Wednesday, September 21, 2011

:: hunnybee junior? ::


bee + hunny. = hunnybee junior!

Last week macam tu, cikFa dapat khabar yang anak cik Aziey dah bersalin. Siap berbidan dengan cik Hanna lagi. Berbakat pulak cik Hanna bab berbidan ni. HAHA! 
Dan semalam, cikFa dapat khabar dari adik , yang hunny pun dah bersalin dengan selamat. Tanpa berbidan lagi. Hebat betul. Ntah betul ke tidak potong tali pusat tu. He He He.

Tahniah untuk hunnybee. Dapat pewaris dah ye! Hee~



:: True or Dare ::

Mereka : Bosan meyh. Main True or Dare? Oke? [ Muka habis manis. Bermanis betol!]
cikFa : Grr. Ape ke jadah weh. Tak nak ah!
Mereka : Ala, meh la! [ pujuk lagi ]
cikFa : HAHAHA. [gelak cover. sebab memang tak nak main]
Mereka : Ape cer tak nak layan? Layan la der!!!
cikFa : NO NO NO [ grr~ ]
Mereka : Ape kes? 
cikFa : Sebab...
Mereka : ????
cikFa : Nanti habis bocor rahsia hidup aku dowh!
Mereka : Laaa..


# Siyes habis. Sumpah, sekali main, sejuta kali rahsia akan terbuka!
Ape jadah nak buka rahsia? Nak lak kena story pasal Ex-boyfie, cinta tak sampai, mandi tak sabun.. berak.. err.. ciri-ciri lelaki idaman? What? GGRRRR~~!

Monday, September 19, 2011

:: Semua ada hikmahnya ::

Semalam tempat cikFa di landa ribut yang kuat. Dari info yang cikFa dapat, ni ribut yang paling kuat yang pernah berlaku. Dulu pernah berlaku ribut, cuma tak sekuat semalam. 



Sedih tengok rumah jiran-jiran. Habis atap tercabut, dek angin kuat. 
Alhamdulillah, rumah dan family cikFa selamat. 

Boleh klik sini, untuk gambar selebihnya.

Sama-sama kita berdoa biar semuanya selamat, dan kita dilindungi.
Ayah pesan : berdoa tu jangan putus, sebab kita tak tahu doa mana yang akan dimakbulkan.

Friday, September 16, 2011

:: sayang kaulah , bodoh ver.3 ::

Ada event kat tempat aku. Aku tengok senarai nama, ada nama kau. Oh tidak. Takkanlah! grr~. Mahu tak mahu, aku kena pergi jugak. Sebab aku ni junior kat situ, nak tak nak, aku kena menampakkan diri aku , tanda memberi sokongan. #bodek jabatan. He He He
Semalaman aku tak boleh tidur. Aku peluk buchuk, tak de jugak datang ngantuk. Tak de pulak nak menguap. Tadi masa layan movie , menguap sakan. Sampai housemate aku bantai pekup mulut aku dengan kusyen. Jahat kau! Nak aku mati? huh. Mata aku masih pejam celik, pejam celik. Ikut arah pusingan kipas siling. #pening!

Ada bola yang bergolek. Aku? hanya dengan mr.nick dan air mineral. Duduk di tepi parkir. Nak shoot gambar, idea kosong. Aku terus mendiamkan diri dan senyum je. Kononnya sudah lupakan kau. Tapi hakikatnya, masih bersisa. Bersisa tahu tak? Sedih lagi ni!
Air mata aku tetap jatuh bila dengar lagu kisah hati dari aliyah. Err.. terbocor lak rahsia. :)
Seteguk demi seteguk, air aku telan. Tekak aku dah naik mual dah nak telan. Tapi cuaca panas, aku terpaksa jugak.

Ada yang menegur, aku cuma senyum. Aku rasa seperti tiada apa untuk aku disini. Tujuan, hanya nak menampakkan diri, dan aku sudah buat. Ketua  jabatan dah aku salam, semua dah aku hai hai - kan. 
Balik jela, tak de kerja dah aku kat sini. Hari pun dah panas, aku balik, mandi, tidur lagi syok. Melayan perasaan kat sini, buat apa. Kau? Hah? Aku tak nampak kau lagi. 
#Berhenti berjalan.
Sederap bunyi ada kaki turut berhenti. Dan aku masih tak menapak. Aku nampak bayang. Aku menunduk dan pejam mata. Glup! Ni yang aku takutkan. Berhadapan dengan kau!

"Hai, nak balik?" Satu senyuman tergambar.
Senyuman yang aku rindu. Kau!

"Err.. balik.."
Ada suara lain datang!
"Woi, bangun! Ape ko ni?!!"
Aku celik mata aku sebesar-besar. (besar ke?) 
Kau hilang. Yang ada hanya, buchuk, dan dia; housemate ku.
#mengigau?

