Showing posts with label blogdanhidup. Show all posts
Showing posts with label blogdanhidup. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

:: 24 ::

Assalamualaikum.
* lama benar tak melepak disini. :)

Seperti tahun-tahun sudah, post yang pertama dan boleh dikatakan wajib sebagai pembuka tirai sesi blog adalah "Happy Birthday to me" (sepatutnya 11 Januari, tapi aku pulak lambat sangat publish. Terlewat sehari) . Dan sama jugalah bagi edisi 2014. So old style lah. Tapi tak kisahlah, janji rock. Eh. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Besar, aku sudah memasuki episod hidup ke 24 tahun. Terasa sangat tua. Sangat! Yes, seriously sangat. he he he Tapi takpe, untuk menceriakan suasana, kita psiko sikit. Umur tu sekadar angka, kematangan itu yang penting. Tak gitu? :)

Jadi, dikesempatan ini aku nak ucapkan thank you very much, ikan puyu seriyal samah kepada family terchenta, teman terkasih, sahabat setia, saudara gembira, rakan duka tawa, dan semua atas segala ucapan, doa , post wall facebook, twitter, sms, whatsapp dan sebagainya. Terima kasih sebab semuanya dah menghidupkan hari istimewa ini. Semoga kalian juga dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Amin ya Rabb. 





:)

Tuesday, October 23, 2012

:: Fighting!! ::

" Hidup ni kalau tak ada dugaan, bukan kehidupan namanya. " - aku,2008

Semua hidupan atas muka bumi ni, ada masalah dan tatacara kehidupan yang tersendiri. Tak kisahlah bagaimana nak atasi dan jalaninya. Contoh yang termudah ; Masa mula-mula nak belajar ikat tali kasut.  Ingat lagi macam mana susahnya kita nak simpulkan tali kasut yang panjang berjela tu. Sampai berpeluh, berbelit tali tu dibuatnyakan. Last-last, campak kasut ketepi, pakai je kasut yang ada pelekat tu. 

" Kalau kita tengah ada masalah, jangan sekali-kali bezakan masalah kita dengan masalah orang lain. Sebab ujian yang Allah bagi kat kita ni tak sama. Kita ni sebenarnya kuat, sangat kuat. Tapi kadang-kadang kita sendiri yang melemahkan diri kita." ; - cikgu.(aku lupa namanya)

Masa tu aku memang tak dapat nak tangkap maksud sebenar ayat cikgu tu, yelah, masa tu budak-budak lagi. Hidup pun memang 'heaven' habis. Dalam otak ni asyik fikir nak main je. Tapi, semakin hari, aku dah dapat tangkap maksud yang cikgu tu sampaikan. Dan sememangnya kehidupan cukup mengajar kita. Aku rasa korang pun macam tu, kan?

Kita perlu lawan. Kita bukan makhluk yang lemah. Sedangkan semut yang kecil tu mampu hidup dan berlindung dari hujan yang lebat, nikan pula kita manusia yang ada jiwa yang besar.

Apa yang boleh kita buat bila ditimpa kesusahan? BERSABAR. Memang satu KUNCI yang sangat besar.  Kunci yang akan membantu kita untuk dapatkan segala jawapan. Dari SABAR ni, kita akan jumpa KETENANGAN. Sahabat kepada SABAR. KETENANGAN sangatlah kita perlukan, dan ianya akan buat kita lebih rileks dan mampu berfikir dengan lebih RASIONAL. Bila kita sudah BERSABAR, TENANG, dan berfikiran RASIONAL, kita akan mampu untuk BERUSAHA untuk keluar dari kepompong permasalahan ni. REDHA, DOA dan TAWAKKAL  lah dengan apa yang berlaku dan apa yang kita lakukan. Dengan izin Allah, kita akan jumpa PINTU untuk kita keluar dari masalah ini.

Kita mudah untuk hanyut bila ditimpa musibah, tapi kita perlu ingat, ada orang lain yang lagi teruk masalahnya dari kita. Ada yang sedang menunggu kita, keluarga, sahabat dan juga segala impian kita. Lawanlah hati, lawanlah segala rasa negatif. Dan senyumlah. Senyum ubat bagi kesedihan.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. 

