Saturday, May 28, 2011

:: saya suka dia (sangat!!) ::

saya suka dia.
suka dia.
sangat.
HAHA






saya benci dia.
sangat.
sangat benci.
HAHA

Wednesday, May 25, 2011

:: tukar jantina - dunia! ::

tak banyak la cik fa tahu pasal kes saudara (no need to use saudari lah) asyraf ni.
cik fa tahu pun, masa tengok berita kat tV tadi. tukar jantina dah satu hal da.
pastu sekarang nak tukar nama dan status jantina.
yela kan, dah "cantik meletup" sekarang, nak la jadi perempuan 100% kan.
based on cik fa tengok kat tV tadi, dia dah memang operet dan tukar segalanya untuk jadi perempuan. body shape dia memang like a girl. drees up tadi siap sedondon pink lagi. :)
sekarang tunggu keputusan mahkamah je, nak lulus ke tak.
if mahkamah lulus.. ok! bagus and good job! sebab di memang dilahirkan dibumi Allah ni as a MAN!
dan kalau mahkamah izinkan.. dengan erti kata lain, mengistiharkan si mamat ni sebagai perempuan dan bagi tukar nama.. maknanya mahkamah menidakkan hukum Allah.


ALLAH MELARANG MENGUBAH KEJADIANNYA
(surah An-Nisa' , ayat 119)


apa rasa peguam yang mewakili saudara asyraf ni ye?

Monday, May 23, 2011

:: maaf dari saya ::

seorang perempuan.
menyimpan kasih untuk seorang lelaki.
masih belum hilang sisa-sisa kasih itu.
dan sekarang, kasih itu bagaikan datang lagi.
cuma, masih sama seperti dulu,
masih ada didalam kotak. kemas tertutup.

seorang lelaki.
hadir dalam hidup perempuan itu, membawa kasih dan sayang.
diceritakan tentang rasa hati. tapi. hanya bernoktah disitu.
perempuan itu hanya mampu mendengar tapi tidak merasa.
kosong di hatinya.


kenapa.
disaat itu, tidak mampu dirasai rasa itu.
adakah perempuan itu bodoh?
menidakkan rasa hati lelaki tadi.
tapi jujur. tiada sedikit pun rasa.
menipu? tidak sama sekali.

maaf sekali.
mungkin kali ini,
bukan untuk belajar menerima lelaki itu.
kerana
kotak itu masih disisi.
hati masih kosong.

Saturday, May 21, 2011

:: photoshoot : pre-wed - teruja! ::

pernah tengok post cik fa pasal photoshoot?
disini :)

so, my first project was done!
projek ni hasil usaha sama cik fa dan hanna rina
thanks babe! :)

pengantin : mieyza & fauzi
pre-weeding
tema utama : picnic
lokasi : taman rekreasi masjid terapung, kuala terengganu
tanjung (shahbandar), kuala terengganu

seriously, cik fa memang teruja habis untuk shoot pic pre-wed ni.
buat survey tempat dan contoh pic pre-wed with hanna rina.
habis girls u.S kena jadi bahan kami
antara hasil pre-wed ;


pre-wed.mieyza.fauzi


ehem-ehem.
nak iklan sikit.
berminat?
untuk shoot?
pre-wedding. tunang. birthday. any events
just pm me
di facebook

facebook.com/vanillachoc

ni my latest pic.. :D

just check it out here!
coba-, coba II, coba III

Friday, May 20, 2011

:: jika masih ada esok ::


"dalam hidup ini, ada dua perkara yang paling besar ; CINTA dan KEMATIAN." - rudi, TENTANG DIA

untuk meminati seseorang, kita hanya memerlukan sedetik waktu.
untuk menyayangi seseorang, kita hanya memerlukan seulas senyuman indah.

untuk mencintai seseorang, kita hanya memerlukan sepatah kata.

ianya menusuk ke hati.
susah untuk dilupakan.
tapi boleh untuk ditidakpedulikan.
sekiranya sekali ditusuk dengan kebencian.
kasih boleh hilang dengan sepantas kilau cahaya.

memiliki kasih dari yang terkasih bukan satu perkara yang berlaku bagi semua orang.
kerana yang dipilih oleh Allah sahaja yang mampu merasakan titisannya.
memiliki kasih dari yang mereka yang penjahat kasih bukanlah asing dalam hidup.
kerana bukan semua manusia mengerti betapa pentingnya kasih.

menyayangi dia bukan bererti kita akan memiliki dia
memiliki dia bukan bererti kita akan memiliki hatinya
memiliki hatinya itu bermakna kamulah yang tercinta.

cinta bukan mainan

bukan terpaksa atau memaksa
itu satu rasa
dari Allah
dipinjamkan kepada hamba-Nya.

jika esok bukan untuk kita.
bolehkah terbuka kata hati kita

tanpa kita bukakannya dihari ini
kita hanya masih punya sisa hari ini.
matahari sudah pergi, yang ada hanya bulan yang menyamar dengan cahaya yang dimiliki.
bintang hanya sekadar teman.

supaya seri tidak pergi dan sepi.

