Melihat semua hasil karya aku untuk projek yang lepas. Terdetik juga yang aku ni pandai shoot gambar. He He He. Perasan! ya! tulah kau. Suka sangat perasan. Perasan itu, dan ini. Dan perasan dia tu comel. Dia? Alangkah bagus kalau aku boleh lupakan dia , macam aku delete semua gambar yang aku shoot ni. Just click punat 'tong sampah'. Cabaran betul!
Sekarang dah nak masuk setengah tahun aku merantau di tempat orang. Banyak yang aku jumpa. Banyak yang aku belajar. Tapi, dalam kesamaran malam, aku baru sedar. Hati aku tak terisi. Kosong je ni. Haissh..
Kosong yang macam mana kau maksudkan,hah? Kalau kosong yang kau rasa, mintak lah pada Dia yang sedia memberi. - Satu pesanan ringkas seorang teman. Dimeja tulis aku.
Ladang teh menghijau didepan mata aku. Hijaunya. Indah ciptaan Allah. Aku terlalu leka dengan keindahan batu konkrit di bandar, sampai lupa kehijauan berselang dengan peluh petani. Tapi, kesibukan jalan raya di sini, masih bersisa. Mana ubat bagi semua ini? Sibuk. Kesian anak kecil petani, ketakutan melintas untuk menyapa peluh ayah dan bonda mereka. Ahh. Kemajuan. Kehijauan.
Lenguh sepasang kaki ni, masih terasa. Aku hirup teh BOH perisa vanilla yang berharga lebih dari RM 3. Terasa hangat dan lembutnya vanilla. Wangi. Senyum.
Lapang hati. Tenang.
Sekeping kertas. Sebatang pen.
Aku sudah berjalan sejauh ini. Kerana ingin melihat kehijauan ladang terbentang. Aku sudah berjalan sejauh ini. Susuk tubuh itu masih bersisa. Aku ingin tinggalkan saja. Disini. Untuk kedua kalinya. Kepada-Nya aku memohon. Jika dia untuk ku, tunjukkanlah kepada dia jalan untuk memandang ku. Jika bukan, bantulah aku untuk ke destinasi pemilik hati aku ; dia yang belum ku kenali. Nota ini. Aku tulis, catatan terakhir tentangnya. Jangan tanya kenapa, dan mengapa. Kerana hanya satu jawapannya ; sayang kaulah, bodoh! Terima kasih. :) - matapenasaya.
-------------------------------------------------
mintalah pada Dia yang setia memberi
2 comments:
far... boleh buat novel nihh.. :) suka baca heee.
scha lien :
hahaha.
novel? kih kih kih
Post a Comment