Wednesday, February 1, 2012

:: hello lurve! ::

Januari sudah nak melabuhkan tirai, dan selepas entry yang lepas, baru hari ni cikFa berkesempatan nak menaip balik. Fuhh, terasa macam janggal nak menaip lagi. Kehidupan sehari-hari, buat cikFa terpaksa letakkan blog ni ditepi, bukan lupakan terus, tapi rehatkan sekejap. Bukan senang nak start a new life di tahun yang baru ni. Nak merangka jadual dan strategi kerja, social life dan semuanya. So, blog.. cikFa datang lagi. Hari ni. :)


Monday, November 14, 2011

:: yang tak sedar,perlu disedarkan, atau? ::

Pernah berhadapan dengan mereka yang belum sedar akan hakikat? 
Err.. hakikat yang macam mana? Bak contoh sikit. 
Kasi clear!!

Contoh :

1. Kawan atau kenalan kita, jenis yang suka gelak besar punya. Tak kira tempat. Termasuklah ditandas awam. Bila ditegur.. "weh, control babe!".. dan dia akan balas. " lawak dowh! Aku kan gelak mmg macam ni."

2. Makan jenis berbunyi. "cap..cap..cappp.." Bunyi ape? Bunyi yang terhasil dari interaksi lidah, lelangit dan air liur ketika makan. (pergh!) #melainkan mereka yang bergigi palsu.

3. Bajet cool/cute bila berdepan dengan lelaki macho/perempuan comel.

4. Ade tabiat jahat, nyakat orang melatah. Kesian tau, kat makcik-makcik tu. Asyik kena melatah je.

5. Selalu perasan muda.

6. Terlalu perasan dia tu tua. TERLALU!

And last.. but not least ,


7. Makwe/pakwe 17 tahun, buat-buat lupa esok ada apa. SPM la weh!

---------------------------------------------------------------
happy birthday to ojex gsm!
and yuna too!

Friday, October 14, 2011

:: Encik Mimpi - blogger & singer ::

This is first time cikFa berdiskusi tentang seorang blogger (dan juga penyanyi - He He He). 
Nama mamat ni, Encik Mimpi.Dan mungkin ade yang dah kenal dengan mamat ni. Kalau tak kenal as a blogger, maybe kenal dengan suara dia. Dengan petikan 9 cord gitar ( budak darjah 2 pun tahu main - katanya lah!), dan suara yang ala-ala macho sweet-sweet, mamat ni uploadlah video dia kat tiubawak.. (Err..macam tak comey je.) Okay, Utube.
Since petang tadi pun, dah ramai yang share-kan video dia kat facebook. Ye Ye, mungkin dah lama orang share, cuma cikFa yang tak perasaan. :)




Lepas korek-korek sikit, jumpalah blog Encik kuat Mimpi ni. Boleh dikatakan semua tentang lagu. Itu lagu, ini lagu. Memang meng-ekspresi-kan jiwa dengan lagu lah. Indah sangat. 

Kadang-kadang, rasa ni kita tak mampu nak lukis atau tulis macam nak mengarang cerita dongeng. Dan dengan muzik dan nada, semua rasa boleh dizahirkan dengan seikhlasnya. Melalui lagu yang Encik Mimpi tulis, rasa tu dapat disentuh dan dilihat walaupun dalam samar.


 iluvetwinkle :)

-------------------------------------------------------------------------
To : Encik Mimpi, Good Luck. 
Ber-gitarlah selagi terdaya.
Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
Err, maaf, kalau tak suka cara cikFa bercerita. :)

Utube : sini

Tuesday, September 13, 2011

:: men-ca-pap ::

Blog ni tak de lah hebat mana pun. Kadang-kadang, apa yang ditulis ni, cikFa sendiri berbelit otak nak faham. Sendiri tulis, sendiri tak faham. Masalah! He He He. Gila seyh! Sejak dua menjak melonjat ke era penghujung tahun 2011 ni, cikFa rasa blog ni dah makin ramai pengunjungnya. Ada yang tinggal komen, membebel di chatbox, dan jugak melabelkan diri sebagai "penghendap" setia. Bab "penghendap" setia ni, i like! :)
Suka tau, bila update, ada yang bagi respon. Tanda ada jugak orang nak bagi feedback kat entry cikFa yang awesome so-so je tu. Mekasih mekasih. Sayang korang lah! Seriously, traffic meningkat since kejadian serang rumah blogger mahsyur seantero dungun, dan juga dunia maya ; En.Otomen. Berbaloi jugak ye. Walaupun komen korang sekadar " dari blog otomen". 
Errr, bukan nak cakap blog lain tak membantu cikFa. Ada-ada. Contohnya En.Jejaka Terhangat. Bila cikFa join assignment, sah-sah ada feedback dari blogger lain. Suka.