___________________________________________
huh. susah.

Tuesday, September 13, 2011

:: men-ca-pap ::

Blog ni tak de lah hebat mana pun. Kadang-kadang, apa yang ditulis ni, cikFa sendiri berbelit otak nak faham. Sendiri tulis, sendiri tak faham. Masalah! He He He. Gila seyh! Sejak dua menjak melonjat ke era penghujung tahun 2011 ni, cikFa rasa blog ni dah makin ramai pengunjungnya. Ada yang tinggal komen, membebel di chatbox, dan jugak melabelkan diri sebagai "penghendap" setia. Bab "penghendap" setia ni, i like! :)
Suka tau, bila update, ada yang bagi respon. Tanda ada jugak orang nak bagi feedback kat entry cikFa yang awesome so-so je tu. Mekasih mekasih. Sayang korang lah! Seriously, traffic meningkat since kejadian serang rumah blogger mahsyur seantero dungun, dan juga dunia maya ; En.Otomen. Berbaloi jugak ye. Walaupun komen korang sekadar " dari blog otomen". 
Errr, bukan nak cakap blog lain tak membantu cikFa. Ada-ada. Contohnya En.Jejaka Terhangat. Bila cikFa join assignment, sah-sah ada feedback dari blogger lain. Suka.

Persoalan disini ; adakah ini MEN-CA-PAP?

Ya! Blog memang perlukan sesi MEN-CA-PAP. Untuk per-kenal-kan blog ni kepada umum. Men-ca-pap ni, bukanlah sesi menggedikkan diri, ber-make-up tebal 4 lapis biar pipi nampak gebu, then hello-hello kat chat box blog blogger hebat Ayeem Ayam Aigoo~. Tapi, dengan men-ca-pap secara sihat. 

Bagaimana?

-Join Assignment/Contest.
Banyak blogger yang suka buat contest ni. Boleh la join, dan sah-sah link entry akan di post di blog contest tu. Dan untung-untung, ada yang akan terjah blog korang.

-Tempek link blog di fB/Buat page like ( Paksa kawan-kawan untuk "LIKE")
Ni rasanya rata-rata blogger buat. Dekat info, se-tempek link blog masing-masing. Bagus! Ni membantu dalam pomot korang punya blog. Err, page like? Cam mano eh? Buatla. Jangan buat event mintak like page sudah! Kang habis kena bako! HAHAHA.

-Post link entry ( Sah, cikFa selalu buat )
Ni normal jugak. Sesekali boleh la post. Nak-nak time korang rasa entry superb!

-Buat entry "feedback" tajuk blogger lain. Jangan COPY, tapi FEEDBACK.
Ni kes COPY and PASTE, SALIN dan TEMPEK. Jangan la buat ye, sebab ni boleh mencetuskan kemarahan tuan empunya entry. Kalau Feedback, insya-Allah tak. Kalau korang buat feedback pun korang kena marah, korang block je blog tu ye. Jangan follow lagi. Tapi, rasa entry tu patut di share, inform tuan empunya. Kan manis je. :)
Dah buat feedback tu, post la link kat entry yang korang duk kasi feedback tu. Baru mereka-mereka boleh respon and rilex. Err.. respect too!

_____________________________________________________
tempek = tampal
* perlu ke cikFa cerita ni semua? 
ans : NTAH! (kering idea babe!) 

Saturday, September 10, 2011

:: Nak Raya! ::

06.35 petang sabtu nan dingin.
Mak dan cikFa duk "lepak" di lobi rumah.
Mereka : Assalamualaikum.. Nak jambu!
Mak : Ambik ah! Makcik ok je! ngee.

Kami terus berdiskusi hangat.
Lepas 10 minit.

Mereka : Assalamulaikum.. Nak raya!
Adik : Nak raya? Eh, biar betik.
cikFa : Meh, nak settlekan. Ape adik-adik? Nak ape? ( buat macam tak dengar bab "raya" )
Mereka : *diam. ( sekali kakak garang ni datang da!!!)
cikFa : Nak jambu? Ambik laa dik!!

5 minit lepas tu.
Mereka : Assalamualaikum. Nak raya!!! Nak Raya!!! ( lagi clear )
Abg Ngah : Tuan rumah demam. Ni ambil duit raya. 
Mereka : * mata sinar-sinat. Terus datang beratur.


Pandai budak-budak zaman sekarang ni. Untuk cukupkan collection bulan Syawal ni, diaorang aturkan strategi baik punya. Datang rumah time-time waktu puncak.Memang hebat! Tahniah la adik-adik comel.

____________________________
waktu puncak = dah senja
nak elak datang beraya waktu senja, tuan rumah bagi je duit raya terus.

Wednesday, September 7, 2011

:: Kami datang nak beraya! ::

cikFa     : Lagi 3km , kiteorg sampai.
Otomen : Wokeh. Nanti boleh makan nasik sekali.
cikFa & Hanna : Nasik? :)

Pusing ke kiri dan kanan, tak cukup dengan tu, naik bukit, turun bukit. Mencabar jugak nak mencari rumah En.Otomen ni. ngee. Macam - macam lorong cikFa masuk. Berlian, Mutiara, Baiduri , semuanya berkilat-kilat nih. Berpinau-pinau mata den. He He He.

