Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, December 17, 2012

:: Take note.Take care. ::



 Jangan main hujan. :)


Berpada bila makan durian. :o
 
 
 Minum banyak air masak. (",)
 
 
 Bukan apa.. kalau tak jaga semua ni, nanti tak sihat. 
So you, take care okay? ;)

Wednesday, June 27, 2012

:: Deja vu ::

Deja vu.
Secara ringkas, kita boleh tafsirkan sebagai keadaan atau perasaan yang pernah dialami sebelum ini, dan sedang berlaku sekarang. Contohnya :

" Si A sedang makan aiskrim sambil mengadap ke sebuah bangunan setinggi 15 tingkat. Tiba-tiba, dia rasa seperti dia pernah lakukan perkara yang sama sebelum ni. Cuma, tak pasti bila, dan tempatnya sama atau tidak. "

Hampir 70% manusia mengalami deja vu dan ada yang alaminya hampir setiap minggu dan bulan.  Kita mungkin akan rasa "eh, macam pernah tengok.." atau cara perbuatan kita seperti pernah dilakukan, tapi tidak mampu untuk merungkai atau ingat kejadian tu sepenuhnya. Selepas beberapa saat, kita akan kembali kepada realiti. Blur? Tu sudah pasti. 



Ada juga yang mengaitkan deja vu yang dialami dengan mimpi. Mungkin apa yang mereka lihat sekarang, adalah sama atau hampir sama dengan mimpi yang pernah dialami dulu. Sebenarnya banyak sumber yang boleh dikaitkan dengan deja vu. Seperti, sentuhan, penglihatan, rasa, dan pengalaman.  

Aku sendiri, pernah rasa akan dejavu. Tapi untuk beberapa saat sahaja dan sekadar terdetik dihati. Aku rasakan macam pernah buat kerja ni sebelum ni, tapi memang blur habis. Sebab tak ingat kat mana, bila, dan realiti atau tak. Mimpi? Mungkin. 

Saturday, April 21, 2012

:: Lelaki dan air mata ::

Perempuan ni kalau nangis , orang takkan pandang pelik. Dan bila keluar air mata je, sah orang akan cop dia tengah sedih. Walhal, tengah gelak pun boleh sampai terkeluar air mata ni.  Tapi, benda ni dikira normal, lumrahlah dalam hidup kaum hawa. Air mata, nangis tu benda yang biasa dan bukan benda yang memalukan. ye dak? 

Abang-abang macho kita macam mana? Malu ke nak nangis ni? Kenapa erk? 

Sebenarnyakan, lelaki ni tak payah nak malu kalau menangis. Jatuhnya air mata ni, tak bererti jatuhnya ego kamu tu, sayang! Tak kisahlah siapa kamu, lelaki gagah ke, lelaki macho atau lelaki so-so sekali pun. Abang-abang semua punya hati, punya perasaan. Sama macam kami,kaum perempuan ni. Manusia ni memang dicipta dengan adanya akal, hati dan perasaankan. Kenapa perlu malu? he he he

Meh, cikFa nak sikit tentang kebaikan menangis ni. Mana tahu, mungkin boleh tolong abang-abang semua untuk berani keluarkan air mata tu. Kita menangis ni, mungkin disebabkan rasa sedih atau gembira yang terlampau. Jadi, proses menangis ni akan bermula. Tak kisahlah depan orang ramai, sendirian atau dalam toilet. opss. Apa yang penting, lepas kita menangis ni, kita akan rasa lebih lega. Macam dah campak segala beban berat ni ke bawah gaung. Tak percaya? Ask your mom!

Apa lagi yang best tentang menangis ni? Sebenarnya menangis ni boleh tolong mata kita untuk sihat kembali. Sebab air mata ni bersifat antibakteria. So, boleh la bunuh kuman-kuman yang duk bertenggek kat mata tu. Mata kita jugak takkan alami dehidrasi. Dehidrasi ni boleh buat mata kita kabur tau!. Haa. Air mata yang kita keluarkan tu, dikatakan sebagai beracun. Terutamanya bila kita dalam keadaan sedih. Racun ni hadir kerana keadaan emosi kita yang tak okay. So, keluarkannya!

