Aku suka tengok kau. Kau comel dan senyum kau memang buat aku gila bayang. Sejak aku kenal kau, aku rasa kaulah insan yang sempurna yang pernah aku kenal (selain mak ayah akula). Buat soal kepandaian kau bila bercakap, atau ketebalan poket yang kau ada. Tapi, keterampilan kau tu yang buat aku suka kau. Kau tahu tak, yang aku tetap senyum walau aku tahu kau cuma nak kawan dengan aku. Dan perasaan dalam hati aku ni, mungkin kau takkan nampak.
Kau tahu tak, yang aku hari-hari tengok kau , dan ambil kisah apa yang kau telah buat dan ape yang bakal kau buat.(walaupun sekadar dalam facebook). Aku selalu tengok, ramai awek bertenggek kat facebook kau. Dan memuji-muji kau. Ya, memuji-muji si jantung hati aku. Siapa? Kau boleh tanya aku lagi.. Kau lah!
Kalau aku ada peluang untuk tengok kau depan-depan, aku akan rasa excited habis.(tapi ada ke?) Mula fikir baju apa aku nak pakai, perfume apa aku nak sapu. Aku bukan nak goda kau, cuma aku nak kau selesa dengan aku. Sekurang-kurangnya, keadaan aku akan membuatkan sekeliling kita selesa.
Kau tahu, kenapa aku selalu senyum bila aku pandang kau? Ya, aku selalu senyum walaupun kau tak pandang aku. Malah kau diam tanpa berkata apa-apa. Aku pandang kau, sebab kau comel. Sangat comel. Aku senang bila tengok muka kau. Tapi aku sedih bila tengok muka kau yang letih, pucat. Mahu je aku tanya kau terus depan-depan. "Babe, u kenapa? Stress kerja?". Tapi, aku tak buat semua tu. Aku takut silap langkah. Silap masa dan cara. (huh!.)
|
(sumber:google) |
Aku suka kau lama dah. Setiap kali aku teringatkan kau, aku akan text kau. Dan berharap kau akan balas text aku. Kau memang balas. Balasan kau tu memang mengubatkan hati aku. Kau mesti tak tahukan? Sebab kau tak rasa.
Kenapa lah kau tak cakap kat mamat tu? Kau suka dia! . Damn! Itulah yang selalu aku kena. Kenapa? Why? Aku sendiri tak tahu. Mungkin aku terlalu percayakan istilah nenek moyang kita. Aku tak nak jadi " Perigi Cari Timba". Tapi, aku sayang kaulah!
Kau jangan sedih. Aku tak nak kau terluka. Aku harap, kau hargailah hidup kau sekarang. Aku hanya ada sepasang mata, dan sekeping hati yang selalu akan ada nama kau. Mungkin bila aku ketemu orang lain, nama kau tetap ada. Sebangai sejarah hidup aku yang indah. Sebab..
"Aku sayang kaulah, bodoh!"
nota.chenta.
-kes novel.cikfa jadi gini-