Sangat syok!
First time ni ke Cameron Highlands. Nak fly ke negara salji, tak mampu lagi. So, Cameron jadi pilihan. Well, Malaysia okay ape!
Cikfa nak share la sikit tentang Cameron Highlands (CH) ni. Mana tahu, kalian nak ke sana , boleh buat post ni untuk rujukan. Sebab, kat sana banyak tempat tau! So, boleh la ambil beberapa contoh tempat ni ye. :)
Cameron Highlands ni banyak part tau. Tapi, kalau nak sejuk. Pilihlah KEA FARM. Port paling atas di CH. Kea Farm ni memang paling cun dan sejuk la. CikFa check-in di Natasya Resort, Kea Farm. Memang pilihan yang tepat. Sesuai sangat dengan citarasa CikFa. Bangunan ala-ala Inggeris :)
-ni la rupa bangunan apartment yang cikFa stay. -
Cikfa list down kan tempat yang syok dan jadi pilihan cikFa dan family .
BOH Tea Centre, Sungai Palas.
Selama ni tahu minum tea je. Order kat kedai,
"Bang, Teh O Beng se!". Tapi, kenal ke pokok teh? Tahu macam mana nak proses? Tapi yang pasti.. ladang teh memang awesome! Chantek! :) Cuma, nak ke sana.. jalan agak sempit dan berputar-putar. Bersimpang-siur segala. Kena berhati-hati sikit la. Pening kepala, mau nak u-turn balik semula. Tapi, bila dah tengok ladang teh... mak aihh!!!! chantek! Hijau je.
Taman Rama-rama , Kea Farm.
Selama ni geli dengan serangga, rama-rama. Akhirnya,m cikFa berjaya lawan penyakit misteri tu!. HAHA. Tempat ni, kena bayar lah sikit. Dewasa : RM5.o0 dan kanak-kanak rebina RM 3.00 (kalau tak salahlah :) ) Walau kena bayar, berbaloi tau! Banyak jenis rama-rama kita boleh tengok, siap boleh sentuh lagi. Lokasi dia, dekat je dengan Natasya Resort.
Strawberry farm, Kea Farm.
Lokasi betul-betul sebelah simpang ke Natasya Resort, Kea Farm. Uniknya dekat sini, strawberry ditanam dengan cara organik. Tak ada sebarang racun serangga. CikFa banyak beli strawberry di CH. Tapi rasanya berbeza ikut tempat. Tapi, yang paling terbaik, di Strawberry Farm, Kea Farm. Mungkin cara organik yang dia guna kot. Harga pun murah. Cuma RM5.00 satu bekas. (berat dalam 100g). "Pick ur own strawb
erry". Kita boleh petik sendiri. Harga dia, RM20.00 per entry (2 person) dan strawberry sekurang-kurangnya 500g. Syok!! hehe.
Di farm ni jugak, ada jual HOT ITEM " jambu epal". Sangat sedap. Rm10 untuk 3 biji.
Pasar Malam di Brinchang.
Lokasi betul-betul depan Balai Polis Brinchang. Tapi, untuk pasar ni, hanya weekend je ada. Kalau nak beli cenderamata, molek sangat beli kat sini. Murah! CikFa pekena "strawberry coklat", harga 3 cocok RM5. Sedap. Makan panas-panas, dengan suhu dibawah 20C.
Cactus Point, Kea Farm.
Nah, ambik nih! Opah borong satu kedai. Kaktus? Bunga ros? Segala jenis pokok bunga.. semua ada! Murah ! dan banyak pilihan. Nak cuci mata saja pun boleh, free je~~ :)
-cactus point. signboard ni besar gedabak, senang la nak jumpa-
Percutian yang menarik. Indah.
Sila-sila lah ke sana ye. Ingat Malaysia tak de tempat tahap beku ke? Ada meyh! :)
CH, thanks!
nak tengok pic lain?