Yang paling awesome, menangis ni boleh tolong kita kurangkan stress dan baiki mood yang dah hancur tu. Jadi, lepaskan airmata tu pergi. Dan tarik nafas. Kita akan tersenyum kembali. 

Abang-abang sekalian , kenapa perlu malu lagi? Normallah kalau kalian sedih. Jadi normal jugak kalau kalian nangis. Tak pelik ok.

Monday, February 20, 2012

:: tidur. Siang hari. ::

Hai abang-abang sekalian. Saya datang lagi. Hehe.
Nak tanya satu soalan, suka tidur disiang hari? Suka? Tidak? Betul ni?
Meh nak share sikit, elok ke tidak tidur di siang hari. Err, rasanya abang-abang sesuai sangat kalau baca entry ni sampai habis. 

Fitrah manusia, tidur di malam hari, dan "hidup" di waktu siangnya. Kan? Kita semuanya begitu. In case-lah , kalian ni semua suka tidur selepas subuh. Di awal pagi. Apa sebenarnya yang berlaku erh? Kita dah terlepas "pembahagian" pintu rezeki tau! Fuh. Macam mana rezeki nak terbuka luas, kalau time rezeki lalu depan mata, mata kita masih bertaik?* Oh tidak!

CikFa, tidur siang ni memang hampeh ke?
Tak delah. Ada satu part tidur yang disunatkan. Amalan Nabi Muhammad. Tidur sekejap waktu tengahari. Kenapa bagus? Tidur ni boleh dikatakan sebagai rehat untuk tubuh kita. Kemudian, bangun untuk meneruskan hidup kita. 
Ingat, jangan sampai terlepas waktu zohor. :)

Ada tak abang-abang, akak-akak semua tidur lepas balik kerja? Ala.. pukul 5 ke atas. Ada? Ada? Ngaku cepat!
Tidur lepas asar ni, boleh buat kita jadi tak keruan. Hidup boleh terumbang-ambing. Contohnya .. lemahkan syahwat, rosakkan warna kulit, rosakkan saraf, dan kewarasan pun ifek tau! 

So, abang-abang dan akak semua, jom. Kita pekena tidur yang seimbang. 

#cikfapantangorangkuattidursiang

Thursday, October 20, 2011

:: mari kita amalkan, kawan ::

Mak dan ayah selalu pesan, kalau rasa takut.. baca ayatul kursi. InsyaAllah, kita akan tenang.


Bacalah walau dimana kita berada, keadaan apa sekali pun.


cikFa dapat mesej dari seorang hamba Allah. dan sangat terpanggil untuk share dengan semua. 


Sekiranya kita membaca ayatul Kursi ketika ;
1. keluar dari rumah, 7000 malaikat akan menjaga kita dari semua sisi
2. masuk ke dalam rumah, kemiskinan tidak akan masuk ke dalam rumah kita
3. setelah berwudhu, darjat kita akan dinaikkan 70 tingkat
4. hendak tidur, malaikat akan menjaga kita sepanjang malam
5. selepas solat , jarak antara kita dan syurga hanyalah kematian
6. kita dalam kesempitan (kesusahan), nescaya Allah akan memberi pertolongan kepada kita
7. ketika diakhir solat, Allah akan mengendalikan pengambilan roh kita dan kita adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.


"Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang dilangit dan dibumi. Tiada yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. "
----------------------------------------------------------------
sama-sama kita berkongsi.
dan mengamalkannya.
wallahualam.

Monday, October 10, 2011

:: Gigitan Chenta ::

Sambil-sambil berjalan di alam maya ni, cikFa terjumpa satu artikel di blog saudara Ismet Ulam Raja.  
" Bahaya LoveBite "

Gigitan Cinta atau orang kita lebih gemar sebut "LoveBite" , biasanya akan kelihatan seperti lebam. How to make it? Or when we need to make it?.. Jangan la tanya cikFa ye. Sebab cikFa "takde" jawapan untuk itu. He He He. 
 
