Thursday, June 30, 2011

:: iklan - honey soft ice-cream ::

kalian nak buat majlis?
dan masih tercari-cari makanan tambahan untuk majlis kalian?
nah, cik fa nak bercerita tentang satu produk anak melayu.

HONEY SOFT ICE-CREAM

Photobucket



hasil usaha kak rohani, HONEY SOFT ICE-CREAM berjaya dan semakin mendapat tempat. dengan strategi bisnes yang hebat dan promosi yang mantap.

nak kautim harga dan deal bisnes, boleh la lawat blog HONEY SOFT ICE-CREAM .



ice-cream?
nak satu!! hehe

nota.kaki.
tak salah tolong hebahkan perkara baik.
semoga cikfa jumpa la kiosk HONEY SOFT ICE-CREAM . nak rasa :)

:: WW 2 - teringin nak tu ::

Tuesday, June 28, 2011

:: pedofilia ::


PEDOFILIA. apekah itu?


So, untuk ilmu pengetahuan kita bersama, PEDOFILIA ialah satu sikap atau keadaan gangguan mental manusia. orang yang macam mana yang digelar pedofilia ni? mereka yang digelar pedofilia ialah mereka yang mempunyai kecenderungan seks terhadap kanak-kanak yang belum baligh.

Manusia pedofilia juga sebenarnya cenderung untuk berfantasi dan menjalinkan hubungan seks dengan kanak-kanak yang jauh lebih muda daripada mereka. (iaitu perbezaan umur lebih daripada 5 tahun). Penyakit ni, bukan sahaja berlaku kepada golongan dewasa , malah turut berlaku kepada remaja seusia 16 tahun.

Lelaki saja yang boleh jadi pedofilia? perempuan pun, mampu untuk mengalaminya. semua ni melibatkan perasaan dan kecenderungan seks merekalah. bahaya ni!

* knp ade pic jB?

jB kan pernah dikaitan dengan isu FAKE . dan berkait dengan PEDOFILIA

sumber : pedofilia

Thursday, June 23, 2011

:: double meaning ::

cikfa ada ziarah ke blog idola cikfa .. tak lain tak bukan mestila mr.K ( abang K ) :)
so, cikfa nak kasi pendapat sikit pasal "double meaning" yang mr.K duk cakap-cakap kat blog dia tu.
belog abang mr.K? disini :)

kenapa perlu double meaning?
( cikfa berikan beberapa alasan dan keadaannya )

- sebab dari kecik, dah dididik utk sentiasa cakap berlapik, a.k.a bersopan.
walaupun, agendanya agak meleret ke lain. grr~

contoh :
boy : rambut u cantik. lurus, kemas. tapi kalau bertudung, lagi cantik.
( sebenarnya, nak cakap " hey, u ni tak takut dosa? pakai tudung la weh! )

- sebab nak pastikan semuanya dibawah pengawasan yang baik. ( complex?) ala, macam nak adjust awek gitu.

contoh :
boy : kita text ni, tak de sape yang marah?
( sebenarnya nak pastikan girl tu single atau tak. if single, masyukkk la)

- nak mintak pasangan menjadi seperti yang dimahukan. ada tiga situasi utama :)

contoh 1:
girl : u tahu, boyfie ira, curang! boleh dia couple lagi satu belakang ira. kalau i jadi ira, i cincang-cincang kerol tu tau!
( ni dah macam warning! siap la kau, curang la kalau berani!)

contoh 2:
girl : u, boyfie ira tu kan, sweet sgt. i suke tengok. dia romantik sangat. kalau ira nak duduk, confirm kerol tolong tarikkan kerusi untuk ira. wah!
( i nak u jadi macam kerol. i nak u romantik!)

contoh 3:
girl : b, u tahu.. semalam kerol belikan ira domo-kun. besar u! sama tinggi dengan i. i dah lama minat kat domo-kun besar macam tu. tapi, mahal la.
( sebenarnya , nak kasi hint. mintak domo-kun yang macam tu jugak!)

+++ :)

double meaning is "bahasa kiasan"
as simple as that.
thanks :)






nota.kaki.
mr.K , maaf ye
ter-cilok tajuk kamu.
wink*
-ada tersilap? maaf lagi sekali

:: WW - rasa tak terluah ::









nota.kaki
orang lain buat ww, cikfa nak try jugak la :)

Wednesday, June 22, 2011

:: cintai yang menyintai ::

dalam hati sayang. sayang sangat dekat dia.
tapi tak jugak diluahkan seikhlasnya. seikhlasnya? macam mana?

aku dah relationship dengan dia. dekat facebook pun , aku publishkan status tu. tak cukup dengan tu, aku tukar semua status relationship aku kat tagged, myspace, friendster, netlog dan semualah! (amboi, byk betul page ko ye!)

ko betul sayang dia?

ye, aku sayang dia. sangat la weh!

dah buat seikhlasnya?

ok.
dah sayang sangatkan. kenapa nak sakitkan hati dia lagi? perlukah korang yang dah memang sayang, tangkap cintan leleh dekat girl/boy korang tu, duduk tenggek manja-manja lagi dengan girl/boy yang kiut miut lain? masa si dia tengah sibuk, perlukah korang duduk manja-manja dengan girl/boy lain. dengan alasan..

i sunyi.. u busy sangat..
atau
i kawan je dengan dia. ala, syg2 tu biasa je. syg i lagi kat u..
atau
i dgn dia kawan je. u kan gf/bf i. lerb u!


ikhlas ke macam tu?

sekali kita buat orang, tak mustahil 10 kali orang akan buat kita
senang untuk dapatkan kasih yang plastik, tapi kekasih yang sejati sukar diganti.

