Showing posts with label hahaha. Show all posts
Showing posts with label hahaha. Show all posts

Monday, November 14, 2011

:: yang tak sedar,perlu disedarkan, atau? ::

Pernah berhadapan dengan mereka yang belum sedar akan hakikat? 
Err.. hakikat yang macam mana? Bak contoh sikit. 
Kasi clear!!

Contoh :

1. Kawan atau kenalan kita, jenis yang suka gelak besar punya. Tak kira tempat. Termasuklah ditandas awam. Bila ditegur.. "weh, control babe!".. dan dia akan balas. " lawak dowh! Aku kan gelak mmg macam ni."

2. Makan jenis berbunyi. "cap..cap..cappp.." Bunyi ape? Bunyi yang terhasil dari interaksi lidah, lelangit dan air liur ketika makan. (pergh!) #melainkan mereka yang bergigi palsu.

3. Bajet cool/cute bila berdepan dengan lelaki macho/perempuan comel.

4. Ade tabiat jahat, nyakat orang melatah. Kesian tau, kat makcik-makcik tu. Asyik kena melatah je.

5. Selalu perasan muda.

6. Terlalu perasan dia tu tua. TERLALU!

And last.. but not least ,


7. Makwe/pakwe 17 tahun, buat-buat lupa esok ada apa. SPM la weh!

---------------------------------------------------------------
happy birthday to ojex gsm!
and yuna too!

Saturday, September 10, 2011

:: Nak Raya! ::

06.35 petang sabtu nan dingin.
Mak dan cikFa duk "lepak" di lobi rumah.
Mereka : Assalamualaikum.. Nak jambu!
Mak : Ambik ah! Makcik ok je! ngee.

Kami terus berdiskusi hangat.
Lepas 10 minit.

Mereka : Assalamulaikum.. Nak raya!
Adik : Nak raya? Eh, biar betik.
cikFa : Meh, nak settlekan. Ape adik-adik? Nak ape? ( buat macam tak dengar bab "raya" )
Mereka : *diam. ( sekali kakak garang ni datang da!!!)
cikFa : Nak jambu? Ambik laa dik!!

5 minit lepas tu.
Mereka : Assalamualaikum. Nak raya!!! Nak Raya!!! ( lagi clear )
Abg Ngah : Tuan rumah demam. Ni ambil duit raya. 
Mereka : * mata sinar-sinat. Terus datang beratur.


Pandai budak-budak zaman sekarang ni. Untuk cukupkan collection bulan Syawal ni, diaorang aturkan strategi baik punya. Datang rumah time-time waktu puncak.Memang hebat! Tahniah la adik-adik comel.

____________________________
waktu puncak = dah senja
nak elak datang beraya waktu senja, tuan rumah bagi je duit raya terus.

Sunday, August 21, 2011

:: Lama hilang, hang pi mana? ::

Mana lah dia menghilang.
Lama dah tunggu ni. 
Hari-hari ngadap laptop. Buka blog.
Tapi gitu je blog dia. huh. =.='


Tapi hari ni. Hah, dia datang!
Eh, mana hang hilang ?
Hang pi mana?
Rindu tau!
grrr~!

untuk yang bergelar ;



Thursday, August 18, 2011

:: Terok sangat terok! itew tak sukew ::


cikFa ni seorang blogger yang HOT suam-suam kuku. Dan nak dibandingkan dengan Mr. Ayeemayam, tu ibarat perigi dengan paip bomba la. Tak Tercapai akal lagi. He He He. cikFa rasa tak layak la nak komen pasal blog ni kan. Tapi.... satu cikFa GERAM. 


Mr.AyeemAyam, kenapa awak guna 
Domo-Kun itew?
Itew terasa aw..
:(

Friday, July 29, 2011

:: Tak LIKE ::

Okay, di Fb rata-rata status, komen berkaitan dengan bola. Itu dan ini semuanya dikupas dan disentuh. Berjalanlah cikFa ke satu page ke page yang lain. Wah, meriah.. Macam-macam ayat yang cikFa jumpa. Sempat jugak klik "Like" satu dua status. He he he.


Adala beberapa page yang sedap digoreng sekarang ni. Dan mungkin akan lagi rangup untuk beberapa hari, atau mungkin bulan. Atau sampai Piala Dunia 2014. Page yang banyak menghentam aksi lakonan dan teater hangat dari Negara Jiran.
Cepat betul korang ye. Bab cipta page "Like" ni cepat je.. Ish.. Ish Ish.. Tu kes, korang la kan, cikFa tak masuk campur. Like ker? Tak de lah! :)

errr.. tapi tak semestinya unLIKE kan? hehe :)


bola.masuk.gol
- mainan psikologi adalah senjata paling tajam!
itulah kebijaksaan. :)



Monday, July 11, 2011

:: KAWAN BOLEH JADI LAWAN ::

Semua orang berkawan. Dan ada juga dari kawan terus ke penamat yang serius iaitu berkahwin.Jodoh, itu kerja Allah. Bukan kerja kita. Jadi teruslah mencari ye cikfa! (opss. ok)

Kawan banyak jenis. Tapi tertarik dengan satu istilah "kawan boleh jadi lawan".
Tersentap?
Kenapa adanya istilah macam ni? Perlu ke? Bila dan declare macam ni, ikhlaskah berkawan tu? Fikir.