mulut mampu dibukakah untuk merungkai hati.
untuk menyatakan
pada dia
bahawa
kamu istimewa.

fafa - :)

Tuesday, May 17, 2011

:: anak saya ::

cikfa ada anak?
anak?
children?
what?
yes!
ye!!
anak cikfa tak de nama lagi.
pertama dan kedua dari kiri anda ;)

:)

" happy teachers' day "

Monday, May 16, 2011

:: kita dalam geng mana? ::


korang anak ke berapa? pertama?
ke-5?
tahu tak korang, perangai korang boleh ditafsir melalui "kedudukan" korang dalam adik-beradik.
pernah dengar pasal TANAH, AIR, API, dan ANGIN

anak pertama : TANAH
anak ke-2 : AIR
anak ke.3 : API
anak ke-4 : ANGIN
anak ke -5 dan seterusnya, just rotate je urutan ni.

percaya?
atau tak pernah dengar langsung?
kalau tak pernah dengar, meh baca terus post ni. :)

cikfa akan ceritakan secara ringkas je ok.

untuk mereka dalam geng "TANAH"
korang ni jenis yang merendah diri. dan seorang yang tak cerewet. yang best, digambarkan sebagai seseorang yang cool, dan pandai control emosi. korang jugak dilabelkan sebagai bijak.

mereka dalam geng "AIR"
romantik!
tenang!
sederhana.
hatinya sangat halus.
mudah mengalirkan air mata.

geng " API"
dengar api, sah-sahla panas kan. orang dalam group api ni, tak lah panas. korang ni dilabelkan sebagai bertanggungjawab, tegas dan cekap. korang jenis sentiasa peka dengan surrounding. GOOD! tapi, orang tua-tua selalu labelkan orang "api" ni adalah mereka yang sangat baran!

geng cikfa = geng "ANGIN"
bijak berkomunikasi dan mudah mendampingi dan didampingi. bijak dalam berkata-kata dalam melontarkan pendapat tetapi boleh mendatangkan kebimbangan oleh pihak lain. yela, mulut duk sedap bercakap, mungkin ada yang kurang senang!~
tapi kejap, ada yang cakap, geng "angin" ni jenis mudah berubah hati. dan mereka mudah bertukar pasangan?! (tidak! - cikfa? oh no!!~)

percaya?
cikfa sekadar berkongsi
kadang-kadang sifat kita boleh mempengaruhi pergerakan kita sehari-hari.
perkembangan perhubungan dan kehidupan kita.

sumber : disini

Saturday, May 14, 2011

:: post hilang - blog da sihat ::

seharian blog di"kunci"
sume pem-blogger hangat duk haru biru fikir.. macam ane ni?? ape yang berlaku ni??

dan sekarang.
blog dah sihat.
cuma ada post yang tak dapat diselamatkan.
cikfa?
ada yang hilang?

ada.. tajuk mama carry baby..

xpela, asalkan blog da sihat.

selamat ber-blog kepada pem-blogger.
chill.

:D

Friday, May 13, 2011

:: terima kasih ::

hanya nak ucapkan
terima kasih

:)

cik fa ok?
ye! sgt oke! :D

Thursday, May 12, 2011

:: mama carry baby ::

hai cik fa, malam ni kisah mistik lagi?
elok la tu. duk u.S pastu duk story bukan-bukan. hehe.
tahu cerita mama carry baby?
who's that mama?
baby? where?

mana dapat story ni? ok. dari zaman kanak-kanak rebina la. time nak balik mengaji.
cerita yang dikarangkan oleh budak-budak bertuah yang masuk asrama.

begini..
asrama yang tapak asalnya adalah stesen keretapi. ada seorang gadis mengandung anak luar nikah.
mati dilanggar oleh keretapi disitu, mayatnya berkecai dan tak dikebumikan dengan betul.
so, dia tak tenang. merayau la cari papa kepada baby.
budak asrama yang ter-bertuah untuk tengok mama ni, dia akan carry her baby ( dukung baby ) sambil nyanyi.. "mama carry baby.. mama carry baby..."

ok..cup cup.. kisah ni tak macam kisah lepas.
boleh di google-kan.
so. sampai sini je

[tidur]

Tuesday, May 10, 2011

:: kum kum ::


cerita di astro prima "kum-kum"

tak mo cite pasal cerita tu. tapi drama ni dah buat cik fa teringat satu kisah zaman kecik-kecik dulu.
HANTU KUM-KUM!
kire takut jugak la time kecik-kecik dulu.
mana tak nye. kawan-kawan duk asyik cerita kisah "kum-kum" ni. time nak balik mengaji tula diaorang duk sedap men-story-kan cerita mistik nih. adeh!
jap, tahu ke korang ngan cerita kum-kum ni?
tak tahu? tula! zaman kecik-kecik duk hadap video game sangat. sampai cerita mcm ni pun tak tahu. kisah-kisah cenggini la jadi asam masin lam kalendar kanak-kanak rebina tau! (haha)

ok, cik fa story sikit.
hantu kum-kum ni,
pompuan yang hodoh (muka hitam) taksub nak jadi cantik.
tapi guna ilmu salah. susuk mcm tu la. botox tak de lagi zaman km-kum ni. then, dia langgar pantang. tengok cermin dalam tempoh pantang.

