Wednesday, September 21, 2011

:: hunnybee junior? ::


bee + hunny. = hunnybee junior!

Last week macam tu, cikFa dapat khabar yang anak cik Aziey dah bersalin. Siap berbidan dengan cik Hanna lagi. Berbakat pulak cik Hanna bab berbidan ni. HAHA! 
Dan semalam, cikFa dapat khabar dari adik , yang hunny pun dah bersalin dengan selamat. Tanpa berbidan lagi. Hebat betul. Ntah betul ke tidak potong tali pusat tu. He He He.

Tahniah untuk hunnybee. Dapat pewaris dah ye! Hee~



:: True or Dare ::

Mereka : Bosan meyh. Main True or Dare? Oke? [ Muka habis manis. Bermanis betol!]
cikFa : Grr. Ape ke jadah weh. Tak nak ah!
Mereka : Ala, meh la! [ pujuk lagi ]
cikFa : HAHAHA. [gelak cover. sebab memang tak nak main]
Mereka : Ape cer tak nak layan? Layan la der!!!
cikFa : NO NO NO [ grr~ ]
Mereka : Ape kes? 
cikFa : Sebab...
Mereka : ????
cikFa : Nanti habis bocor rahsia hidup aku dowh!
Mereka : Laaa..


# Siyes habis. Sumpah, sekali main, sejuta kali rahsia akan terbuka!
Ape jadah nak buka rahsia? Nak lak kena story pasal Ex-boyfie, cinta tak sampai, mandi tak sabun.. berak.. err.. ciri-ciri lelaki idaman? What? GGRRRR~~!

Monday, September 19, 2011

:: Semua ada hikmahnya ::

Semalam tempat cikFa di landa ribut yang kuat. Dari info yang cikFa dapat, ni ribut yang paling kuat yang pernah berlaku. Dulu pernah berlaku ribut, cuma tak sekuat semalam. 



Sedih tengok rumah jiran-jiran. Habis atap tercabut, dek angin kuat. 
Alhamdulillah, rumah dan family cikFa selamat. 

Boleh klik sini, untuk gambar selebihnya.

Sama-sama kita berdoa biar semuanya selamat, dan kita dilindungi.
Ayah pesan : berdoa tu jangan putus, sebab kita tak tahu doa mana yang akan dimakbulkan.

Friday, September 16, 2011

:: sayang kaulah , bodoh ver.3 ::

Ada event kat tempat aku. Aku tengok senarai nama, ada nama kau. Oh tidak. Takkanlah! grr~. Mahu tak mahu, aku kena pergi jugak. Sebab aku ni junior kat situ, nak tak nak, aku kena menampakkan diri aku , tanda memberi sokongan. #bodek jabatan. He He He
Semalaman aku tak boleh tidur. Aku peluk buchuk, tak de jugak datang ngantuk. Tak de pulak nak menguap. Tadi masa layan movie , menguap sakan. Sampai housemate aku bantai pekup mulut aku dengan kusyen. Jahat kau! Nak aku mati? huh. Mata aku masih pejam celik, pejam celik. Ikut arah pusingan kipas siling. #pening!

Ada bola yang bergolek. Aku? hanya dengan mr.nick dan air mineral. Duduk di tepi parkir. Nak shoot gambar, idea kosong. Aku terus mendiamkan diri dan senyum je. Kononnya sudah lupakan kau. Tapi hakikatnya, masih bersisa. Bersisa tahu tak? Sedih lagi ni!
Air mata aku tetap jatuh bila dengar lagu kisah hati dari aliyah. Err.. terbocor lak rahsia. :)
Seteguk demi seteguk, air aku telan. Tekak aku dah naik mual dah nak telan. Tapi cuaca panas, aku terpaksa jugak.

Ada yang menegur, aku cuma senyum. Aku rasa seperti tiada apa untuk aku disini. Tujuan, hanya nak menampakkan diri, dan aku sudah buat. Ketua  jabatan dah aku salam, semua dah aku hai hai - kan. 
Balik jela, tak de kerja dah aku kat sini. Hari pun dah panas, aku balik, mandi, tidur lagi syok. Melayan perasaan kat sini, buat apa. Kau? Hah? Aku tak nampak kau lagi. 
#Berhenti berjalan.
Sederap bunyi ada kaki turut berhenti. Dan aku masih tak menapak. Aku nampak bayang. Aku menunduk dan pejam mata. Glup! Ni yang aku takutkan. Berhadapan dengan kau!

"Hai, nak balik?" Satu senyuman tergambar.
Senyuman yang aku rindu. Kau!

"Err.. balik.."
Ada suara lain datang!
"Woi, bangun! Ape ko ni?!!"
Aku celik mata aku sebesar-besar. (besar ke?) 
Kau hilang. Yang ada hanya, buchuk, dan dia; housemate ku.
#mengigau?

___________________________________________
huh. susah.