Showing posts with label aku ^_^. Show all posts
Showing posts with label aku ^_^. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

:: 24 ::

Assalamualaikum.
* lama benar tak melepak disini. :)

Seperti tahun-tahun sudah, post yang pertama dan boleh dikatakan wajib sebagai pembuka tirai sesi blog adalah "Happy Birthday to me" (sepatutnya 11 Januari, tapi aku pulak lambat sangat publish. Terlewat sehari) . Dan sama jugalah bagi edisi 2014. So old style lah. Tapi tak kisahlah, janji rock. Eh. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Besar, aku sudah memasuki episod hidup ke 24 tahun. Terasa sangat tua. Sangat! Yes, seriously sangat. he he he Tapi takpe, untuk menceriakan suasana, kita psiko sikit. Umur tu sekadar angka, kematangan itu yang penting. Tak gitu? :)

Jadi, dikesempatan ini aku nak ucapkan thank you very much, ikan puyu seriyal samah kepada family terchenta, teman terkasih, sahabat setia, saudara gembira, rakan duka tawa, dan semua atas segala ucapan, doa , post wall facebook, twitter, sms, whatsapp dan sebagainya. Terima kasih sebab semuanya dah menghidupkan hari istimewa ini. Semoga kalian juga dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Amin ya Rabb. 





:)

Friday, January 11, 2013

:: Dua Puluh Tiga Bermula ::


Episod baru bermula lagi.
Melanjutkan masa untuk melangkah lagi dibumi Allah.
Alhamdulillah, masih bernafas.
Dikurniakan keluarga yang sangat mencintai.
Dipertemukan dengan kenalan yang boleh dikatakan sahabat, kawan , teman dan juga saudara.
Dipertanggungjawabkan untuk mencari ilmu yang terdampar luas dibumi Tuhan. 

Terima kasih atas doa dan ucapan.
Semoga Allah memakbulkan semua doa itu.
InsyaAllah. :)


Semoga kita dirahmati, diberkati dan diperlihara oleh Allah didunia dan diakhirat kelak. :)

Thursday, June 2, 2011

:: tanam anggur ::

bangun pagi , mandi. oh air sangat sejuk. menusuk ke tulang sendi urat nadi aku.
bersiap, mengeringkan rambut yang baru disyampu. hari-hari syampu, habis melambung la bil untuk bab tu. sarapan? itu mesti. kang berkeroncong pulak perut ni. susah nanti.

"anak-anak tak mandi lagi ni"
ambil diorang, mandikan dengan air suam. aiyak.. mak mandi air sejuk, sekali anak demand nak air suam segala. mati den! .huh.
makanan anak? sedia! siap. air, carrot dan bijirin . lengkap! perfect. yes, i'm the best ;) wink*

apa lagi?
sebelum buat kerja?
sini da settle. sana pun sama. baju dah campak dalam washing machine, tuala dan jemur. pinggan dan basuh. perfect! yes, again! ;)

handphone. laptop. done! dah charge bateri semalam. good!

wifi?
still on dari semalam. bagus!

on fB for a while. update status. komen status. poke sikit pada mereka berkenaan.

[ blank ]

bila nak tanam anggur?
tengah tanam la ni. tak nampak ke?

Friday, May 20, 2011

:: jika masih ada esok ::


"dalam hidup ini, ada dua perkara yang paling besar ; CINTA dan KEMATIAN." - rudi, TENTANG DIA

untuk meminati seseorang, kita hanya memerlukan sedetik waktu.
untuk menyayangi seseorang, kita hanya memerlukan seulas senyuman indah.

untuk mencintai seseorang, kita hanya memerlukan sepatah kata.

ianya menusuk ke hati.
susah untuk dilupakan.
tapi boleh untuk ditidakpedulikan.
sekiranya sekali ditusuk dengan kebencian.
kasih boleh hilang dengan sepantas kilau cahaya.

memiliki kasih dari yang terkasih bukan satu perkara yang berlaku bagi semua orang.
kerana yang dipilih oleh Allah sahaja yang mampu merasakan titisannya.
memiliki kasih dari yang mereka yang penjahat kasih bukanlah asing dalam hidup.
kerana bukan semua manusia mengerti betapa pentingnya kasih.