Persoalan disini ; adakah ini MEN-CA-PAP?

Ya! Blog memang perlukan sesi MEN-CA-PAP. Untuk per-kenal-kan blog ni kepada umum. Men-ca-pap ni, bukanlah sesi menggedikkan diri, ber-make-up tebal 4 lapis biar pipi nampak gebu, then hello-hello kat chat box blog blogger hebat Ayeem Ayam Aigoo~. Tapi, dengan men-ca-pap secara sihat. 

Bagaimana?

-Join Assignment/Contest.
Banyak blogger yang suka buat contest ni. Boleh la join, dan sah-sah link entry akan di post di blog contest tu. Dan untung-untung, ada yang akan terjah blog korang.

-Tempek link blog di fB/Buat page like ( Paksa kawan-kawan untuk "LIKE")
Ni rasanya rata-rata blogger buat. Dekat info, se-tempek link blog masing-masing. Bagus! Ni membantu dalam pomot korang punya blog. Err, page like? Cam mano eh? Buatla. Jangan buat event mintak like page sudah! Kang habis kena bako! HAHAHA.

-Post link entry ( Sah, cikFa selalu buat )
Ni normal jugak. Sesekali boleh la post. Nak-nak time korang rasa entry superb!

-Buat entry "feedback" tajuk blogger lain. Jangan COPY, tapi FEEDBACK.
Ni kes COPY and PASTE, SALIN dan TEMPEK. Jangan la buat ye, sebab ni boleh mencetuskan kemarahan tuan empunya entry. Kalau Feedback, insya-Allah tak. Kalau korang buat feedback pun korang kena marah, korang block je blog tu ye. Jangan follow lagi. Tapi, rasa entry tu patut di share, inform tuan empunya. Kan manis je. :)
Dah buat feedback tu, post la link kat entry yang korang duk kasi feedback tu. Baru mereka-mereka boleh respon and rilex. Err.. respect too!

_____________________________________________________
tempek = tampal
* perlu ke cikFa cerita ni semua? 
ans : NTAH! (kering idea babe!) 

Wednesday, September 7, 2011

:: Kami datang nak beraya! ::

cikFa     : Lagi 3km , kiteorg sampai.
Otomen : Wokeh. Nanti boleh makan nasik sekali.
cikFa & Hanna : Nasik? :)

Pusing ke kiri dan kanan, tak cukup dengan tu, naik bukit, turun bukit. Mencabar jugak nak mencari rumah En.Otomen ni. ngee. Macam - macam lorong cikFa masuk. Berlian, Mutiara, Baiduri , semuanya berkilat-kilat nih. Berpinau-pinau mata den. He He He.

Hanna : Bang, Lorong Kristal mana?
Abg    : Adik terus ke depan, pastu menghala ke kedai runcit.
[abg ni biar betik. Dah 3 kali kot lalu ikut situ. sebijik kristal pun tak de]

Kitaorg dengan berbekalkan azam dan impian. Digagahi jugak untuk menjejak otomen.

cikFa : Otomen, mana kubu pertahanan ni? Tak jumpa.
Otomen : Haa.. terus ke depan, ke kiri, ke kanan, panjat gunung, turun sawah tu. depan tu sikit je.
cikFa : &;*()&;^^%$##@

****
Akhirnya. " Assalamualaikum... Hai Hai. "


Bertuah tau datang beraya rumah otomen ni. Tengok, penuh lauk pauk atas meja. Dan yang masyuk, sambal belacan. Tahu tahu je, cikFa ni kaki makan pedas. Orang Negeri Sembilan la katakan. Har Har Har.


Nah, nilah wajah Otomen Malaya. Hamzah Ian. Atau nama sebenar.. Errr Err.. Teettt. Okay.
Tersenyum je sokmo. Bagus budak ni. Ada mana-mana gadis yang ingin mengurat, sila belajar makan jantung pisang cicah sos bilis BUDU.