Okay, cikFa terus direct to the point ye, Gigitan cinta ni akan kelihatan seperti LEBAM (kebiruan atau kemerahan). Lebam ini berlaku disebabkan oleh pembulur darah rosak atau berlaku luka terhadap salut pembulur darah. Keadaan ni dipanggil hematoma.

Darah yang membeku ni, akan terus bergerak ke jantung ( mengikut laluan darah normal dalam tubuh kita). Cuba bayang, bila dah ke jantung..... Sah-sah akan menyebabkan pengaliran darah terganggu kan? Maka berlakulah strok , serangan jantung dan sebagainya.

Kita perlu ingat, darah, salur darah, dan jantung adalah pekerja kepada syarikat yang sama (kita). Kalau pekerja buat hal, habisla ranap syarikat tu. Untung boleh jadi rugi, dah rugi... mula lah lingkup!

---------------------------------------------------------------------------------
hematoma - pendarahan diluar salur darah. 
menyebabkan berlakunya darah beku.
Hati-hatilah. Jangan jadi "pembunuh" kepada pasangan HALAL anda.

Wednesday, October 5, 2011

:: Kemandulan kaum Lelaki? ::

Kemandulan. Satu istilah yang sering dilemparkan kepada kaum wanita. Tapi sedarkah kita, kaum adam juga tidak pernah terlepas. Err, macam berat je tajuk entry kali ni, cikFa yang bujang dan still single ni nak bercakap perihal seks dan kemandulan? Aishh.. 

Okay, kemandulan ni, adalah satu pemasalahan yang selalu duk menikam kalbu pasangan suami isteri. Yela. kahwin dah 5 tahun, asal balik kampung je.. habis satu kampung termasuk Tok Penghulu duk tanya, bila nak ada si junior.. 

Tok Penghulu : Amin, ko ni asyik berdua je.. tak habis lagi zaman honeymoon? Bila nak membiak? 
Amin : Belum rezeki tok.. 

Mak Kiah : Amin, ko pasang la sorang lagi. Kahwin dah 5 tahun, sorang anak pun tak dapat. Isteri ko tu mandul ke? Senang-senang, nikah je satu lagi.
Amin : Err..

Asal lambat dapat anak, suruh pasang cawangan. Hello, kemandulan ni bukan kaum wanita je. Kaum lelaki juga! Sila sedar akan itu. He He He. 

Doktor : Amin, isteri u tak de masalah. sihat dan subur. Cuma.. u yang bermasalah. Azoospermia.
Amin : Azoo.. what??!

Okay, Azoospermia tu salah satu jenis kemandulan bagi kaum adam. Iaitu tidak mempunyai sperma hidup, atau dalam repot kesihatan akan ditulis "No sperm" atau "Nil". Ianya mungkin disebabkan adanya kecederaan di kemaluan lelaki. Yela, time kecik-kecik nakal sangat. Main basikal, pastu jatuh atas palang basikal.. Hampeh! Terus ifek kat situ. 

Ada lagi istilah lain, agak berbelit. He He He.

Oligospermia = Bilangan sperma merosot.
Asthenospermia = Sperma tak aktif.
Teratospermia = Bentuk sperma yang pelik.

Kenapa boleh jadi macam ni? Takkan kes jatuh kat palang basikal je? Hurm, banyak lagi penyebabnya. Contohnya, pemakaian seluar dalam yang ketat. Sebab boleh mendedahkan testis kepada suhu yang tinggi. Testis sensitif dengan suhu. Orang yang selalu stress juga boleh menyebabkan Oligospermia. So, Happykan dirimu. Hee~ :)

Haa, satu lagi. Lelaki please jangan sesekali letakkan laptop di atas riba. Itu boleh meningkatkan suhu. Bahaya! :D




------------------------------------------------------------------------------
entry berani mati. hehe.
sekadar berkongsi..
wanita, kamu juga perlu ke sini.  

