Saturday, April 25, 2015

:: sayang kaulah, bodoh ! (5) ::

Dah terlalu banyak masa aku bazirkan. Aku biarkan berlalu tanpa sebarang langkah (drastik). Banyak cerita yang aku lalui dan aku percaya sama juga seperti dia. Ya, bertahun sudah. Tapi masih sama macam dulu. Tak sedikit pun terkurang dan malah, aku yakin macam semakin menebal.

Allah.. aku mohon kekuatan.

Hasil nasihat dari kakakanda (*tak perlu mention kot) , aku beranikan diri. Fuhh.. berpeluh macam nak ambik exam memandu. Terketar habis. 

Dan aku luahkan.

"saya suka awak. dah lama.. "

(*lebih kurang beginilah... malu pulak nak story se-detailsnya)

Jawapan?
Buatkan aku tersenyum.

Betul orang cakap, jangan takut. Luahkan saja. Kalau bila kita marah, kita berani je luahkan.
Tapi bila bab suka orang tu.. malu pulak nak tunjukkan. He He He

Cuma, bila dah luahkan, jangan harapkan apa-apa,, Errr, maksudnya, jangan harapkan jawapan yang positif. Setting siap-siap dalam otak, "aku kena terima apa saja yang dia balas." :)

Dan sekarang, LEGA! Alhamdulillah.

______________________________________________________notakaki____________________

Kepada kamu. (kamu tahu siapa kamu)

Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati. 
Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Saya tetap disini. Selagi diizinkan Allah.

Terima kasih.

Daripada Saya.


Saturday, May 31, 2014

#pepelovebakery

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Tertubuhnya #pepelovebakery dengan modal sendiri.
Produk pertama untuk fasa pertama.

Rainbow Cookies.


Alhamdulillah. Mendapat sambutan. Hampir 50 kotak terjual dalam masa sebulan penghasilan.

Ingin nikmatinya?


whatsapp/sms/call 0145027054 (farah)

RM15.00 (40pcs-1kotak)


* penghantaran percuma sekitar Bandar Ketengah Jaya.
* + RM5 bagi setiap penghantaran ke kawasan sekitar Paka, Dungun, dan Kertih.
* + RM8 bagi setiap penghantaran ke kawasan Kemaman (minimum 2 kotak)
* poslaju juga akan dibuat atas permintaan pelanggan. Ke seluruh kawasan semenanjung sahaja. 
 RM 7 ( 1 kotak )
 RM 10  ( 2 kotak )
+ RM 4 bagi setiap kotak seterusnya.
(kos ini melibatkan pembungkusan dan poslaju)

* juga menerima permintaan pelanggan sekiranya perlu membungkus seperti hamper / hadiah. (sedikit caj akan dikenakan sekiranya perlu.)
* sekiranya berminat untuk menjual produk #pepelovabakery di kedai anda, kami alu-alukan.
 ( kami akan tawarkan harga yang terbaik )

LIKE PAGE : #pepelovebakery

Tuesday, March 11, 2014

:: #mh370 ::


 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, ya Tuhan kami. Kami bermohon kepada-Mu, bantuilah kami. Permudahkan segala urusan dalam misi mencari dan menyelamat pesawat mh370 . Kau sahaja yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala apa yang berlaku. Ampunilah dosa-dosa kami dan seluruh keluarga kami, ampunilah dosa-dosa penumpang mh370 dan seisi keluarga. 

Berikanlah kami petunjuk dimana keberadaan mereka. Tunjukkanlah kami jalan untuk menyelamatkan mereka. 

Jika mereka sedang kesakitan, Kau kurangilah sakit mereka. Jika mereka selamat maka Kau berikanlah kami petunjuk lokasi mereka.

ya Rabb, sesungguhnya Kau sahaja tempat kami meminta dan memohon pertolongan. 

Amin ya Rabb.



Sunday, January 12, 2014

:: 24 ::

Assalamualaikum.
* lama benar tak melepak disini. :)

Seperti tahun-tahun sudah, post yang pertama dan boleh dikatakan wajib sebagai pembuka tirai sesi blog adalah "Happy Birthday to me" (sepatutnya 11 Januari, tapi aku pulak lambat sangat publish. Terlewat sehari) . Dan sama jugalah bagi edisi 2014. So old style lah. Tapi tak kisahlah, janji rock. Eh. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Besar, aku sudah memasuki episod hidup ke 24 tahun. Terasa sangat tua. Sangat! Yes, seriously sangat. he he he Tapi takpe, untuk menceriakan suasana, kita psiko sikit. Umur tu sekadar angka, kematangan itu yang penting. Tak gitu? :)

Jadi, dikesempatan ini aku nak ucapkan thank you very much, ikan puyu seriyal samah kepada family terchenta, teman terkasih, sahabat setia, saudara gembira, rakan duka tawa, dan semua atas segala ucapan, doa , post wall facebook, twitter, sms, whatsapp dan sebagainya. Terima kasih sebab semuanya dah menghidupkan hari istimewa ini. Semoga kalian juga dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Amin ya Rabb. 





:)