Makcik, Terima kasih atas layanan dan juadah semua. Ada masa, kiteorg datang lagi. Pekena dinner pulak. Aiyakk!  He He He. Dan berjuta terima kasih atas semua GOSIP Liar yang makcik sudi share-share dengan kiteorg ni. Kiteorg suka! Give us 5 Makcik! pap! paaapp!! :)


Pakej berhari raya. Berjalan ke pulau monyet  Tasik Putri. Pakej ni jugak, sekali dengan "outing photoshoot". Almaklumlah outing beraya dengan dua orang model ni, memang hangat! Model? Siapa..? Otomen dan Hanna. :)

Hanna.Otomen.cikFa

Terima kasih Otomen dan family sebab sudi sediakan pakej raya yang hangat. Siap dengan nasi-nasi segala. Tahun depan, insyaAllah kiteorg serang lagi. He He He. Tapi, kejap. Mana duit lima ploh hengget cikFa?

_______________________________________________

Sunday, August 21, 2011

:: Lama hilang, hang pi mana? ::

Mana lah dia menghilang.
Lama dah tunggu ni. 
Hari-hari ngadap laptop. Buka blog.
Tapi gitu je blog dia. huh. =.='


Tapi hari ni. Hah, dia datang!
Eh, mana hang hilang ?
Hang pi mana?
Rindu tau!
grrr~!

untuk yang bergelar ;



Thursday, August 18, 2011

:: Terok sangat terok! itew tak sukew ::


cikFa ni seorang blogger yang HOT suam-suam kuku. Dan nak dibandingkan dengan Mr. Ayeemayam, tu ibarat perigi dengan paip bomba la. Tak Tercapai akal lagi. He He He. cikFa rasa tak layak la nak komen pasal blog ni kan. Tapi.... satu cikFa GERAM. 


Mr.AyeemAyam, kenapa awak guna 
Domo-Kun itew?
Itew terasa aw..
:(

Sunday, July 17, 2011

:: GA sempena ramadhan by Cik gugu ::

Salam Nisfu Syaaban .
Alhamdulillah, tak lama lagi kita akan jumpa Ramadhan pulak. Untuk Cik adik, Cik kak, Mak cik, Nenek, Opah dan semua yang berjantina perempuan ;
Sudahkah selesai hutangnya?
Tak lama dah ni. Segerakan ye :)

Semalam, ada cik adik ni, duk main lompat - lompat dalam rumah cikFa. Habis semua dilompatnya, siap tinggal tapak kaki di ruang lepak. cikFa balas balik, tak sempat nak ambil lajak nak lompat, terus tergolek ke post ni. Disini.

So, cikFa nak jugak! he he he




So, cikFa nak perkenalkan dirilah.

Hai, Nama saya Farah Shahida.
Berusia 21 Tahun. Sudah tua meyh! =)
Ex- geng ternak bakteria kolej di Kolej PTPL.
Sekarang sibuk cari nafkah dan chenta. (ops!)
Suka menembak dengan mr.Nick. Habis semua benda saya tembak. Bang! Bang!!
Hunny-bee itu anak saya.
Sekian. :)

Cik Gugu, i'm Done!

Tuesday, July 12, 2011

:: thanks to them! ::

Disebalik kejayaan dan apa yang kita ada sekarang, pastinya ada yang membuatkan kita menjadi kita sekarang. Contoh, sekarang orang ni dah kaya, duit dalam bank berjuta melon. Bila ditanya, pasti jawapannya ..
" Saya dulu hidup susah, bukan macam sekarang. Tapi, susah tu buat saya jadi saya sekarang".

Pernah tak terfikir, orang tu mampu menjadi yang lebih baik, kerana gagal bercinta. Percaya ?
Disebalik senyum dan kegembiraan yang ada pada diri kita adalah bermula dengan air mata. Kalau korang jawab tidak, MENIPU la jawabnya. Sebab, jawapannya dah confirm YA!

Cerita macam ni, boleh terjadi dekat semua orang, baik lelaki atau kaum seangkatan dengan cikfa; perempuan. Kita ada hati, dan bila nama pun manusia, sah-sahlah kita akan jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta, lepas tu kena pulak line clear, ter-couple-lah kita. Then, i lerb u, u lerb me... tup tup PUTUS. Jodoh sampai situ je kan. Redha. Masa tu mula lah, ada yang nangis menonggeng dan ada yang buat-buat steady. Macam nothing je.
Tapi, confirm ada yang akan sumpah seranah dekat mereka yang sudah bergelar EX. Tapi, sedar tak sedar, mereka yang bergelar EX inilah yang akan "bangkitkan" kita.