Tuesday, August 9, 2011

:: Contest - Honey Soft Ice-cream ::

Dah tengok post yang lepas pasal produk "Honey Soft Ice-cream"? Belum. Okay, ke sini ye kawan-kawan. [sini!sini!] And now, Honey Soft Ice-cream ada buat contest. Wah! hadiah yang masyukk sangat berbaloi. Mekasih ye akak Rohani sebab inform cikFa pasal contest ni. :)

Nak tahu macamana nak join? Mudah saja!
Upload satu pic dari blog Honey Soft Ice-Cream,
then explain tentang pic tu. So, kena berceritera la sikit ye :)
Tampal lah banner Honey Soft Ice-Cream kat blog kita pulak.
Done? bagitahulah mereka.

+++++

- Blog sudah follow.
- fB pun dah like.
- Pic yang dipilih adalah ;

* Diambil dari post " Nrul Adha part 4"

KENAPA?

Gambar ini bercerita tentang ;

- Pasangan ni saling berkongsi rasa yang sama. Rasa apa?Rasa Honey Soft Ice-Cream yang sedap!

- Ikhlas untuk membantu. Tengok, Si Isteri sudi sediakan aiskrim untuk Suami terkasih.
Semestinya Si Isteri sanggup menjadi "crew" Honey Soft Ice-Cream! :)

- Menikmati indahnya ketenangan bersama. Pastinya bila makan je Honey Soft Ice-Cream, rasa nyaman dan tenang akan terasa. Kenapa? Sebab, keletihan layan tetamu boleh hilang tau bila makan Honey Soft Ice-Cream.

- Saling melengkapkan. Si Isteri adalah pelengkap kepada kehidupan si Suami. Tapi, Honey Soft Ice-Cream MELENGKAPKAN majlis raja sehari mereka :D

- Yang penting saling jatuh CHENTA! Confirm la pasangan pengantin ni saling menyintai. Dan yang lebih confirm.. Mereka Chenta kan Honey Soft Ice-Cream!

" Sayang, aku cinta kamu.
Kamulah yang terkasih bagiku
untuk kamu
Aku sediakan untukmu
di hari bahagia kita...
HONEY SOFT ICE-CREAM "


Photobucket Photobucket
utk HONEY SOFT ICE-CREAM;
sukses ye! :)

Monday, August 8, 2011

:: Samun di bulan tak bersyaitan ::

Mak ada pesan, hati-hati bila ada orang asing datang dekat dengan kita. Jangan anggap semuanya baik. Sebab ketulusan hati tak boleh nampak dari mukanya saja. Mak pesan bukan saja-saja. Bukan nak main-main atau tuduh orang itu jahat, orang ini baik. Jangan ingat bulan puasa ni, semua orang baik ye.

Sebab..


Kes samun, ragut, bunuh menjadi-jadi pulak di bulan Ramadhan ni.
Setan dah kena ikat. Tapi,
manusia pulak yang sibuk "menyetan".


* encik ni, kalo bab "ragut", dia terror. :)
-sumber; google

Friday, August 5, 2011

:: 5 ramadhan, lagu raya dah mendahului ::


Alhamdulillah, sudah 5 Ramadhan kita lalui. Puasa ok kawan-kawan semua? Masih kuatkan? :)

Tapi, musykil ni. Kita baru 5 Ramadhan, tapi iklan lagu raya kat tivi dah macam 5 hari lagi nak Syawal ni.


- gambar sekadar hiasan ; sumber : google -



nota.ramadhan.
jam 6.30 pm
rancangan Islam Itu Indah di channel Astro "bintang"
sangat menghiburkan dan yang penting, bermaklumat.
sekadar berkongsi :)

Saturday, July 30, 2011

:: Iklan - Kedai Coklat ::

Teringin nak makan coklat? Coklat yang cute-miut? Yang comel lotey??


And the best thing is.. owner Kedai Coklat ni "Qimie" letak satu contest yang superb. Just Like this page (here) and follow all the rules that given lah. Dan, jika korang bertuah, korang akan menang satu pakej coklat bernilai RM50!!

semoga sukses ye!
Coklat yang sangat cantik..
Rasa?? CikFa belum sempat rasa lagi.. akan datang insyaAllah.. :)
psstt... Dah tu, kenapa cikFa nak iklankan di blog pulak??
- Sebab , cikFa tahu.. coklat itu sedap. Coklat itu ubat.

iklan lepas pasal aiskrim.. disini :)

