Showing posts with label chenta. Show all posts
Showing posts with label chenta. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

:: Putus Cinta ::

Berkenalan, dan terus saling mengenali. Perasaan saling memahami dan melengkapi membawa satu rasa kasih, sayang dan cinta didalam hati. Perasaan sesama manusia seperti ini memanglah normal, dan sememangnya lumrah. Ini satu anugerah. Nikmat yang Allah kurniakan. 

Kita hanya merancang. Allah lebih mengetahui semuanya. Itu sememangnya yang lebih baik untuk kita. InsyaAllah. 

Putus Cinta. Walaupun hubungan disemai bertahun, berkurun, berabad sekali pun. Jika itulah yang tertulis untuk penamatnya. Maka itulah yang berlaku. Tapi sejauh mana kita ni sebagai manusia , nak harunginya? 




Bersedih. Meratapi setiap inci kesedihan. Selama 24 jam, 7 hari seminggu? Menangis dan termenung selalu. Sampai kerja tertangguh. Kuliah sudah berlalu, exam semakin dekat dan segala tugasan menghimpit. Kita masih bersedih. Kerana terputusnya hubungan dengan sang kekasih. Yang dulunya seperti "pahlawan", "bidadari" dihati.

Sudahlah. Sesakit mana pun hati kita. Dan sesedih mana pun hati. Hidup adalah hidup. Dan hari semakin bergerak. 

Kau tak rasa. Kau boleh la nak 'sembang'!
Aku? Apa yang aku rasa mungkin tak separah kau. Tapi kawan, aku sakit melihat kau begini. Buanglah dia. Buang semua barang, kenangan, dan setiap inci perkara yang boleh buat kau sedih. Bakar semuanya! 




Semuanya atas diri kau. Ambillah ruang dan sedikit masa. Kau renunglah sedalamnya. Bukan pada kenangan. Tapi pada diri kau. Hati kau. Kasihanlah hati kau , jangan bagi hati kau sedih lagi. 





Wednesday, February 1, 2012

:: betul ke cinta tu mencari kesempurnaan? ::

" perempuan ni, bahaya . kalau yang dah kawin pun, then jumpalah lelaki yang lagi lebih dari husband dia.. tak kira lah dari segi apa. Rupa, duit dan sebagainya. Boleh menggoyahkan kesetiaan tau! "

Damn! merah padam muka bila dihentam macam ni.
marah? Ya! perempuan mana tak marah, kalau kaum sejenis kena hentam macam ni. 
"  Oh, tu perempuan. Lelaki? Tak jadi gitu ke? Contohlah, lelaki ni berjodoh dengan perempuan kampung. Yang hanya tahu pakai kain batik dan t-shirt labuh. (bukan nak meremehkan pakaian ni.. ni contoh ye kak). Dan di pejabat, ada setiausaha yang pergh! Cantik bergaya, dengan tudung ala yuna, dress lak ala rozita che wan. Tergugat jugak ke kesetiaan tu? Tak? Betul ni?! "

Gedebuk. Lelaki tu terdiam.. dan hanya tersenyum.
dan cikFa kembali tersenyum. 

"Encik, kalau tu yang selalu encik fikir tentang perempuan, malanglah encik sebagai manusia. Dan ingat, jangan bercinta ye encik. Dan "diharuskan" janganlah berkahwin. Ada girlfriend? Putuslah. Jangan seksa dia. Kalau tu yang selalu encik fikir tentang perempuan. Ingat, kakak, adik, mak, nenek encik semua perempuan. Kesian diaorg."
Tersenyum.

" Okay. tapi.... "
" cinta tu tak perlukan kesempurnaan. Tak kiralah rupa, atau duit. Tapi, bila cintakan seseorang tu dengan ikhlas dan kerana Allah, kita akan mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik. KIta ni, tak elok nak burukkan jantina lain. Jangan encik. Sebab, encik akan berkahwin dengan perempuan. Maaf ye encik. Dan sekarang, encik tengah berurusan dengan perempuan. Saya memang belum kawin, tapi encik.. saya tetap perempuan. Encik mungkin berpendapat lain. tapi dalam dunia ni, hanya ada lelaki dan perempuan. Tak perlu salahkan sesiapa. Kalau tak, tak kawin lah kita semua. hehe. ( sambil ketawa )"

Senyum. Tulah jawapan. Mudah kan?