menyayangi dia bukan bererti kita akan memiliki dia
memiliki dia bukan bererti kita akan memiliki hatinya
memiliki hatinya itu bermakna kamulah yang tercinta.

cinta bukan mainan

bukan terpaksa atau memaksa
itu satu rasa
dari Allah
dipinjamkan kepada hamba-Nya.

jika esok bukan untuk kita.
bolehkah terbuka kata hati kita

tanpa kita bukakannya dihari ini
kita hanya masih punya sisa hari ini.
matahari sudah pergi, yang ada hanya bulan yang menyamar dengan cahaya yang dimiliki.
bintang hanya sekadar teman.

supaya seri tidak pergi dan sepi.

mulut mampu dibukakah untuk merungkai hati.
untuk menyatakan
pada dia
bahawa
kamu istimewa.

fafa - :)

Friday, May 13, 2011

:: terima kasih ::

hanya nak ucapkan
terima kasih

:)

cik fa ok?
ye! sgt oke! :D

Saturday, May 7, 2011

:: patah dah tumbuh, hilang belum berganti ::

10.15 pm - masih kosong

10.30 pm - ade ayat, dipadamkan balik. [backspace]

11.00 pm - kosong balik. (terus ber-fb)

11.15 pm - tutup tab blog. download lagu yuna-PENIPU. layan jap. :)

11.34 pm - menaip im chat fb. open tab blog lagi.

11.35 pm - kosong ni .. aduyai. knp mcm tak de idea?

11.36 pm - sekian.

* bila idea mencurah-curah, mulut lancang bersuara.
bila kering semuanya, diam membisu kelu bahasa :)

Tuesday, May 3, 2011

:: photoshot :) ::

lepas cik fa habis praktikal,
cik fa kembali ke terengganu.
sambil-sambil siapkan thesis ,
cik fa teruskan aktiviti sampingan lain..

iaitu..

photoshot

model cik fa : miss hanna rina

and now,
cik fa nak sgt dpt shot pic party ke..
if anyone yg kenal cikfa, nak mintak cik fa shot pic kalian..
(sekitar kuala terengganu, dungun, paka, kemaman)
just contact cik fa ye .. hehe..
[tak de la pro mana pun, cik fa masih belajar.. ]





click here : coba - , coba II

how to contact cik fa?
just pm me @ fb
facebook.com/vanillachoc
search : Aiko Farahshahida

harga? - kite bincang nanti..
so far.. free lagi kot.. :)

Monday, May 2, 2011

:: ku bunuh, ianya mati ::

menunggu dengan satu persoalan
bersedia menjawab semua pertanyaan
muka ketat disembunyikan dicelah kaitan benang kelubung kepala

sekilas episod lalu menyapa
sedikit tergoyah pendirian perempuan
ingin sahaja dirayu kembali
sehirup nafas dipinjam Allah
melapangkan dada yang perit pedih
bayangnya masih tiada
bukan kabur dek samar mentari
tetapi masih tiada berdiri di sini



hati
kasih
digumpal dan ikat bersama
rangkum bersama perasaan kosong
lalu
segenap rasa terima kasih dihamburkan
ku bunuh, ianya mati

pergilah
jangan hadirkan lagi

Monday, April 11, 2011

:: saya... argh! ::


bored!
bosan!

exam?!
final presentation?!
oh damn!!

kalaulah...
sekeliling ku senyap..
sunyi, sepi..
wah! :D

tapi..
kiri kanan aku skrg, penuh buku.. cytology.. phatology.. and now, microbiology!
weh weh.. jap.. boleh tak aku nak rehat kejap? rehat dari erti "kesibukan"

apa tu kesibukan?

aku bosan!
bosan dengan itu dan ini!

apa? apa?
awak sape?