Tuesday, July 19, 2011

:: karma by FT ::


Sekilas pandang. cikFa tengok berita Astro Awani pukul 7.45pm tadi. Kan kat bawah tu ada tulis info-info panas. Dan satu tajuk yang menarik minat cikFa yang sudah jatuh chenta dengan suara abang Faizal Tahir.
" Video klip Karma Ft dikatakan melampau"


Berkesempatan , cikFa masuk ke utube untuk dapatkan video Karma. Lagu yang mantap! Congrats untuk Ft. Video? (disini)

Ulasan :

- keatif
- mesej sangat sampai
- cantik
- membuatkan cikFa berfikir (sebelum video habis)
- mengerikan. Kenapa? ada PISAU!

And now, cikFa dapat agak apa yang dikatakan melampau. Membunuh ayah yang baru bebas dari penjara. Itu memang kejam! sangat kejam. Tapi, bila difikirkan .. "Kenapa perlu bunuh?"

Tengok video sampai habis. Anda akan dapat jawapanya.
* sweet!
Maaf, video tak dapat diupload.
Problem ape ntah.
Akan diupload nanti. Untuk sementara dan kemudahan bersama,
klik here

nota.kaki.kasut.sekolah
KARMA
"bila kita buat orang, 10 kali orang akan buat kita"

Thursday, June 30, 2011

:: iklan - honey soft ice-cream ::

kalian nak buat majlis?
dan masih tercari-cari makanan tambahan untuk majlis kalian?
nah, cik fa nak bercerita tentang satu produk anak melayu.

HONEY SOFT ICE-CREAM

Photobucket



hasil usaha kak rohani, HONEY SOFT ICE-CREAM berjaya dan semakin mendapat tempat. dengan strategi bisnes yang hebat dan promosi yang mantap.

nak kautim harga dan deal bisnes, boleh la lawat blog HONEY SOFT ICE-CREAM .



ice-cream?
nak satu!! hehe

nota.kaki.
tak salah tolong hebahkan perkara baik.
semoga cikfa jumpa la kiosk HONEY SOFT ICE-CREAM . nak rasa :)

Tuesday, June 28, 2011

:: pedofilia ::


PEDOFILIA. apekah itu?


So, untuk ilmu pengetahuan kita bersama, PEDOFILIA ialah satu sikap atau keadaan gangguan mental manusia. orang yang macam mana yang digelar pedofilia ni? mereka yang digelar pedofilia ialah mereka yang mempunyai kecenderungan seks terhadap kanak-kanak yang belum baligh.

Manusia pedofilia juga sebenarnya cenderung untuk berfantasi dan menjalinkan hubungan seks dengan kanak-kanak yang jauh lebih muda daripada mereka. (iaitu perbezaan umur lebih daripada 5 tahun). Penyakit ni, bukan sahaja berlaku kepada golongan dewasa , malah turut berlaku kepada remaja seusia 16 tahun.

Lelaki saja yang boleh jadi pedofilia? perempuan pun, mampu untuk mengalaminya. semua ni melibatkan perasaan dan kecenderungan seks merekalah. bahaya ni!

* knp ade pic jB?

jB kan pernah dikaitan dengan isu FAKE . dan berkait dengan PEDOFILIA

sumber : pedofilia

Thursday, June 23, 2011

:: double meaning ::

cikfa ada ziarah ke blog idola cikfa .. tak lain tak bukan mestila mr.K ( abang K ) :)
so, cikfa nak kasi pendapat sikit pasal "double meaning" yang mr.K duk cakap-cakap kat blog dia tu.
belog abang mr.K? disini :)

kenapa perlu double meaning?
( cikfa berikan beberapa alasan dan keadaannya )

- sebab dari kecik, dah dididik utk sentiasa cakap berlapik, a.k.a bersopan.
walaupun, agendanya agak meleret ke lain. grr~

contoh :
boy : rambut u cantik. lurus, kemas. tapi kalau bertudung, lagi cantik.
( sebenarnya, nak cakap " hey, u ni tak takut dosa? pakai tudung la weh! )

- sebab nak pastikan semuanya dibawah pengawasan yang baik. ( complex?) ala, macam nak adjust awek gitu.

