terima kasih.
Atas segala pengalaman dan kenangan.
Jadi cikgu bukan satu benda yang mudah. Dan sangat mencabar. Hari ni, last day aku kat situ. 
Kalau nak men-story-kan semua kisah aku kat sana, memang sampai ke tahun depan pun tak habis lagi. Dari pagi sampailah waktu balik, ada je bahan baru. Dengan kelas yang huru-hara, student yang sengal tak habis-habis. Mulanya memang serius aku stress. Rosmaliza lah jadi tempat aku mencurahkan semuanya. Hehehe. Nasib baik ada jugak geng cikgu ganti. Fizah pun tak dilupakan. Walaupun kejap je kita kenal. Make over library sekolah tu dengan bahan terpakai. Jimat tapi kreatif. Haaa, itu bijak! :)
Nakal? Bijak? Sengal? Semua ada. Complete! Dan tu semua melengkapkan suasana. Ada hari aku rasa macam.. arrghhhhh!! tapi bila dikenangkan balik, boleh buat aku senyum. Mana taknya, aku boleh masuk ke 'alam' remaja rebina , dengar gosip liar , cinta monyet , ayat jiwang karat, budak acah-acah gangster.... dan.... kes pancitkan tayar si Suis aku tu. Sape buat hah? Baik ngaku! XD

Bihun sup Kantin Pok Bakor. (kan?) 
Punch-card waktu pagi yang mesti before 730am.
Evidens PBS + bilik PBS.
Buku teks + Bilik SPBT.
Tuisyen anjal PMR.
Library.
Dictionary.(walaupun student selalu lupa bawa)
ICT yang selalu menggoda student. (terus diam bila dapat masuk ICT)
dan... apa lagi ye...

Akhir kata, sambutlah salam sayang.. (errr) ... dan rindu dari saya cikgu gwiyomi. (Hahaha).


2 comments:

Nur Sakinah Bt Ibrahim said...

untung la jadi cikgu fa..:p

Aiko FarahShahida said...

hahaha. untung jugaklah sikit.. :)