Wednesday, October 5, 2011

:: Kemandulan kaum Lelaki? ::

Kemandulan. Satu istilah yang sering dilemparkan kepada kaum wanita. Tapi sedarkah kita, kaum adam juga tidak pernah terlepas. Err, macam berat je tajuk entry kali ni, cikFa yang bujang dan still single ni nak bercakap perihal seks dan kemandulan? Aishh.. 

Okay, kemandulan ni, adalah satu pemasalahan yang selalu duk menikam kalbu pasangan suami isteri. Yela. kahwin dah 5 tahun, asal balik kampung je.. habis satu kampung termasuk Tok Penghulu duk tanya, bila nak ada si junior.. 

Tok Penghulu : Amin, ko ni asyik berdua je.. tak habis lagi zaman honeymoon? Bila nak membiak? 
Amin : Belum rezeki tok.. 

Mak Kiah : Amin, ko pasang la sorang lagi. Kahwin dah 5 tahun, sorang anak pun tak dapat. Isteri ko tu mandul ke? Senang-senang, nikah je satu lagi.
Amin : Err..

Asal lambat dapat anak, suruh pasang cawangan. Hello, kemandulan ni bukan kaum wanita je. Kaum lelaki juga! Sila sedar akan itu. He He He. 

Doktor : Amin, isteri u tak de masalah. sihat dan subur. Cuma.. u yang bermasalah. Azoospermia.
Amin : Azoo.. what??!

Okay, Azoospermia tu salah satu jenis kemandulan bagi kaum adam. Iaitu tidak mempunyai sperma hidup, atau dalam repot kesihatan akan ditulis "No sperm" atau "Nil". Ianya mungkin disebabkan adanya kecederaan di kemaluan lelaki. Yela, time kecik-kecik nakal sangat. Main basikal, pastu jatuh atas palang basikal.. Hampeh! Terus ifek kat situ. 

Ada lagi istilah lain, agak berbelit. He He He.

Oligospermia = Bilangan sperma merosot.
Asthenospermia = Sperma tak aktif.
Teratospermia = Bentuk sperma yang pelik.

Kenapa boleh jadi macam ni? Takkan kes jatuh kat palang basikal je? Hurm, banyak lagi penyebabnya. Contohnya, pemakaian seluar dalam yang ketat. Sebab boleh mendedahkan testis kepada suhu yang tinggi. Testis sensitif dengan suhu. Orang yang selalu stress juga boleh menyebabkan Oligospermia. So, Happykan dirimu. Hee~ :)

Haa, satu lagi. Lelaki please jangan sesekali letakkan laptop di atas riba. Itu boleh meningkatkan suhu. Bahaya! :D




------------------------------------------------------------------------------
entry berani mati. hehe.
sekadar berkongsi..
wanita, kamu juga perlu ke sini.  

4 comments:

By Syahidaa said...

Hoyeaah. berani mati. haha.

♥CIK SHA♥ said...

yg oligospermia tu kan tetibe teringat iklan oligo coco tu..hoho..

aiko farahshahida said...

by syahidaa : hahaha. rasanya biasa kalau tulis bab wanita, perempuan.. dan kita kan lebih arif dan cakna.. so.. kali ni, cikFa cerita bab lelaki..
agar mereka PEKA!

aiko farahshahida said...

CIK SHA : hehehe. a'ah kan. oligo coco!