contoh :
boy : kita text ni, tak de sape yang marah?
( sebenarnya nak pastikan girl tu single atau tak. if single, masyukkk la)

- nak mintak pasangan menjadi seperti yang dimahukan. ada tiga situasi utama :)

contoh 1:
girl : u tahu, boyfie ira, curang! boleh dia couple lagi satu belakang ira. kalau i jadi ira, i cincang-cincang kerol tu tau!
( ni dah macam warning! siap la kau, curang la kalau berani!)

contoh 2:
girl : u, boyfie ira tu kan, sweet sgt. i suke tengok. dia romantik sangat. kalau ira nak duduk, confirm kerol tolong tarikkan kerusi untuk ira. wah!
( i nak u jadi macam kerol. i nak u romantik!)

contoh 3:
girl : b, u tahu.. semalam kerol belikan ira domo-kun. besar u! sama tinggi dengan i. i dah lama minat kat domo-kun besar macam tu. tapi, mahal la.
( sebenarnya , nak kasi hint. mintak domo-kun yang macam tu jugak!)

+++ :)

double meaning is "bahasa kiasan"
as simple as that.
thanks :)






nota.kaki.
mr.K , maaf ye
ter-cilok tajuk kamu.
wink*
-ada tersilap? maaf lagi sekali

Monday, May 16, 2011

:: kita dalam geng mana? ::


korang anak ke berapa? pertama?
ke-5?
tahu tak korang, perangai korang boleh ditafsir melalui "kedudukan" korang dalam adik-beradik.
pernah dengar pasal TANAH, AIR, API, dan ANGIN

anak pertama : TANAH
anak ke-2 : AIR
anak ke.3 : API
anak ke-4 : ANGIN
anak ke -5 dan seterusnya, just rotate je urutan ni.

percaya?
atau tak pernah dengar langsung?
kalau tak pernah dengar, meh baca terus post ni. :)

cikfa akan ceritakan secara ringkas je ok.

untuk mereka dalam geng "TANAH"
korang ni jenis yang merendah diri. dan seorang yang tak cerewet. yang best, digambarkan sebagai seseorang yang cool, dan pandai control emosi. korang jugak dilabelkan sebagai bijak.

mereka dalam geng "AIR"
romantik!
tenang!
sederhana.
hatinya sangat halus.
mudah mengalirkan air mata.

geng " API"
dengar api, sah-sahla panas kan. orang dalam group api ni, tak lah panas. korang ni dilabelkan sebagai bertanggungjawab, tegas dan cekap. korang jenis sentiasa peka dengan surrounding. GOOD! tapi, orang tua-tua selalu labelkan orang "api" ni adalah mereka yang sangat baran!

geng cikfa = geng "ANGIN"
bijak berkomunikasi dan mudah mendampingi dan didampingi. bijak dalam berkata-kata dalam melontarkan pendapat tetapi boleh mendatangkan kebimbangan oleh pihak lain. yela, mulut duk sedap bercakap, mungkin ada yang kurang senang!~
tapi kejap, ada yang cakap, geng "angin" ni jenis mudah berubah hati. dan mereka mudah bertukar pasangan?! (tidak! - cikfa? oh no!!~)

percaya?
cikfa sekadar berkongsi
kadang-kadang sifat kita boleh mempengaruhi pergerakan kita sehari-hari.
perkembangan perhubungan dan kehidupan kita.

sumber : disini

Saturday, May 14, 2011

:: post hilang - blog da sihat ::

seharian blog di"kunci"
sume pem-blogger hangat duk haru biru fikir.. macam ane ni?? ape yang berlaku ni??

dan sekarang.
blog dah sihat.
cuma ada post yang tak dapat diselamatkan.
cikfa?
ada yang hilang?

ada.. tajuk mama carry baby..

xpela, asalkan blog da sihat.

selamat ber-blog kepada pem-blogger.
chill.