EX : woi, bangun lah. ape kejadah ko nangis je?

Bila dah kering air mata, hati pun dah terubat, kita akan teruskan hidup. Terus pegang pen dan kertas dan buat assignment macam biasa. Pergi kelas dan kemudiannya meneruskan hari-hari mendatang dengan jayanya! Dan corak kehidupan kita, lagi dan lagi maju. Semakin bersemangat sebab adanya luka dan parut serta kudis dihati tu.
(mungkin ada yang tersasar jauh bila terjadinya sejarah meng-EX-kan partner, dan mereka adalah golongan yang perlu sesi kaunselor macam budak kena tangkap merokok masa zaman sekolah)

And now, sedar atau tidak, kehadiran EX ini sedikt sebanyak telah mengubah hidup anda. err.. kita. Dia yang tinggalkan parut, dan parut tu akan bagi kita motivasi sepanjang hidup kita. Percaya atau tak, tanya lah diri korang tu. Tanya la, sekarang! :)

Say thanks to EX (s)
(s)?? hee~

Cinta monyet pun termasuk ye. Sbb cinta monyet pun tachink2 jugak kan!
credit to : Aziz Hazmi

Saturday, July 2, 2011

:: Blog Assignment Jejaka Terhangat : Aku Suka Blog Ni ::

Bismillah..
Untuk pertama kalinya cikfa mencabar otak untuk masuk
"Blog Assignment".

Assignment? ingatkan zaman bergelumang kat kolej je ada assignment ni, masuk ke alam blog pun ada ye? okay, untuk mencabar bakat terpendam disanubari, cikfa buat la assignment ni. Abang idola Jt, cikfa buat assignment ni :)

Untuk assignment ni, cikfa kena link kan satu blog yang cikfa suka. Lepas tu, bagitahu kenapa cikfa pilih blog itu. Jangan lupa tag seorang blogger lain.




" saya suka blog .. SEMBANG KENCANG ". Sebab ;

1. Blog yang simple, sedap mata memandang.
2. Entry yang simple dan sempoi untuk di telaah. he he he ~
3. Bila brader fdaus ni cerita pasal anak dia, sah-sah cikfa tergelak.
lawak!comel!
4. Seorang blogger yang bercita-cita besar.


Blogger yang terpilih untuk di-tag ;

cik Yana :)




nota.kaki.saya
- okay tak?

Thursday, June 30, 2011

:: iklan - honey soft ice-cream ::

kalian nak buat majlis?
dan masih tercari-cari makanan tambahan untuk majlis kalian?
nah, cik fa nak bercerita tentang satu produk anak melayu.

HONEY SOFT ICE-CREAM

Photobucket



hasil usaha kak rohani, HONEY SOFT ICE-CREAM berjaya dan semakin mendapat tempat. dengan strategi bisnes yang hebat dan promosi yang mantap.

nak kautim harga dan deal bisnes, boleh la lawat blog HONEY SOFT ICE-CREAM .



ice-cream?
nak satu!! hehe

nota.kaki.
tak salah tolong hebahkan perkara baik.
semoga cikfa jumpa la kiosk HONEY SOFT ICE-CREAM . nak rasa :)

Thursday, June 23, 2011

:: double meaning ::

cikfa ada ziarah ke blog idola cikfa .. tak lain tak bukan mestila mr.K ( abang K ) :)
so, cikfa nak kasi pendapat sikit pasal "double meaning" yang mr.K duk cakap-cakap kat blog dia tu.
belog abang mr.K? disini :)

kenapa perlu double meaning?
( cikfa berikan beberapa alasan dan keadaannya )

- sebab dari kecik, dah dididik utk sentiasa cakap berlapik, a.k.a bersopan.
walaupun, agendanya agak meleret ke lain. grr~

contoh :
boy : rambut u cantik. lurus, kemas. tapi kalau bertudung, lagi cantik.
( sebenarnya, nak cakap " hey, u ni tak takut dosa? pakai tudung la weh! )

- sebab nak pastikan semuanya dibawah pengawasan yang baik. ( complex?) ala, macam nak adjust awek gitu.