Thursday, February 24, 2011

:: kita manusia ::

salam ^^

based on the true story..

lelaki : perempuan ni.. degil! keras kepala! ego!
perempuan : lelaki ni gatal! ego tinggi! sombong!

sekarang..
siapa diantara kita yang baik, penyayang, tahu menghargai??
kenapa perlu salahkan orang lain?
kita manusia
lelaki punya hati dan perasaan..
perempuan pun sama.. ada hati dan perasaan
masing-masing punya rasa sayang, benci, marah, rindu
mungkin masa dan cara kita meluahkan itu yang berbeza

contoh..
lelaki suka lepak, minum air, merokok .. bila dia tension..






perempuan suka shopping, nyanyi-nyanyi, duduk sendirian.. bila tension..
kedua-duanya punya rasa yang sama
cuma cara mereka meluahkan rasa itu yang berbeza

tidak perlu salahkan sesiapa..
apabila kita sudah tak mampu nak menahan atau memujuk seseorang..
cuba biarkan tempoh masa bergerak..
bagi masa dan peluang untuk masing-masing bertenang..
rileks..

girlfriend tiba-tiba melenting? merajuk?
boyfriend tiba-tiba tuduh macam-macam? marah-marah?
tak boleh berbincang??
just ignore her/him!
bagi masa..
chill la dulu ye.. hehe :)
jangan main sembur-sembur je..

"jika sayang, relakan.. jika tiada rasa.. lepaskan.."

utk cik fa dan semua
kita manusia
punya hati dan perasaan..
punya rasa..
bersabarlah!

Wednesday, February 23, 2011

:: tak bertajuk ::

salam

lokasi : sebelah buchuk
cuaca : suam-suam kuku
kesihatan : baik
perasaan : so-so je

=> ok ke tak?
cik fa : tidak! terima kasih

Tuesday, January 11, 2011

:: hari ini dalam sejarah ::

salam ^^,

sarat ibu mengandungkan permata kasih
sakit ditanggung ditenggelami sayang

mak, terima kasih
21 tahun , alang di bumi Allah
ayah, terima kasih
21 tahun, alang dijagai
along..angah..achik..adik, terima kasih
21 tahun alang di cintai kalian


sepanjang malam..
handphone tercinta tak habis-habis duk nyanyi..
cik fa nak ucapkan..
terima kasih utk semua yang dah meng-wish kan birthday cik fa yang ke-21 ni..
cik fa ada beberapa anugerah istimewa utk wish TERHANGAT ~

(a) wish TERAWAL
- my dad :)

(b) wish TERJAGA DITENGAH MALAM
- mr.hunnybee :)

(c) wish TERJAUH
- encik epan ramli from mekah :)

(d) wish TER-JIMAT
- along and opah sefamily sbb combine sekali :)

(e) wish TERLETIH
- encik fahmizan dengan sms naik tangga :)

(d) wish TER-EKSTREM
- miss suna yang suh cik fa daftar ngundi dan pomot "hijau" :)

(e) wish MIX
- puan cha yang taq nama cik fa di statusnya :)

(f) wish dengan HADIAH sekali
- miss shafatin sbb taq NIKON utk cik fa... :)

(g) wish MASYUKKKKK!
- kalian yang meng-wishkan befday cik fa.. terima kasih :)


indah.. terasa indah :)
cik fa da 21 tahun??!

Monday, March 29, 2010

:: ::

salam ^_^
bintang?? ntah.. sbb blogging awal..

demam?? gastrik?? ape lagi lepas ni?? aku tanak cite ahh sal sakit neh.. sbb diri pown ngan sakit.. so.. lagi dicerita.. lagi sakit yang aku rasa.. kan..
hurm, ape erks.. hari ni kelas punyalah petang. kul 3 sampai 7.. adeh la.. letih2.. pes time masuk kelas pengajian malaysia.. (2nd time nyer class but... aku ponteng so jd pes time ahh).. not bad.. tapi mcm sengal skit.. sbb study sal sejarah kan.. yg dh lama aku tinggal.. huhuh~.. pastu kelas "fardhu ain" hehe.. adehla.. bila ntah nak start blajar.. alih2.. dpt assignmnet terus.. dua lak tu..
balik.. terus mandi.. letih tol.. (dah la xsehat neh)..
ade bro neh lak.. ajak aku ke kemaman.. ade job chantekk punya.. tp tengok ahh cm ane.. sbb need to bgtahu my mum dulu..

and now,
i'm waiting mr.s on his yM..
huhuhu~ adeh la.. arap la dia xmrh aku.. coz degil.. (dan skrg.. kes xdgr ckp.. aku demam)
:) (sayakan degil lagi garang wink*)

* sape mr.s hehe.. dia bdk ganas tapi jiwang..

adehla.. nak naip pun seksa dh neh.. mengigil.. tangan lak sakit.. hurm..
need to go.. yM time!!!

813pm