Disebalik kejayaan dan apa yang kita ada sekarang, pastinya ada yang membuatkan kita menjadi kita sekarang. Contoh, sekarang orang ni dah kaya, duit dalam bank berjuta melon. Bila ditanya, pasti jawapannya ..
" Saya dulu hidup susah, bukan macam sekarang. Tapi, susah tu buat saya jadi saya sekarang".
Pernah tak terfikir, orang tu mampu menjadi yang lebih baik, kerana gagal bercinta. Percaya ?
Disebalik senyum dan kegembiraan yang ada pada diri kita adalah bermula dengan air mata. Kalau korang jawab tidak, MENIPU la jawabnya. Sebab, jawapannya dah confirm YA!
Cerita macam ni, boleh terjadi dekat semua orang, baik lelaki atau kaum seangkatan dengan cikfa; perempuan. Kita ada hati, dan bila nama pun manusia, sah-sahlah kita akan jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta, lepas tu kena pulak line clear, ter-couple-lah kita. Then, i lerb u, u lerb me... tup tup PUTUS. Jodoh sampai situ je kan. Redha. Masa tu mula lah, ada yang nangis menonggeng dan ada yang buat-buat steady. Macam nothing je.
Tapi, confirm ada yang akan sumpah seranah dekat mereka yang sudah bergelar EX. Tapi, sedar tak sedar, mereka yang bergelar EX inilah yang akan "bangkitkan" kita.
EX : woi, bangun lah. ape kejadah ko nangis je?
Bila dah kering air mata, hati pun dah terubat, kita akan teruskan hidup. Terus pegang pen dan kertas dan buat assignment macam biasa. Pergi kelas dan kemudiannya meneruskan hari-hari mendatang dengan jayanya! Dan corak kehidupan kita, lagi dan lagi maju. Semakin bersemangat sebab adanya luka dan parut serta kudis dihati tu.
(mungkin ada yang tersasar jauh bila terjadinya sejarah meng-EX-kan partner, dan mereka adalah golongan yang perlu sesi kaunselor macam budak kena tangkap merokok masa zaman sekolah)
And now, sedar atau tidak, kehadiran EX ini sedikt sebanyak telah mengubah hidup anda. err.. kita. Dia yang tinggalkan parut, dan parut tu akan bagi kita motivasi sepanjang hidup kita. Percaya atau tak, tanya lah diri korang tu. Tanya la, sekarang! :)
Say thanks to EX (s)
(s)?? hee~
Cinta monyet pun termasuk ye. Sbb cinta monyet pun tachink2 jugak kan!
credit to : Aziz Hazmi
No comments:
Post a Comment