Friday, December 16, 2011

:: Jodoh, kita tak tahu.. ::

Pernah tak terfikir, siapa yang akan kita nikahi, menikahi atau bersama sampai kita mati. Dan insyaAllah, sampai ke syurga? Memang takkan tercapai bagi yang belum berpunya , Err. macam cikFa. He He He. Tapi yang sudah berkahwin, dah masuk ke fasa kehidupan yang baru. Tahniah. Dan sampai seru dan kalian dah berjaya menyambut seruan dengan jayanya!

#tepuktepuktangan

Sebut pasal bertemu dengan SI DIA yang tepat ni, sangatlah susah. Dan memang satu perkara yang susah nak diramal. Dan kita tak boleh nak jangka. Even, makcik pakcik yang dah hidup 50 tahun pun, belum tentu dapat merasakan si polan ni jodoh bagi si polan. Atau sebaliknya.

Kenapa? Sulit sangat ke cikFa ? Susah nak ramal? ramal yang macam mana?

Sebab semua tu bukan kerja kita. Tu semua Allah dah tetapkan. 

Cuma kita, teruskanlah mencari. Dan mencari. Jangan mengejar. Tak manis u! Gelojoh sangat nampak. Huduh taw!
Tangkap takpe. Curi pun oke gak.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kawan : kawan ko tu perempuan? kalo ya.. chantek la. baru semangat nak tolong!
cikFa   : Ha ha ha. sempat lagi. Nebeng sungguh!
kawan : ala.. boleh ejas untuk aku, jadi dah! 
cikFa   : yela.. jodoh.. sape tahu kan.. :)

Saturday, December 10, 2011

:: surat untuk awak ::

dia (awak)
rumah awak.
(alamat rahsia - terlalu peribadi)
10 dec 2011
Kehadapan awak,
Ketika awak baca surat ni, confirm uncle posmen dah selamat hantarkan surat ni kepada awak. Yela, kalau tak sampai, takkanlah awak boleh baca. Awak mungkin tengah tersengeh sekarang. Dapat surat cintalah katakan. Opss. Maaf, saya terlebih excited pulak. *malu.
Awak, awak. Tujuan utama saya tulis surat ni, saya nak bagitahu awak. Yang saya kan, selalu tengok awak. Eh, awak jangan cakap saya sekodeng awak tau! Saya cuma tengok hujung-hujung mata saya je. Saya malu. :)

Saya selalu gelak besar sampai tak ingat dunia, bila tengok gelagat awak yang bodoh poyo tu. Ingat lagi, masa awak lari dari pak guard sekolah. Awak jatuh longkang, sampai koyak seluar. Comot awak. Tapi, jangan bimbang. Awak tetap comel. Kalau awak makan pun sama. Habis kotor baju, selalu makan sampai tumpah. Comot, tapi tetap comel.

Saya tahu. Saya ni tak cantik. Sebab mak selalu cakap saya comel.Tak kisah la tak cantik, janji saya comel. Macam awak. He he he. Jadi, kita sepadan la ye. Sebab awak pun bukan kacak mana pun (memang tak kacak pun). Kacak lagi budak baru yang pakai spek dalam kelas kita tu. Tapi, awak jangan la bimbang. Saya tetap suka awak.Walaupun, saya dah ngorat budak tu semalam. Sebab awak comel. Saya comel, awak comel.. baru kena!

Eh, saya kena tidur dah. Mak saya dah nak buat spotcheck. Nanti saya suruh uncle posmen hantarkan surat lagi kat awak ye. Saya ada pantun. Bacalah. Penat saya fikir.
turun padang nak tengok bola,
bola bulat bergentel-gentel,
awak ni memang tak boleh bla,
tapi awak tetap comel.
yang comel jugak,
-budak paling comel dalam kelas.

Thursday, November 3, 2011

:: bukan macam cari baju ::

Hello uolls, yang single! Eh, yang tak single pun.. hai hai hai! (gedix sikit!-aww~)
Sihat tak ni? Macam mana hari-hari uolls, indah? Masyuk tak?? 

ada seseorang bertanya.

Single?
ye, saya.
Kenapa? Tak mencari? memilih?
Bukan. mencari tetap mencari. Sebab berkawan tak salah.
Dah tu, kenapa men-single-kan diri. Memilih sangat! Ni la perempuan!
Sebab..Cari pasangan bukan macam cari baju. Cari baju pun, tahu nak pilih-pilih dulu. Ye tak?
Err..

So, uolls yang masih men-single.. boleh la nak guna taktik ni ye. Sebab cikFa tahu, mesti ramai yang tak tahu macam mana nak bagi jawapan yang kompleks bila kalian diterjah dengan soalan macam ni.

--------------------------------------------
dah masuk november.
masih ketandusan idea. sekian.

Friday, October 21, 2011

:: sayang kaulah, bodoh! ver.4 ::

Melihat semua hasil karya aku untuk projek yang lepas. Terdetik juga yang aku ni pandai shoot gambar. He He He. Perasan! ya! tulah kau. Suka sangat perasan. Perasan itu, dan ini. Dan perasan dia tu comel. Dia? Alangkah bagus kalau aku boleh lupakan dia , macam aku delete semua gambar yang aku shoot ni. Just click punat 'tong sampah'. Cabaran betul!

Sekarang dah nak masuk setengah tahun aku merantau di tempat orang. Banyak yang aku jumpa. Banyak yang aku belajar. Tapi, dalam kesamaran malam, aku baru sedar. Hati aku tak terisi. Kosong je ni. Haissh..

Kosong yang macam mana kau maksudkan,hah? Kalau kosong yang kau rasa, mintak lah pada Dia yang sedia memberi. - Satu pesanan ringkas seorang teman. Dimeja tulis aku.

Ladang teh menghijau didepan mata aku. Hijaunya. Indah ciptaan Allah. Aku terlalu leka dengan keindahan batu konkrit di bandar, sampai lupa kehijauan berselang dengan peluh petani. Tapi, kesibukan jalan raya di sini, masih bersisa. Mana ubat bagi semua ini? Sibuk. Kesian anak kecil petani, ketakutan melintas untuk menyapa peluh ayah dan bonda mereka. Ahh. Kemajuan. Kehijauan. 
Lenguh sepasang kaki ni, masih terasa. Aku hirup teh BOH perisa vanilla yang berharga lebih dari RM 3. Terasa hangat dan lembutnya vanilla. Wangi. Senyum.
Lapang hati. Tenang. 
Sekeping kertas. Sebatang pen.

Aku sudah berjalan sejauh ini. Kerana ingin melihat kehijauan ladang terbentang. Aku sudah berjalan sejauh ini. Susuk tubuh itu masih bersisa. Aku ingin tinggalkan saja. Disini. Untuk kedua kalinya. Kepada-Nya aku memohon. Jika dia untuk ku, tunjukkanlah kepada dia jalan untuk memandang ku. Jika bukan, bantulah aku untuk ke destinasi pemilik hati aku ; dia yang belum ku kenali. Nota ini. Aku tulis, catatan terakhir tentangnya. Jangan tanya kenapa, dan mengapa. Kerana hanya satu jawapannya ; sayang kaulah, bodoh! Terima kasih. :) - matapenasaya.

-------------------------------------------------
mintalah pada Dia yang setia memberi 

Wednesday, October 5, 2011

:: Kemandulan kaum Lelaki? ::

Kemandulan. Satu istilah yang sering dilemparkan kepada kaum wanita. Tapi sedarkah kita, kaum adam juga tidak pernah terlepas. Err, macam berat je tajuk entry kali ni, cikFa yang bujang dan still single ni nak bercakap perihal seks dan kemandulan? Aishh.. 

Okay, kemandulan ni, adalah satu pemasalahan yang selalu duk menikam kalbu pasangan suami isteri. Yela. kahwin dah 5 tahun, asal balik kampung je.. habis satu kampung termasuk Tok Penghulu duk tanya, bila nak ada si junior.. 

Tok Penghulu : Amin, ko ni asyik berdua je.. tak habis lagi zaman honeymoon? Bila nak membiak? 
Amin : Belum rezeki tok.. 

Mak Kiah : Amin, ko pasang la sorang lagi. Kahwin dah 5 tahun, sorang anak pun tak dapat. Isteri ko tu mandul ke? Senang-senang, nikah je satu lagi.
Amin : Err..

Asal lambat dapat anak, suruh pasang cawangan. Hello, kemandulan ni bukan kaum wanita je. Kaum lelaki juga! Sila sedar akan itu. He He He. 

Doktor : Amin, isteri u tak de masalah. sihat dan subur. Cuma.. u yang bermasalah. Azoospermia.
Amin : Azoo.. what??!

Okay, Azoospermia tu salah satu jenis kemandulan bagi kaum adam. Iaitu tidak mempunyai sperma hidup, atau dalam repot kesihatan akan ditulis "No sperm" atau "Nil". Ianya mungkin disebabkan adanya kecederaan di kemaluan lelaki. Yela, time kecik-kecik nakal sangat. Main basikal, pastu jatuh atas palang basikal.. Hampeh! Terus ifek kat situ. 

Ada lagi istilah lain, agak berbelit. He He He.

Oligospermia = Bilangan sperma merosot.
Asthenospermia = Sperma tak aktif.
Teratospermia = Bentuk sperma yang pelik.

Kenapa boleh jadi macam ni? Takkan kes jatuh kat palang basikal je? Hurm, banyak lagi penyebabnya. Contohnya, pemakaian seluar dalam yang ketat. Sebab boleh mendedahkan testis kepada suhu yang tinggi. Testis sensitif dengan suhu. Orang yang selalu stress juga boleh menyebabkan Oligospermia. So, Happykan dirimu. Hee~ :)

Haa, satu lagi. Lelaki please jangan sesekali letakkan laptop di atas riba. Itu boleh meningkatkan suhu. Bahaya! :D




------------------------------------------------------------------------------
entry berani mati. hehe.
sekadar berkongsi..
wanita, kamu juga perlu ke sini.  

Friday, September 16, 2011

:: sayang kaulah , bodoh ver.3 ::

Ada event kat tempat aku. Aku tengok senarai nama, ada nama kau. Oh tidak. Takkanlah! grr~. Mahu tak mahu, aku kena pergi jugak. Sebab aku ni junior kat situ, nak tak nak, aku kena menampakkan diri aku , tanda memberi sokongan. #bodek jabatan. He He He
Semalaman aku tak boleh tidur. Aku peluk buchuk, tak de jugak datang ngantuk. Tak de pulak nak menguap. Tadi masa layan movie , menguap sakan. Sampai housemate aku bantai pekup mulut aku dengan kusyen. Jahat kau! Nak aku mati? huh. Mata aku masih pejam celik, pejam celik. Ikut arah pusingan kipas siling. #pening!

Ada bola yang bergolek. Aku? hanya dengan mr.nick dan air mineral. Duduk di tepi parkir. Nak shoot gambar, idea kosong. Aku terus mendiamkan diri dan senyum je. Kononnya sudah lupakan kau. Tapi hakikatnya, masih bersisa. Bersisa tahu tak? Sedih lagi ni!
Air mata aku tetap jatuh bila dengar lagu kisah hati dari aliyah. Err.. terbocor lak rahsia. :)
Seteguk demi seteguk, air aku telan. Tekak aku dah naik mual dah nak telan. Tapi cuaca panas, aku terpaksa jugak.

Ada yang menegur, aku cuma senyum. Aku rasa seperti tiada apa untuk aku disini. Tujuan, hanya nak menampakkan diri, dan aku sudah buat. Ketua  jabatan dah aku salam, semua dah aku hai hai - kan. 
Balik jela, tak de kerja dah aku kat sini. Hari pun dah panas, aku balik, mandi, tidur lagi syok. Melayan perasaan kat sini, buat apa. Kau? Hah? Aku tak nampak kau lagi. 
#Berhenti berjalan.
Sederap bunyi ada kaki turut berhenti. Dan aku masih tak menapak. Aku nampak bayang. Aku menunduk dan pejam mata. Glup! Ni yang aku takutkan. Berhadapan dengan kau!

"Hai, nak balik?" Satu senyuman tergambar.
Senyuman yang aku rindu. Kau!

"Err.. balik.."
Ada suara lain datang!
"Woi, bangun! Ape ko ni?!!"
Aku celik mata aku sebesar-besar. (besar ke?) 
Kau hilang. Yang ada hanya, buchuk, dan dia; housemate ku.
#mengigau?

___________________________________________
huh. susah.

Wednesday, September 7, 2011

:: sayang kaulah , bodoh ver.2 ::



Dah lama aku tak cari kau. Tak ambil tahu pasal kau. Tapi kejap, lama mana aku tak ambil kisah pasal kau ni? 5 tahun ke? 5 bulan..? Maaf ye, baru 2 bulan. Dalam masa 2 bulan ni, sah-sah banyak yang berlaku dalam hidup kau. Dan yang sangat pasti, kau mesti tengah bahagia , kan?

Bila aku baca bait kata kau untuk dia, aku tahu kau sangat bahagia. Bila dia jauh dengan kau, dia akan ucap rindu. Aku tahu semua tu. Dan aku rasa ada gurisan dalam hati dan perasaan aku. Ya, aku tahu, bukan kau yang buat semua tu. Kau memang tak ada niat sekecil beras pun untu buat aku terluka. Aku yang terbuai dengan perasaan aku. Aku yang biarkan rasa sayang aku untuk kau hidup dengan nyawa aku. 

Kau ingat senang ke aku nak berhadapan dengan rasa ni semua? Nak dimudahkan pemahamanlah, aku ni pihak yang bertepuk sebelah tangan. Cop! Cop! Bukan setakat sebelah tangan, jari telunjuk pun belum tentu tau!. 

Ayat kau tu, dah macam kau cemburu. Bahaya tu, kawan! Nanti jadi dendam!. Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang akta ke-cemburu-an ini. Bab cemburu ni, aku mengakulah. Bab dendam, aku sedar dengan ketentunan Tuhan yang Maha Esa untuk hamba-Nya. Aku takkan pernah cemburu. Tapi aku tetap terluka. 

Aku dah lelah berjalan. Bawa sayang dan rindu aku. Kesana kemari. Lelah aku. Letih. Aku tertidur di satu perjalanan yang panjang.

****

Aku buka mata. Walaupun mata aku ni sepet, pandangan aku masih jelas. (tipu, padahal rabun kot.) Aku nampak kebahagiaan dan senyuman. Aku perlu melepaskan. Pisahkan rasa dan hati aku. Kau? Aku akan tinggalkan kau. Disini.

Untuk kau,
Terima kasih atas senyuman. Aku gembira.

Nota ini untuk kau. Dan hari-hari aku yang akan datang. Supaya kenangan ini ada dalam hidup aku. Walaupun aku sendiri yang melukisnya. Tanpa tangan kau. Tanpa hati kau, dan tanpa rasa kau suka aku. Aku suka kau. Suka. Dan itu memang pasti. 
Takpalah, kau sudah ada jalan kau. Jalan kau untuk meng-halal-kan dia bagi kau. Dan doakan aku, supaya bertemu dengan yang halal bagi aku. 

Akhir kalinya, aku nak kau tahu, Aku Sayang Kau.
Aku sayang kau , bodoh!


________________________________________________
cinta itu anugerah.
berbeza rasa dan rencahnya.
mungkin "aku" belum ditakdirkan bertemu
dengan yang halal baginya.
Esok? Mungkin. Siapa tahu.

Thursday, August 25, 2011

:: sayang kaulah bodoh! ::

Aku suka tengok kau. Kau comel dan senyum kau memang buat aku gila bayang. Sejak aku kenal kau, aku rasa kaulah insan yang sempurna yang pernah aku kenal (selain mak ayah akula). Buat soal kepandaian kau bila bercakap, atau ketebalan poket yang kau ada. Tapi, keterampilan kau tu yang buat aku suka kau. Kau tahu tak, yang aku tetap senyum walau aku tahu kau cuma nak kawan dengan aku. Dan perasaan dalam hati aku ni, mungkin kau takkan nampak. 
Kau tahu tak, yang aku hari-hari tengok kau , dan ambil kisah apa yang kau telah buat dan ape yang bakal kau buat.(walaupun sekadar dalam facebook). Aku selalu tengok, ramai awek bertenggek kat facebook kau. Dan memuji-muji kau. Ya, memuji-muji si jantung hati aku. Siapa? Kau boleh tanya aku lagi.. Kau lah!
Kalau aku ada peluang untuk tengok kau depan-depan, aku akan rasa excited habis.(tapi ada ke?) Mula fikir baju apa aku nak pakai, perfume apa aku nak sapu. Aku bukan nak goda kau, cuma aku nak kau selesa dengan aku. Sekurang-kurangnya, keadaan aku akan membuatkan sekeliling kita selesa. 
Kau tahu, kenapa aku selalu senyum bila aku pandang kau? Ya, aku selalu senyum walaupun kau tak pandang aku. Malah kau diam tanpa berkata apa-apa. Aku pandang kau, sebab kau comel. Sangat comel. Aku senang bila tengok muka kau. Tapi aku sedih bila tengok muka kau yang letih, pucat. Mahu je aku tanya kau terus depan-depan. "Babe, u kenapa? Stress kerja?". Tapi, aku tak buat semua tu. Aku takut silap langkah. Silap masa dan cara. (huh!.)

(sumber:google)

Aku suka kau lama dah. Setiap kali aku teringatkan kau, aku akan text kau. Dan berharap kau akan balas text aku. Kau memang balas. Balasan kau tu memang mengubatkan hati aku. Kau mesti tak tahukan? Sebab kau tak rasa. 
Kenapa lah kau tak cakap kat mamat tu? Kau suka dia! . Damn! Itulah yang selalu aku kena. Kenapa? Why?  Aku sendiri tak tahu. Mungkin aku terlalu percayakan istilah nenek moyang kita. Aku tak nak jadi " Perigi Cari Timba". Tapi, aku sayang kaulah!
Kau jangan sedih. Aku tak nak kau terluka. Aku harap, kau hargailah hidup kau sekarang. Aku hanya ada sepasang mata, dan sekeping hati yang selalu akan ada nama kau. Mungkin bila aku ketemu orang lain, nama kau tetap ada. Sebangai sejarah hidup aku yang indah. Sebab..

"Aku sayang kaulah, bodoh!"

nota.chenta.
-kes novel.cikfa jadi gini-

Tuesday, July 12, 2011

:: thanks to them! ::

Disebalik kejayaan dan apa yang kita ada sekarang, pastinya ada yang membuatkan kita menjadi kita sekarang. Contoh, sekarang orang ni dah kaya, duit dalam bank berjuta melon. Bila ditanya, pasti jawapannya ..
" Saya dulu hidup susah, bukan macam sekarang. Tapi, susah tu buat saya jadi saya sekarang".

Pernah tak terfikir, orang tu mampu menjadi yang lebih baik, kerana gagal bercinta. Percaya ?
Disebalik senyum dan kegembiraan yang ada pada diri kita adalah bermula dengan air mata. Kalau korang jawab tidak, MENIPU la jawabnya. Sebab, jawapannya dah confirm YA!

Cerita macam ni, boleh terjadi dekat semua orang, baik lelaki atau kaum seangkatan dengan cikfa; perempuan. Kita ada hati, dan bila nama pun manusia, sah-sahlah kita akan jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta, lepas tu kena pulak line clear, ter-couple-lah kita. Then, i lerb u, u lerb me... tup tup PUTUS. Jodoh sampai situ je kan. Redha. Masa tu mula lah, ada yang nangis menonggeng dan ada yang buat-buat steady. Macam nothing je.
Tapi, confirm ada yang akan sumpah seranah dekat mereka yang sudah bergelar EX. Tapi, sedar tak sedar, mereka yang bergelar EX inilah yang akan "bangkitkan" kita.

EX : woi, bangun lah. ape kejadah ko nangis je?

Bila dah kering air mata, hati pun dah terubat, kita akan teruskan hidup. Terus pegang pen dan kertas dan buat assignment macam biasa. Pergi kelas dan kemudiannya meneruskan hari-hari mendatang dengan jayanya! Dan corak kehidupan kita, lagi dan lagi maju. Semakin bersemangat sebab adanya luka dan parut serta kudis dihati tu.
(mungkin ada yang tersasar jauh bila terjadinya sejarah meng-EX-kan partner, dan mereka adalah golongan yang perlu sesi kaunselor macam budak kena tangkap merokok masa zaman sekolah)

And now, sedar atau tidak, kehadiran EX ini sedikt sebanyak telah mengubah hidup anda. err.. kita. Dia yang tinggalkan parut, dan parut tu akan bagi kita motivasi sepanjang hidup kita. Percaya atau tak, tanya lah diri korang tu. Tanya la, sekarang! :)

Say thanks to EX (s)
(s)?? hee~

Cinta monyet pun termasuk ye. Sbb cinta monyet pun tachink2 jugak kan!
credit to : Aziz Hazmi

Sunday, June 13, 2010

:: mini project ::

salam ^_^
aip bintang.. buchuk..

tempat tenang itu lagi..


tempat itu lagi.. membuatkan aku jatuh cinta..
kenangan semalam datang kembali..
tapi.. sekeras mana hati aku..
aku masih belum mampu nak tawankan bahtera hati itu..
desiran ombak membawa rindu ku pergi..
jauh menyapa awan nan biru..
kekeliruan aku menjamah hati yang beku
semuanya bagaikan mengaburi aku..

---berenang---
esok ye.. :)

---demam bola---
huhu.. mcm ane nak tgk bola.. telinga dah sakit nih.. aaahh!!..
masa lepaking tadi pun tahan jerk..
kamo.. kirimkan salam pada bola ye..
hee~~

0250ambol

Friday, June 11, 2010

:: BBq time! ::

salam ^_^
aip bintang.. buchuk.. :)

ayam!! mi goreng!! sosej bakar!! sarsi!! masyukkkk!!!~


akhirnya, projek bbq kami berjalan dengan lancar nya.. masyuk ahh!.. besh sgt-sgt.. hehe..
(aku, zul, irah, lien, sekut,din,ya,aswan,kerol, sapik)
guys, besh3.. makan.. makan.. jemput-jemput..
hahaha.. ayam mmg besh ahh syabas encik zul.. kamo berjaya..
kepada "kak dah" yang penink lalat masakkan mi tu.. hahaha.. besh3.. :)
bagai nak pecah perut nih duk gelak jerk.. dengan lawak sekut "rompak" aswan, aswan lak.. duk cari hp dia.. pdhal, aku yang "songlap" hp tuh.. hahah.. :P

---buai laju2---
hurm, tenang jerk masa aku main buai..
bagaikan jatuh cinta lagi! pergh.. haha ade-ade je aku nih kan.. jatuh cinta la ape la..
tapi lam hati aku.. hee~~ namo la cite.. ekekeke.. :D

esok.. jog.. lepaking wif them again..

1200am


Wednesday, June 9, 2010

:: mencipta cinta ~ ::

salam ^_^
aip bintang.. buchuk..

aku ingin mencipta cinta..
tanpa hati.. kasih sayang tak akan menjadi realiti..




mencipta cinta..
entah mcm mana frasa ini boleh terhasil..
:)
menyelusuri apa yang dikatakan hati..
mengaitkan rasa rindu yang sudah lama aku pendam kan.. ~

---semuanya masih segar---
masih dihati ini..

*kamo...

1138pm




Wednesday, April 7, 2010

:: pabila demam melanda ::

salam ^_^
ello buchuk
aip2 S..
hi bintang syg.. :)

ari ni.. pergh.. aku ade bengkel..but sebelum tu.. ade listening qiuz.. hurm.. haronok giler..
mau xnyer.. dah la kena duk jauh2.. pastu.. pronouns pun blurr.. huhu.. aku jawab2 dgn penuh redha jela..
huhuhu~
bengkel resume dan interview.. thanks to my bonda, miss ziana, miss yana, miss raihanah.. to the bengkel..
byk yg dpt aku blajar.. tp.. mcm sedey jerk.. bila da wat resume.. tu tndanya.. aku dan ptpl.. semakin "menjauh".. bukan sebb aku sygkn kolej aku tu ke ape.. tp.. aku akan meninggalkan satu zaman yang byk mngajar aku..
mengajar aku untuk lebih kendiri..(ape tu kendiri?? bukan kendi ye.. a.k.a cerek..)
nest week.. aku kena hantar resume..tuk prktikal.. mana pilihan aku?? kuantan, KL, dan mybe perak..
kuantan- aku nak balik kg aku..
KL- hurm.. sbb kalo ley nak swasta..
perak- sbb aku ade kwn kat sana.. then.. ospital dia ok..

now, mr.S demam
merah hidung dia tadi.. kesian dia..
hurm.. aku nak degil2.. xley.. dia xkasi..
so.. xley bebel dia lebey2..
huhuhu~
to mr.S.. jge diri.. xmo nakal2.. mkn ok??

kamu jugak demam..aihss..
knp demam jugak???
huhuh. jge diri jugak ye..
(tula.. sibuk sgt memanjang)

sok.. balik Kj..
hurm..
:)
mish my leb larh..
sok kite jmpe ye syg.. :)

1102pm
aku jatuh cinta?
sayang?
(hihihi)