Kawan is Kawan.
Lawan? Nak ke?




Tuesday, June 7, 2011

:: check-out ::

" check-out, room 712 "
" ok, chill miss . cash or card? "

kad kredit di hulur dengan muka banyak manis. senyum :)

" cik owner kad ke bukan? "
dah tengok pada kad tu nama lelaki, ditanya lagi. aiyak!

" nope."

" miss farida? "
" no! bilik tu atas nama encik farid. "

*dua-dua blur

" sorry, silap. hurm, encik farid? suami? or your dad? "
" hah? my dad."
" ok. sbb based on IC, mcm da berumur. takkan la your husband kan."
mamat tu gelak.
awek tu muka da cuak.

" kalau suami sy pun. knp? slh? sbb tua? "
gLup. telan air liur mamat tu.

kosmo. - muda vs tua :)

Monday, June 6, 2011

:: tanam anggur II ::

" tanam anggur ke? "
"iye.. tengah baja ni.. dah ada putik bunga ni.. nak berbuah gamaknye.. " :)

resume. sijil. baju kemas. muka banyak senyum. update status via sms sikit
:: interview pot pet pot pet- wish me luck! ::
"perkenalkan diri.. " muka seserius mungkin. bajet taiko la ni. kasi takut sikit. :]
" er.. saya.. Jamal. umur saya genap 21 tahun dah. kire lepas la syarat permohonan. hehe " dengan confident tahap dragon ball ke 7.

resume ditatap dengan penuh teliti tahap maksima mungkin.
sunyi. sepi bilik. sampai hembusan angin air-cond Jamal dapat dengar. halus dan lembut saja.
memang air-cond mahal ni. servis lak tip-top. fuh, sejuk jiwa kalau dapat kerja sini. subur periuk nasi kat rumah kalau macam ni. cepat dapat masuk minang si Tijah cinta hati den! isshhh toink*

" maaf, kau boleh keluar sekarang. no experience.. no job.. no no no! get out!!! "
" but sir... saya ni fresh graduate.. orang baru. otak cergas lagi"
" i said, get out! next!!!"

no EXPERIENCE?
ok, graduan baru. baru semalam konvo kat universiti tersergam indah. then, mintak kerja.
masuk interview. tapi yang sedih ni.. syarat kelayakan.
1. diploma (lepas!)
2. mempunyai PENGALAMAN BEKERJA DALAM BIDANG BERKAITAN SEKURANG-KURANGNYA 2 TAHUN (ape cer??)

JAMAL. manusia yang baru habis study. then, mohon kerja dan di "get out" kan oleh bekas bakal majikan. alasan..

NO EXPERIENCE!
what? no experience?

nama pun fresh graduate.. macam mana nak ade pengalaman kalau majikan tak bagi peluang?
hello!!!
fresh garduate nak dapat PENGALAMAN tu kat mana? kalau tak diberikan pengalaman???
kedai 7e?
atau kedai runcit rakyat kat kampung diaorang?

Friday, April 29, 2011

:: susahkan orang , ko yang di BBQ kan ::

MAUT - CURI KABEL! [ metro - hari ini ]


MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.

curi kabel lektrik guna parang dan spanar. ok! ok! nak curi sangat.. last-last kena lektrik.. kan dah jadi BBQ! hehe

cik fa ingat mak cik fa selalu pesan ;

jangan susahkan orang.. nanti awak akan di "susah" kan :)


= > cik fa lupa nak story, 3 minggu lepas, baju-baju cikfa, miss hanna, dan miss kin kena rembat dek mafia (mafia la sgt!).. dan mafia tu dah dikesan..
satu cik fa nak ckp kat mafia tu;

jangan susahkan orang.. nanti ko jugak yang kepanasan :)



tu je cik fa nak pesan, sekian terima kasih (tepuk-tepuk)

Sunday, April 24, 2011

:: bau yang menghangatkan! ::

