Monday, May 23, 2011

:: maaf dari saya ::

seorang perempuan.
menyimpan kasih untuk seorang lelaki.
masih belum hilang sisa-sisa kasih itu.
dan sekarang, kasih itu bagaikan datang lagi.
cuma, masih sama seperti dulu,
masih ada didalam kotak. kemas tertutup.

seorang lelaki.
hadir dalam hidup perempuan itu, membawa kasih dan sayang.
diceritakan tentang rasa hati. tapi. hanya bernoktah disitu.
perempuan itu hanya mampu mendengar tapi tidak merasa.
kosong di hatinya.


kenapa.
disaat itu, tidak mampu dirasai rasa itu.
adakah perempuan itu bodoh?
menidakkan rasa hati lelaki tadi.
tapi jujur. tiada sedikit pun rasa.
menipu? tidak sama sekali.

maaf sekali.
mungkin kali ini,
bukan untuk belajar menerima lelaki itu.
kerana
kotak itu masih disisi.
hati masih kosong.

No comments: