Showing posts with label think. Show all posts
Showing posts with label think. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

:: Deja vu ::

Deja vu.
Secara ringkas, kita boleh tafsirkan sebagai keadaan atau perasaan yang pernah dialami sebelum ini, dan sedang berlaku sekarang. Contohnya :

" Si A sedang makan aiskrim sambil mengadap ke sebuah bangunan setinggi 15 tingkat. Tiba-tiba, dia rasa seperti dia pernah lakukan perkara yang sama sebelum ni. Cuma, tak pasti bila, dan tempatnya sama atau tidak. "

Hampir 70% manusia mengalami deja vu dan ada yang alaminya hampir setiap minggu dan bulan.  Kita mungkin akan rasa "eh, macam pernah tengok.." atau cara perbuatan kita seperti pernah dilakukan, tapi tidak mampu untuk merungkai atau ingat kejadian tu sepenuhnya. Selepas beberapa saat, kita akan kembali kepada realiti. Blur? Tu sudah pasti. 



Ada juga yang mengaitkan deja vu yang dialami dengan mimpi. Mungkin apa yang mereka lihat sekarang, adalah sama atau hampir sama dengan mimpi yang pernah dialami dulu. Sebenarnya banyak sumber yang boleh dikaitkan dengan deja vu. Seperti, sentuhan, penglihatan, rasa, dan pengalaman.  

Aku sendiri, pernah rasa akan dejavu. Tapi untuk beberapa saat sahaja dan sekadar terdetik dihati. Aku rasakan macam pernah buat kerja ni sebelum ni, tapi memang blur habis. Sebab tak ingat kat mana, bila, dan realiti atau tak. Mimpi? Mungkin. 

Tuesday, July 19, 2011

:: karma by FT ::


Sekilas pandang. cikFa tengok berita Astro Awani pukul 7.45pm tadi. Kan kat bawah tu ada tulis info-info panas. Dan satu tajuk yang menarik minat cikFa yang sudah jatuh chenta dengan suara abang Faizal Tahir.
" Video klip Karma Ft dikatakan melampau"


Berkesempatan , cikFa masuk ke utube untuk dapatkan video Karma. Lagu yang mantap! Congrats untuk Ft. Video? (disini)

Ulasan :

- keatif
- mesej sangat sampai
- cantik
- membuatkan cikFa berfikir (sebelum video habis)
- mengerikan. Kenapa? ada PISAU!

And now, cikFa dapat agak apa yang dikatakan melampau. Membunuh ayah yang baru bebas dari penjara. Itu memang kejam! sangat kejam. Tapi, bila difikirkan .. "Kenapa perlu bunuh?"

Tengok video sampai habis. Anda akan dapat jawapanya.
* sweet!
Maaf, video tak dapat diupload.
Problem ape ntah.
Akan diupload nanti. Untuk sementara dan kemudahan bersama,
klik here

nota.kaki.kasut.sekolah
KARMA
"bila kita buat orang, 10 kali orang akan buat kita"

Thursday, January 27, 2011

:: boleh tolong cik fa ? ::

salam ^^,


TIKAM BAYI BARU LAHIR - HARIAN METRO 26 JAN 2011

"SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun. "

cik fa tak faham la..
cerita ni..
tolong jap.. :D

Saturday, January 8, 2011

:: dah buat, dibuang pulak! ::

salam ^^,

dibuang kerana cacat?

kes buang bayi
bukan isu lapok dan sumpah tak usang dek zaman!

ada baca metro hari ni?
kalau tak ada, klik atas tu ^

kenapa dah buat, nak dibuang lagi?
kalau betul dah tak nak, jangan la buang macam sampah!

ramai lagi kat luar tu nak ..
(bukan nak galakkan "pemberian" bayi kepada yang memerlukan)

tapi... itu lagi bijak daripada biarkan nyawa insan kecil terbang melayang
bersama bau sampah dan longkah!




sunyi mereka, ada yang endahkan?
masa depan mereka, ada difikirkan tak?
saat bayi lain dalam dakapan ibu, abah.. mereka?
bergelumang dengan semut hitam, sampah , najis.. malah anjing!

Saturday, June 5, 2010

:: kotak hati ::

salam ^_^
buchuk.. bintang.. ello~

berfikir sejenak..

macam ada sejuta das soalan dalam hati aku.. mengenai kehidupan aku..
perihal hari-hari aku..
perihal hati..
sampai bila aku mesti macam ni?
membutakan mata.. menguncikan hati..??
mungkin..
"the true love" belum sampai..
hee~~.. true love..

***
Kau, kau bagaikan mimpi
Hadir di malamku menemani aku
Oh kau, kau bagaikan bintang
Bagaikan bulan di gelap malamku
Bulan kembalikan seri malamku
Kembalikan kerinduanku tunjukkan senyummu
Bintang kau suluhi jalan hidupku
Kau jangan hilangkan aku dari matamu
(ost hooperz)





for that person..
..make me laugh.. u make me smile..
feel the sense of love.. although u never know 'bout it..
about my heart.. about my feeling..

1220am