Wednesday, September 7, 2011

:: sayang kaulah , bodoh ver.2 ::



Dah lama aku tak cari kau. Tak ambil tahu pasal kau. Tapi kejap, lama mana aku tak ambil kisah pasal kau ni? 5 tahun ke? 5 bulan..? Maaf ye, baru 2 bulan. Dalam masa 2 bulan ni, sah-sah banyak yang berlaku dalam hidup kau. Dan yang sangat pasti, kau mesti tengah bahagia , kan?

Bila aku baca bait kata kau untuk dia, aku tahu kau sangat bahagia. Bila dia jauh dengan kau, dia akan ucap rindu. Aku tahu semua tu. Dan aku rasa ada gurisan dalam hati dan perasaan aku. Ya, aku tahu, bukan kau yang buat semua tu. Kau memang tak ada niat sekecil beras pun untu buat aku terluka. Aku yang terbuai dengan perasaan aku. Aku yang biarkan rasa sayang aku untuk kau hidup dengan nyawa aku. 

Kau ingat senang ke aku nak berhadapan dengan rasa ni semua? Nak dimudahkan pemahamanlah, aku ni pihak yang bertepuk sebelah tangan. Cop! Cop! Bukan setakat sebelah tangan, jari telunjuk pun belum tentu tau!. 

Ayat kau tu, dah macam kau cemburu. Bahaya tu, kawan! Nanti jadi dendam!. Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang akta ke-cemburu-an ini. Bab cemburu ni, aku mengakulah. Bab dendam, aku sedar dengan ketentunan Tuhan yang Maha Esa untuk hamba-Nya. Aku takkan pernah cemburu. Tapi aku tetap terluka. 

Aku dah lelah berjalan. Bawa sayang dan rindu aku. Kesana kemari. Lelah aku. Letih. Aku tertidur di satu perjalanan yang panjang.

****

Aku buka mata. Walaupun mata aku ni sepet, pandangan aku masih jelas. (tipu, padahal rabun kot.) Aku nampak kebahagiaan dan senyuman. Aku perlu melepaskan. Pisahkan rasa dan hati aku. Kau? Aku akan tinggalkan kau. Disini.

Untuk kau,
Terima kasih atas senyuman. Aku gembira.

Nota ini untuk kau. Dan hari-hari aku yang akan datang. Supaya kenangan ini ada dalam hidup aku. Walaupun aku sendiri yang melukisnya. Tanpa tangan kau. Tanpa hati kau, dan tanpa rasa kau suka aku. Aku suka kau. Suka. Dan itu memang pasti. 
Takpalah, kau sudah ada jalan kau. Jalan kau untuk meng-halal-kan dia bagi kau. Dan doakan aku, supaya bertemu dengan yang halal bagi aku. 

Akhir kalinya, aku nak kau tahu, Aku Sayang Kau.
Aku sayang kau , bodoh!


________________________________________________
cinta itu anugerah.
berbeza rasa dan rencahnya.
mungkin "aku" belum ditakdirkan bertemu
dengan yang halal baginya.
Esok? Mungkin. Siapa tahu.

2 comments:

IeRa said...

btOl tu yunk..
let it be..
coz kita akn lbh tenang..
cheers dear~ :))

aiko farahshahida said...

iera : hee..

mekasih sbb sokong!!!!