PENCARIAN DURIAN

hanna rina, azieynessa, dan fafa

azieynessa : " bang, nk durian yg kecik tu je"
abg durian : " cukup ah sutil? "
kami ber3 : "cukup bang.. nak makan besa-besa je.. " ( muka banyak senyum )
abg durian : " yg ni orp? , nak makan sini ke?! " ( sambil pegang durian ngan golok )
hanna rina : "dop, ... timbang lu! "
abg durian : " timbang doh.. rm22 se! "
kami ber3 : " hah? kecik ngat durian tu bang.. dop cukup tu.. " ( pdhal dop cukup bajet)

kami pun berlalu pergi.. dengan muka yang penuh slamber..
abg durian? ntah.. biarlah dia dengan duriannya..
dalam hati... ( hahaha- :) )


Monday, April 4, 2011

:: soleY - soley : serinya disitu ::



ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010
(konfirm tu tajuk panas untuk hari ni)

langkah pertama, tapau makanan kat pasar malam
kedua, pekena makanan sambil tengok abpph kat tv3
langkah ketiga , mula rasa suram.. (kenapa??)

bila nak masuk langkah ke empat ni, lambat pick up sikit.
SURAM je rasa abpph kali ni. apa yang kurang erh?

think*think*think*

toinGGG!
soley-soley punya part!
hah, cik fa dah jumpa sinarnya!
gelak sakan..
abpph becomes to " Kak Limah "!

sam - memang tu ko punya!
* kongsi will be on 12 may 2011

nota.kaki
- nak tengok ulangan hujan perform kat abpph tadi

Friday, March 25, 2011

:: lelaki sudah dicabar kucing! ::

KUCING = CAT

lelaki : klik ini punya story ^_~

"Graduan universiti tempatan berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak kisah apa tanggapan orang lain, namun yang pasti dia rela tidak berkahwin, sebaliknya ingin sehidup semati bersama 12 kucing kesayangannya."

wanita ni berjaya alihkan naluri (keinginan kepada lelaki) kepada kucing!
amboi.. hebat betul penangan kucing tu. (hehe)


+++++


miss u, chombee

Tuesday, March 22, 2011

:: Sesi Menunggu Pinangan ::

esok.. hari yang dinanti-nantikan..?
yeke? atau esok akan menjadi mimpi gelap??

adik-adik ku sayang..
result spm keluar esok kan?
SPM je pown..
haha.. :D

cerita tentang SPM

budak yang sengal dengan semangatnya nak ambil result exam spm dia..
tagret dalam 2A mcm tu, insyaAllah.. yang sure paper b.malaysia..
"TAHNIAH!" cikgu dah tersengih.
cikgu tu cover je lebih, padahal nak cakap.. " ni je yang awak dapat.. bersyukurlah.. tula, malas sgt nak study.. dapat la macam ni.. bla bla bla.. " hehe
dengan muka cuak, dia tu amik result dan berlalu pergi..

masa tu, nampak la beberapa orang yang ahli genius duk sorak sorai.. touching la.. sebab result memang gempak tahap maxim main keyboard.. tak terlepas jugak, kaum yang memang tidur time exam! tabik ahh.. haha.. berani korang ye.. bantai air liur basi time exam.

berbekalkan, 3 biji A1 , 1 biji A2 dan beberapa ketul group huruf lain.. dia pertaruhkan utk masuk ke maktab. alkisahnya nak jadi cikgu. (boleh bantai anak-anak cikgu pulak-haha).
ape? matriks? apply jugak.. mana tahu, blh jadi doktor nanti..
REZEKI TU DITANGAN ALLAH..
semua tak DAPAT!
tercampaklah ke lembah hutang.. IPTS..

ni story 3 tahun lepas..
sekarang... dia ada di hospital bandar ikan patin.. praktikal.. as Medical Lab Technologist (MLT)

untuk adik-adik yang bakal dpt result mcm bdk diatas..
bdk diatas nak nasihat sikit..
result mcm tu, kena fight habis-habis utk masuk ke U atau matiks..
mmg depends on rezeki, tapi kenyataan is kenyataan
kat luar sana, ramai bdk yang CERDIK a.k.a yang ade berbiji-biji A dia..
KOLEJ SWASTA??MAHAL??
mmg la.. nama pun swasta. harga berganda la yunk oi!
dah, MALAS sgt nak belajar masa SPM.. ni la akibatnya!
so.. if nak further ur study.. think dan think first
jangan ambil courses yang lelong tu.
swasta pun..swasta la..
PTPTN SEDIA MEMBANTU!
(kroikhh...)