- bait lagu "cintai dia yang mencintaiku"

Monday, June 20, 2011

:: ape itu internet! ::

cikfa tak ingat la sejak bila cikfa tahu "apa itu internet".

cikfa duduk dikampung, line internet tu lambat sikit (sangat) sampainya. tapi yang cikfa ingat, cikfa start masuk ke alam cyber since cikfa form 4.
tapi masa tu, cikfa guna internet memang ikut jalan yang sangat murni. ala, untuk cari maklumat untuk kerja khusus. how nice, cikfa!

cikfa dapat rasakan kehangatan orang kJ dengan internet. mana taknya, penuh cyber cafe dengan anak-anak muda, baik lelaki , baik perempuan.
ingat lagi, tahun 2007. ada kedai handphone kat seberang jalan taman perumahan cikfa. dia guna wifi. ape lagi, asal free je, duduk la terconggok depan pintu rumah.
bukan tunggu putera katak. tapi semata-mata nak dapatkan line wifi tu. HAHA.
masa tu, cikfa dah layan chatroom. tapi tak de la sampai install miRC macam mr.K. opss~
masa tu, cikfa layan kampungchat.com. start dari newbie sampaila nickname jadi kaler hijau. (yang layan room tu tahu la).
syok tau bila nama dah hijau. boleh jadikan kawan kita hijau jugak. hehe.
adalah beberapa orang kawan yang cikfa kenal. sampai sekarang still kawan lagi.
macam, abg gelap, dewacinta. diorang pun still active tapi dah berhijrah ke fungker.fm. Dj la katakan.. hehe :)
dari situlah, cikfa masuk pulak ke alam tagged. friendster dan myspace. meriah time tu, kawan ramai. add situ add sini.
dan sekarang, semuanya kenangan .
cikfa da guna wifi sendiri kat rumah, broadband pun ada.
dan hanya facebook dan blog dihadapkan.





cikfa ada berjalan ke blog idola cikfa. mr.K dan encik ayem.
abang-abang idola ni (abang?) duk ingat kenangan diorang dengan awek-awek /kenangan melayan dunia cyber zaman dolu-dolu kala.

Tuesday, June 14, 2011

:: boleh? masihkah ada ? ::

semalam, aku bertanya.
adakah boleh? untuk aku.. hurm.
hampir tersenyum aku sebelum tidur.

dan sekarang.
aku macam dapat jawapan..
yang aku 'tak boleh"


" senyuman saya sudah hilang"

aku dah membunuh senyuman dia.

:: boleh? ::








.rindu.
boleh?

Sunday, June 12, 2011

:: yang bulat sedang bergolek II ::

saya selalu penonton di astro arena,
ingin mengucapkan

TAHNIAH

buat pasukan
PENYU

atas kemenangan di piala FA 2011

"peteh ganu peteh"

memang ganu berjaya peteh kelate.
semangat juang yang tinggi.
yang penting memang rasa nak menang tu lagi tinggi.
tu yang menghangatkan game.


hikayat lama diselak kembali : yang bulat sedang bergolek

Friday, June 10, 2011

:: bujang - masih ::

BOY : sorry, tolong jap boleh?
GIRL : ye, ape awk?
lama tak on. hilang kemana?


BOY : .. sini je.. erh,
mcm ana nak bagitahu kat
girl,
yg kita suka dia?
ayat ter-simple dan ter-bagus.

* 30 seconds

GIRL : "saya suka awak".
simple.
dan jelas.
BOY :
as simple as that?
ok. nak try jap.


* a minute later..


BOY : saya suka awak. ni?

GIRL : yups! macam tu jela.
aiyo.
macam tak biasa adjust awek ni. :)

BOY : saya suka awak. ye?
GIRL : hye, yela tu.. dia nih!

*30 seconds later..


BOY : awk tipu.
GIRL : aik? tak menjadi?
BOY : awak girl kn?
so,
kenapa awak macam tak ada rasa ape-ape?
saya dah jenuh bagitahu awak.

saya suka awak.


GIRL : hah? saya? lorh. saya yg ajar, memang la tak terasa.
ingat awak berlatih je. toink*
BOY : sah! awak seorang yang terlalu
PEKA!
GIRL : erks. saya?