Hanna : Bang, Lorong Kristal mana?
Abg    : Adik terus ke depan, pastu menghala ke kedai runcit.
[abg ni biar betik. Dah 3 kali kot lalu ikut situ. sebijik kristal pun tak de]

Kitaorg dengan berbekalkan azam dan impian. Digagahi jugak untuk menjejak otomen.

cikFa : Otomen, mana kubu pertahanan ni? Tak jumpa.
Otomen : Haa.. terus ke depan, ke kiri, ke kanan, panjat gunung, turun sawah tu. depan tu sikit je.
cikFa : &;*()&;^^%$##@

****
Akhirnya. " Assalamualaikum... Hai Hai. "


Bertuah tau datang beraya rumah otomen ni. Tengok, penuh lauk pauk atas meja. Dan yang masyuk, sambal belacan. Tahu tahu je, cikFa ni kaki makan pedas. Orang Negeri Sembilan la katakan. Har Har Har.


Nah, nilah wajah Otomen Malaya. Hamzah Ian. Atau nama sebenar.. Errr Err.. Teettt. Okay.
Tersenyum je sokmo. Bagus budak ni. Ada mana-mana gadis yang ingin mengurat, sila belajar makan jantung pisang cicah sos bilis BUDU.


Makcik, Terima kasih atas layanan dan juadah semua. Ada masa, kiteorg datang lagi. Pekena dinner pulak. Aiyakk!  He He He. Dan berjuta terima kasih atas semua GOSIP Liar yang makcik sudi share-share dengan kiteorg ni. Kiteorg suka! Give us 5 Makcik! pap! paaapp!! :)


Pakej berhari raya. Berjalan ke pulau monyet  Tasik Putri. Pakej ni jugak, sekali dengan "outing photoshoot". Almaklumlah outing beraya dengan dua orang model ni, memang hangat! Model? Siapa..? Otomen dan Hanna. :)

Hanna.Otomen.cikFa

Terima kasih Otomen dan family sebab sudi sediakan pakej raya yang hangat. Siap dengan nasi-nasi segala. Tahun depan, insyaAllah kiteorg serang lagi. He He He. Tapi, kejap. Mana duit lima ploh hengget cikFa?

_______________________________________________

:: sayang kaulah , bodoh ver.2 ::



Dah lama aku tak cari kau. Tak ambil tahu pasal kau. Tapi kejap, lama mana aku tak ambil kisah pasal kau ni? 5 tahun ke? 5 bulan..? Maaf ye, baru 2 bulan. Dalam masa 2 bulan ni, sah-sah banyak yang berlaku dalam hidup kau. Dan yang sangat pasti, kau mesti tengah bahagia , kan?

Bila aku baca bait kata kau untuk dia, aku tahu kau sangat bahagia. Bila dia jauh dengan kau, dia akan ucap rindu. Aku tahu semua tu. Dan aku rasa ada gurisan dalam hati dan perasaan aku. Ya, aku tahu, bukan kau yang buat semua tu. Kau memang tak ada niat sekecil beras pun untu buat aku terluka. Aku yang terbuai dengan perasaan aku. Aku yang biarkan rasa sayang aku untuk kau hidup dengan nyawa aku. 

Kau ingat senang ke aku nak berhadapan dengan rasa ni semua? Nak dimudahkan pemahamanlah, aku ni pihak yang bertepuk sebelah tangan. Cop! Cop! Bukan setakat sebelah tangan, jari telunjuk pun belum tentu tau!. 

Ayat kau tu, dah macam kau cemburu. Bahaya tu, kawan! Nanti jadi dendam!. Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang akta ke-cemburu-an ini. Bab cemburu ni, aku mengakulah. Bab dendam, aku sedar dengan ketentunan Tuhan yang Maha Esa untuk hamba-Nya. Aku takkan pernah cemburu. Tapi aku tetap terluka. 

Aku dah lelah berjalan. Bawa sayang dan rindu aku. Kesana kemari. Lelah aku. Letih. Aku tertidur di satu perjalanan yang panjang.

****

Aku buka mata. Walaupun mata aku ni sepet, pandangan aku masih jelas. (tipu, padahal rabun kot.) Aku nampak kebahagiaan dan senyuman. Aku perlu melepaskan. Pisahkan rasa dan hati aku. Kau? Aku akan tinggalkan kau. Disini.

Untuk kau,
Terima kasih atas senyuman. Aku gembira.

Nota ini untuk kau. Dan hari-hari aku yang akan datang. Supaya kenangan ini ada dalam hidup aku. Walaupun aku sendiri yang melukisnya. Tanpa tangan kau. Tanpa hati kau, dan tanpa rasa kau suka aku. Aku suka kau. Suka. Dan itu memang pasti. 
Takpalah, kau sudah ada jalan kau. Jalan kau untuk meng-halal-kan dia bagi kau. Dan doakan aku, supaya bertemu dengan yang halal bagi aku. 

Akhir kalinya, aku nak kau tahu, Aku Sayang Kau.
Aku sayang kau , bodoh!


________________________________________________
cinta itu anugerah.
berbeza rasa dan rencahnya.
mungkin "aku" belum ditakdirkan bertemu
dengan yang halal baginya.
Esok? Mungkin. Siapa tahu.