Thursday, March 10, 2011

:: jom gi sekolah! ::

salam >,< pelajar bom sekolah! (disini)
dunia dunia..
kalau dulu, kes cikgu rotan pelajar sampai lebam-lebam..
mak ayah akan cakap
" padan muka, malas sangat.. degil sangat! "

sampai satu zaman ( zaman cik fa)
"cikgu rotan anak saya, saya saman cikgu!"
ayah cik fa ke ckp mcm ni? bukan.. ayah org lain la.. :)

sekarang!
cikgu bermasalah dengan student, sekolah jadi medan perang..
tak main dah pancit-pancit tayar motor ni..
bom terus!


tiga pelajar samseng ugut bunuh cikgu (disini)


bom tak jalan..
ugut BUNUH pulak!
terbaekkkkkk!~

Wednesday, February 16, 2011

:: saya tengok.. saya gelak ::

salam >,<
AWAS!!
AKTIVITI PEN'snap'AN
DAN PENYEBARAN GAMBAR SECARA HARAM
SUDAH TIDAK TERKAWAL!


p/s : kalau nak snap pic org dan untuk tabur fitnah,
cik fa cadangkan gunalah NIKON D3100 ye..
baru gambar tu clear..
tak payah cik fa nak gelak sakan mcm tadi
sakit taw perut cik fa duk gelak!
setakat kamera hp gitu..
wat hape!

Saturday, January 1, 2011

:: alhamdulillah - insyaAllah ::

salam ^^,

BERCERITERA DI PAGI HARI

99 % manusia sejagat akan bercakap pasal tahun baru. handphone pon, tak senyap dari nyanyi.
polyphonic ke truetone ke.. tak kisah lah kan. hee~.. dan 99% juga akan pasang azam baru. nak yang lagi hebat, lagi besar dan lagi superb dari tahun-tahun sudah. :)
tak cukup lagi dengan tu, ada juga yang buat kerja gila!
merempit sana sini.. kononnya happy sangat tahun baru dah sampai.. hahaha.. nak katakan gila tu tak jugak.. tapi, mungkin sedikit BODOH!
ni belum lagi kes clubbing segala..

tapi tak apa lah, tu semua mereka dalam golongan 99% tu
lagipun bukan semua dalam 99% tu buat semua kerja bodoh tu!


yang lagi 1 % tu..
still sambut tahun baru.. tapi hanya dirumah , sambil tengok konsert tak TV..
atau makan besar dengan keluarga.. kawan-kawan.. meriah gitu!

ada jugak yang termenung ...
tengok jarum jam..

hitung dalam hati jerk..
tak pon, takut masuk tahun baru..
sebab tu tandanya.. AKAN TUA!








:D cik fa nak tanya sikit..
kalau masuk tahun baru.. tak tambah umur boleh tak?

Tuesday, December 21, 2010

:: 1 jan 2010 - 21 dis 2010 - banyak gile status! ::

salam ^^,

ada applications baik dari ladang kat fb

" MY STATUS IN 2010 "

mmg mantop!

hasil cik fa meng"updating" kan dan mengaktifkan via sms ( tanpa
sebarang pembaziran )
cik fa dapat 81 photo of status tu..

here : )
Bold
yang bulan januari punya..
punya la jiwang pembuka tirai tahun nih..
aduyai~
" i knew u are in happy and that's why i smile.. u make i'm fallin' in love.. and crazy to love..
i miss u my dear.. really miss u "


ni bukan lah penutup 2010..
tapi yang hari ni.. 20 dis 2010..
last update ( setakat yang terekod lah
" sending...wink ;) "


hebat?
ye sangat hebat!
cik fa bagi 4 bintang utk application nih!

Monday, October 25, 2010

:: rasa yang perasaan ::

salam ^^,

rasa yang diolah menjadi perasaan
merebak dan menular ke diri kecil
apa yang dirasa
adalah mainan perasaan
luahan rasa yang berekspresikan perasaan..

perasaan utk ...
sapa mangsa pertama aku?
bhahaha~..

*mentang2 ada app. DISLIKE baru kat mukabuku..
aku nak mencari.. orang2 yang terpilih...
adakah kamo??!

tags to : suyem


xoxoxo -

mr.hunnybee ; mish3 u

Saturday, May 8, 2010

:: what the hahahah?! ::

salam ^_^
aip buchuk
bintang? (blogging siang hari.. ade bintang ke?)

---m.e.r.e.k.a---
hari yang penuh dengan cerita.. haha..
yang besh.. menahan lapar.. sbb nak makan ayam goreng kat pasar minggu.. heheh.. :)
* zul, lien, ya & me
beli2.. makan kat lagoon.. perghh masyuk gilak!..
lepaking kat BB..
ke mcd.. kununnya nak tgk bola.. last2..postpone..
shapekkk.. jaat kamo! postpone..xbgthu!!!..
gelak dan gelak..

---rambutemas---
ades.. topik hangat.. si rambut emas!
weish, guys!!
senak perot duk gelak!!!

** gaduh? to zul.. maaf psl.. sume pakat moody...

2.13pm