- PEKA disini bermaksud, seseorang yang terlalu peka terhadap sesuatu dan sekeliling, tetapi tidak akan perasan apabila ada seseorang suka akan dirinya -

Wednesday, June 8, 2011

:: geli hati nengok org sakit ye kak? ::

HAHAHAHAHA

HAHAHAHAHA...

HAHAHAHAHAHAHAHAAHAAAAAAAA!!!!

ada bayang budak berlari depan pintu bilik.
ok, budak. biasalah.

HAHAHAHAHAAAAAA! HAHAHA!
HAHAHAH! HAHAHAAAAAAAAAAAA!

ok. sabar. lawak sangat la tu.

kraaaannnggg!! krruunnnnnnkkkk...!
* bunyi kerusi kena tolak.

HAHAHAHAHAAHAAAAA...
HAHAHAHAAAAAA..

sejam kemudian..
bunyi yang sama.

eh, bodoh.
ni hospital.
bukan pasar ikan.
lawak ye nengok org sakit.


sekian.
(memang aku hangin dengan diorg!)

Tuesday, June 7, 2011

:: check-out ::

" check-out, room 712 "
" ok, chill miss . cash or card? "

kad kredit di hulur dengan muka banyak manis. senyum :)

" cik owner kad ke bukan? "
dah tengok pada kad tu nama lelaki, ditanya lagi. aiyak!

" nope."

" miss farida? "
" no! bilik tu atas nama encik farid. "

*dua-dua blur

" sorry, silap. hurm, encik farid? suami? or your dad? "
" hah? my dad."
" ok. sbb based on IC, mcm da berumur. takkan la your husband kan."
mamat tu gelak.
awek tu muka da cuak.

" kalau suami sy pun. knp? slh? sbb tua? "
gLup. telan air liur mamat tu.

kosmo. - muda vs tua :)

Monday, June 6, 2011

:: tanam anggur II ::

" tanam anggur ke? "
"iye.. tengah baja ni.. dah ada putik bunga ni.. nak berbuah gamaknye.. " :)

resume. sijil. baju kemas. muka banyak senyum. update status via sms sikit
:: interview pot pet pot pet- wish me luck! ::
"perkenalkan diri.. " muka seserius mungkin. bajet taiko la ni. kasi takut sikit. :]
" er.. saya.. Jamal. umur saya genap 21 tahun dah. kire lepas la syarat permohonan. hehe " dengan confident tahap dragon ball ke 7.

resume ditatap dengan penuh teliti tahap maksima mungkin.
sunyi. sepi bilik. sampai hembusan angin air-cond Jamal dapat dengar. halus dan lembut saja.
memang air-cond mahal ni. servis lak tip-top. fuh, sejuk jiwa kalau dapat kerja sini. subur periuk nasi kat rumah kalau macam ni. cepat dapat masuk minang si Tijah cinta hati den! isshhh toink*

" maaf, kau boleh keluar sekarang. no experience.. no job.. no no no! get out!!! "
" but sir... saya ni fresh graduate.. orang baru. otak cergas lagi"
" i said, get out! next!!!"

no EXPERIENCE?
ok, graduan baru. baru semalam konvo kat universiti tersergam indah. then, mintak kerja.
masuk interview. tapi yang sedih ni.. syarat kelayakan.
1. diploma (lepas!)
2. mempunyai PENGALAMAN BEKERJA DALAM BIDANG BERKAITAN SEKURANG-KURANGNYA 2 TAHUN (ape cer??)

JAMAL. manusia yang baru habis study. then, mohon kerja dan di "get out" kan oleh bekas bakal majikan. alasan..

NO EXPERIENCE!
what? no experience?

nama pun fresh graduate.. macam mana nak ade pengalaman kalau majikan tak bagi peluang?
hello!!!
fresh garduate nak dapat PENGALAMAN tu kat mana? kalau tak diberikan pengalaman???
kedai 7e?
atau kedai runcit rakyat kat kampung diaorang?

Thursday, June 2, 2011

:: tanam anggur ::

bangun pagi , mandi. oh air sangat sejuk. menusuk ke tulang sendi urat nadi aku.
bersiap, mengeringkan rambut yang baru disyampu. hari-hari syampu, habis melambung la bil untuk bab tu. sarapan? itu mesti. kang berkeroncong pulak perut ni. susah nanti.

"anak-anak tak mandi lagi ni"
ambil diorang, mandikan dengan air suam. aiyak.. mak mandi air sejuk, sekali anak demand nak air suam segala. mati den! .huh.
makanan anak? sedia! siap. air, carrot dan bijirin . lengkap! perfect. yes, i'm the best ;) wink*

apa lagi?
sebelum buat kerja?
sini da settle. sana pun sama. baju dah campak dalam washing machine, tuala dan jemur. pinggan dan basuh. perfect! yes, again! ;)

handphone. laptop. done! dah charge bateri semalam. good!

wifi?
still on dari semalam. bagus!

on fB for a while. update status. komen status. poke sikit pada mereka berkenaan.

[ blank ]

bila nak tanam anggur?
tengah tanam la ni. tak nampak ke?