contoh :
boy : kita text ni, tak de sape yang marah?
( sebenarnya nak pastikan girl tu single atau tak. if single, masyukkk la)

- nak mintak pasangan menjadi seperti yang dimahukan. ada tiga situasi utama :)

contoh 1:
girl : u tahu, boyfie ira, curang! boleh dia couple lagi satu belakang ira. kalau i jadi ira, i cincang-cincang kerol tu tau!
( ni dah macam warning! siap la kau, curang la kalau berani!)

contoh 2:
girl : u, boyfie ira tu kan, sweet sgt. i suke tengok. dia romantik sangat. kalau ira nak duduk, confirm kerol tolong tarikkan kerusi untuk ira. wah!
( i nak u jadi macam kerol. i nak u romantik!)

contoh 3:
girl : b, u tahu.. semalam kerol belikan ira domo-kun. besar u! sama tinggi dengan i. i dah lama minat kat domo-kun besar macam tu. tapi, mahal la.
( sebenarnya , nak kasi hint. mintak domo-kun yang macam tu jugak!)

+++ :)

double meaning is "bahasa kiasan"
as simple as that.
thanks :)






nota.kaki.
mr.K , maaf ye
ter-cilok tajuk kamu.
wink*
-ada tersilap? maaf lagi sekali

:: WW - rasa tak terluah ::









nota.kaki
orang lain buat ww, cikfa nak try jugak la :)

Monday, June 20, 2011

:: ape itu internet! ::

cikfa tak ingat la sejak bila cikfa tahu "apa itu internet".

cikfa duduk dikampung, line internet tu lambat sikit (sangat) sampainya. tapi yang cikfa ingat, cikfa start masuk ke alam cyber since cikfa form 4.
tapi masa tu, cikfa guna internet memang ikut jalan yang sangat murni. ala, untuk cari maklumat untuk kerja khusus. how nice, cikfa!

cikfa dapat rasakan kehangatan orang kJ dengan internet. mana taknya, penuh cyber cafe dengan anak-anak muda, baik lelaki , baik perempuan.
ingat lagi, tahun 2007. ada kedai handphone kat seberang jalan taman perumahan cikfa. dia guna wifi. ape lagi, asal free je, duduk la terconggok depan pintu rumah.
bukan tunggu putera katak. tapi semata-mata nak dapatkan line wifi tu. HAHA.
masa tu, cikfa dah layan chatroom. tapi tak de la sampai install miRC macam mr.K. opss~
masa tu, cikfa layan kampungchat.com. start dari newbie sampaila nickname jadi kaler hijau. (yang layan room tu tahu la).
syok tau bila nama dah hijau. boleh jadikan kawan kita hijau jugak. hehe.
adalah beberapa orang kawan yang cikfa kenal. sampai sekarang still kawan lagi.
macam, abg gelap, dewacinta. diorang pun still active tapi dah berhijrah ke fungker.fm. Dj la katakan.. hehe :)
dari situlah, cikfa masuk pulak ke alam tagged. friendster dan myspace. meriah time tu, kawan ramai. add situ add sini.
dan sekarang, semuanya kenangan .
cikfa da guna wifi sendiri kat rumah, broadband pun ada.
dan hanya facebook dan blog dihadapkan.





cikfa ada berjalan ke blog idola cikfa. mr.K dan encik ayem.
abang-abang idola ni (abang?) duk ingat kenangan diorang dengan awek-awek /kenangan melayan dunia cyber zaman dolu-dolu kala.

Friday, May 20, 2011

:: jika masih ada esok ::


"dalam hidup ini, ada dua perkara yang paling besar ; CINTA dan KEMATIAN." - rudi, TENTANG DIA

untuk meminati seseorang, kita hanya memerlukan sedetik waktu.
untuk menyayangi seseorang, kita hanya memerlukan seulas senyuman indah.

untuk mencintai seseorang, kita hanya memerlukan sepatah kata.

ianya menusuk ke hati.
susah untuk dilupakan.
tapi boleh untuk ditidakpedulikan.
sekiranya sekali ditusuk dengan kebencian.
kasih boleh hilang dengan sepantas kilau cahaya.

memiliki kasih dari yang terkasih bukan satu perkara yang berlaku bagi semua orang.
kerana yang dipilih oleh Allah sahaja yang mampu merasakan titisannya.
memiliki kasih dari yang mereka yang penjahat kasih bukanlah asing dalam hidup.
kerana bukan semua manusia mengerti betapa pentingnya kasih.