padahal, dia tak boleh tengok cermin dalam tempoh tu. (dah org duk puji, dia cantik segala.. nak la dia tengok kan).. dah tengok cermin, buruk la muka dia. ubatnya? sapu darah vagina (darah dara) di mukanya.
so, malam-malam, dia akan 'merayap" ke rumah orang kampung.
sambil bagi salam. salam dia pelik sikit. macam ni..
"assalamualaikum-kum-kum" (tambah kum-kum kat belakang).
then, dia akan tanya tuan umah, dia cantek ke tak. (dengan muka buruk dia tu). sah-sah orang akan cakap buruk! dia pun akan bunuh org tu, utk dapatkan darah vagina!!! mcm tu la kisahnya~~ (wallualam!)

pernah dengar? tapi ni version cik fa zaman kecik-kecik la. hee~ :D
version wikipedia pun ada? iya! [here]

tapi jap,
dan dua post cik fa pasal menda mistik ni.
adeh.
sekian .
[masuk lam selimut, tutup mata - takut? TAK!]

Monday, May 9, 2011

:: panahan penunggu istana ::

dah tengok movie " penunggu istana" ?
belum?
takpe, sbb cik fa pun tak tengok jugak.
ade la beberapa feedback yang cik fa dengar. ada yang kata seram! terbaeekkk! tak kurang jugak yang cakap, seram tapi pelik. pelik? cik fa sebenarnya tak de la tahu sangat pasal sinopsis cerita ni, dan tak pela, tak perlu nak google sangat. sebab yang cik fa nak cerita ni ... lagi menarik! menarik?! ye!



hasil peng"google" an adik cikfa , dia jumpa satu blog. [here] "uncleseeekers".
pemilik rancangan "seeker" yang pernah menghantui korang erh, kita dulu-dulu. kan? kan? jangan buat tak ngaku.. sebab top jugak rancangan hantu ni dulu.
banyak persoalan dari mereka yang tengok movie ni. dan dipublishkan oleh uncle di blog nya itu.

"mcm ana family ammar menerima berita kehilangan ammar?"
"mcm ana usaha menjejaki ammar?"

ammar? siapa? watak dalam movie tu. yang difahamkan "hilang" masa penggambaraan.
tak salah ada sorang watak yang "mati" dalam movie tu.. jadi, mcm ana dengan family dia?
kita jangan persoalankan.. sebab dah berbuih-buih soalan muncul dalam blog tu. [here]

dan satu blog yang turut mengupas perihal ini. [ disini-malaywood]

ape pendapat cik fa?
hurm.. jap, kasi cikfa fikir..
tunggu jawapan uncle seekers dulu la. :)
*(ade ke family nak biarkan anak masuk program mcm tu,
yang da tahu program tu antara hidup dan mati? )


Saturday, May 7, 2011

:: patah dah tumbuh, hilang belum berganti ::

10.15 pm - masih kosong

10.30 pm - ade ayat, dipadamkan balik. [backspace]

11.00 pm - kosong balik. (terus ber-fb)

11.15 pm - tutup tab blog. download lagu yuna-PENIPU. layan jap. :)

11.34 pm - menaip im chat fb. open tab blog lagi.

11.35 pm - kosong ni .. aduyai. knp mcm tak de idea?

11.36 pm - sekian.

* bila idea mencurah-curah, mulut lancang bersuara.
bila kering semuanya, diam membisu kelu bahasa :)

Tuesday, May 3, 2011

:: photoshot :) ::

lepas cik fa habis praktikal,
cik fa kembali ke terengganu.
sambil-sambil siapkan thesis ,
cik fa teruskan aktiviti sampingan lain..

iaitu..

photoshot

model cik fa : miss hanna rina

and now,
cik fa nak sgt dpt shot pic party ke..
if anyone yg kenal cikfa, nak mintak cik fa shot pic kalian..
(sekitar kuala terengganu, dungun, paka, kemaman)
just contact cik fa ye .. hehe..
[tak de la pro mana pun, cik fa masih belajar.. ]





click here : coba - , coba II

how to contact cik fa?
just pm me @ fb
facebook.com/vanillachoc
search : Aiko Farahshahida

harga? - kite bincang nanti..
so far.. free lagi kot.. :)

Monday, May 2, 2011

:: ku bunuh, ianya mati ::

menunggu dengan satu persoalan
bersedia menjawab semua pertanyaan
muka ketat disembunyikan dicelah kaitan benang kelubung kepala

sekilas episod lalu menyapa
sedikit tergoyah pendirian perempuan
ingin sahaja dirayu kembali
sehirup nafas dipinjam Allah
melapangkan dada yang perit pedih
bayangnya masih tiada
bukan kabur dek samar mentari
tetapi masih tiada berdiri di sini



hati
kasih
digumpal dan ikat bersama
rangkum bersama perasaan kosong
lalu
segenap rasa terima kasih dihamburkan
ku bunuh, ianya mati

pergilah
jangan hadirkan lagi