:D

Tuesday, May 10, 2011

:: kum kum ::


cerita di astro prima "kum-kum"

tak mo cite pasal cerita tu. tapi drama ni dah buat cik fa teringat satu kisah zaman kecik-kecik dulu.
HANTU KUM-KUM!
kire takut jugak la time kecik-kecik dulu.
mana tak nye. kawan-kawan duk asyik cerita kisah "kum-kum" ni. time nak balik mengaji tula diaorang duk sedap men-story-kan cerita mistik nih. adeh!
jap, tahu ke korang ngan cerita kum-kum ni?
tak tahu? tula! zaman kecik-kecik duk hadap video game sangat. sampai cerita mcm ni pun tak tahu. kisah-kisah cenggini la jadi asam masin lam kalendar kanak-kanak rebina tau! (haha)

ok, cik fa story sikit.
hantu kum-kum ni,
pompuan yang hodoh (muka hitam) taksub nak jadi cantik.
tapi guna ilmu salah. susuk mcm tu la. botox tak de lagi zaman km-kum ni. then, dia langgar pantang. tengok cermin dalam tempoh pantang.

padahal, dia tak boleh tengok cermin dalam tempoh tu. (dah org duk puji, dia cantik segala.. nak la dia tengok kan).. dah tengok cermin, buruk la muka dia. ubatnya? sapu darah vagina (darah dara) di mukanya.
so, malam-malam, dia akan 'merayap" ke rumah orang kampung.
sambil bagi salam. salam dia pelik sikit. macam ni..
"assalamualaikum-kum-kum" (tambah kum-kum kat belakang).
then, dia akan tanya tuan umah, dia cantek ke tak. (dengan muka buruk dia tu). sah-sah orang akan cakap buruk! dia pun akan bunuh org tu, utk dapatkan darah vagina!!! mcm tu la kisahnya~~ (wallualam!)

pernah dengar? tapi ni version cik fa zaman kecik-kecik la. hee~ :D
version wikipedia pun ada? iya! [here]

tapi jap,
dan dua post cik fa pasal menda mistik ni.
adeh.
sekian .
[masuk lam selimut, tutup mata - takut? TAK!]

Monday, May 9, 2011

:: panahan penunggu istana ::

dah tengok movie " penunggu istana" ?
belum?
takpe, sbb cik fa pun tak tengok jugak.
ade la beberapa feedback yang cik fa dengar. ada yang kata seram! terbaeekkk! tak kurang jugak yang cakap, seram tapi pelik. pelik? cik fa sebenarnya tak de la tahu sangat pasal sinopsis cerita ni, dan tak pela, tak perlu nak google sangat. sebab yang cik fa nak cerita ni ... lagi menarik! menarik?! ye!



hasil peng"google" an adik cikfa , dia jumpa satu blog. [here] "uncleseeekers".
pemilik rancangan "seeker" yang pernah menghantui korang erh, kita dulu-dulu. kan? kan? jangan buat tak ngaku.. sebab top jugak rancangan hantu ni dulu.
banyak persoalan dari mereka yang tengok movie ni. dan dipublishkan oleh uncle di blog nya itu.

"mcm ana family ammar menerima berita kehilangan ammar?"
"mcm ana usaha menjejaki ammar?"

ammar? siapa? watak dalam movie tu. yang difahamkan "hilang" masa penggambaraan.
tak salah ada sorang watak yang "mati" dalam movie tu.. jadi, mcm ana dengan family dia?
kita jangan persoalankan.. sebab dah berbuih-buih soalan muncul dalam blog tu. [here]

dan satu blog yang turut mengupas perihal ini. [ disini-malaywood]

ape pendapat cik fa?
hurm.. jap, kasi cikfa fikir..
tunggu jawapan uncle seekers dulu la. :)
*(ade ke family nak biarkan anak masuk program mcm tu,
yang da tahu program tu antara hidup dan mati? )


Sunday, April 10, 2011

:: soleY-soleY : serinya disitu II ::

ingat lagi post cik fa
" soley-soley : serinya di situ " ? [here]

nota kaki cik fa : nak tengok ulangan hujan perform kat abpbh 2010

so, cik fa pun ada la jenguk-jenguk di laman saudara youtube..
dengan itu, cik fa dapat la video yang diinginkan tu..




kenapa?
nantikan post seterusnya..

0:16 ? apa yang ada?