menyayangi dia bukan bererti kita akan memiliki dia
memiliki dia bukan bererti kita akan memiliki hatinya
memiliki hatinya itu bermakna kamulah yang tercinta.

cinta bukan mainan

bukan terpaksa atau memaksa
itu satu rasa
dari Allah
dipinjamkan kepada hamba-Nya.

jika esok bukan untuk kita.
bolehkah terbuka kata hati kita

tanpa kita bukakannya dihari ini
kita hanya masih punya sisa hari ini.
matahari sudah pergi, yang ada hanya bulan yang menyamar dengan cahaya yang dimiliki.
bintang hanya sekadar teman.

supaya seri tidak pergi dan sepi.

mulut mampu dibukakah untuk merungkai hati.
untuk menyatakan
pada dia
bahawa
kamu istimewa.

fafa - :)

Saturday, May 14, 2011

:: post hilang - blog da sihat ::

seharian blog di"kunci"
sume pem-blogger hangat duk haru biru fikir.. macam ane ni?? ape yang berlaku ni??

dan sekarang.
blog dah sihat.
cuma ada post yang tak dapat diselamatkan.
cikfa?
ada yang hilang?

ada.. tajuk mama carry baby..

xpela, asalkan blog da sihat.

selamat ber-blog kepada pem-blogger.
chill.

:D

Sunday, April 25, 2010

:: ceritera aku dan aku ::

salam ^_^
aip buchuk(sowi bju tertinggal..)
bintang? hujan lorh..

hurm.. ape korang pikir tentang ceritera dlm blog? penipu? rekaan? atau satu tempat luahan rasa hati? atau tempat utk mengata org? jawapannya, ada pada diri sendiri.. tak perlu angkat tgn. bertanya pada sesiapa.. atau sms kepada kawan.. utk dptkan jawapan ini.. ( sekadar tersenyum smbil menaip)
** lien.. jgn nk gelak mse bce post neh k

blog..
laman yang bersifat pra-peribadi bagi aku.. yela, kalo peribadi dah jadi diari dah kan.. pastu sah2 dh jatuh hukum haram lak utk kalian baca kan.. (tak kisah la kalian follower aku ke x kan..) sepenjang aku menulis blog, ade dua perkara yang aku gunakan..
pertama, aku dan hari2 aku..
kedua, aku dan pendapat minda aku..
tanpa "rekayasa" atau penambahan.. semuanya yg aku lalui..
niat aku cuma satu, abadikan segalanya dalam "diari kedua aku" ..
:)
(aihss.. lien..sibuk suh ckp dia xsehat)

[** maaf kalo ada mana2 nama yg tersangkut secara sengaja atau tidak sengaja..]

---a.k.u.d.a.n.p.e.r.a.s.a.a.n---

wiohss.. ape sal la.. sume duk pakat tnya.. "single?? bf awk .. xmrh kite jmpe ari tu?? "
mak aihss.. saya single ok.. xde nyer pakwe2.. sy bz..xdenye mse nk lerb2..
tergelak dan tersedak.. asyik2 tu jerk yg org tnya.. eloo!!!!! guys, kalo sy ade bf.. xde nye nak hang out ngan mana2 llki larh..!!!!!!!!!
seharian ujan..
pening lak otak..
(blog pun da merapu)

to lien , babe.. demam ye.. bagus2..
:)
fa balik KT pg selasa.. so..sempat la msuk kelas.. hehe.. 2 jam je kn.. perjalanan.. :)
babe, update la blog tu.. meh2.. join blog sesama mcm dulu2..

to ekay ; bro.. jom2 blog gak.. lama dh xtgk bro blogging..

to follower @ x : thanks coz bce.. hehehe..maaf kalo ada yg terasa atau merasa..

mr.S (shaZ).. maaf awk.. da lama jrg msg.. sy on.. awk lak off.. huhuh.. miss u.. :)
bintang dilangit.. byk yg aku nak luahkan.. dah lama xtgk bintang.. smbil makan eskerim vanilla.. indah sgt!!
familyku tercinta .. love u so much!!
utk kwn baru ku .. acap.. awk.. hik3.. sy xtaw nk ape sal awk.. asyik nak tergelak jerk..

---i'mnotlikeyou---
1018pm