Wednesday, September 7, 2011

:: Kami datang nak beraya! ::

cikFa     : Lagi 3km , kiteorg sampai.
Otomen : Wokeh. Nanti boleh makan nasik sekali.
cikFa & Hanna : Nasik? :)

Pusing ke kiri dan kanan, tak cukup dengan tu, naik bukit, turun bukit. Mencabar jugak nak mencari rumah En.Otomen ni. ngee. Macam - macam lorong cikFa masuk. Berlian, Mutiara, Baiduri , semuanya berkilat-kilat nih. Berpinau-pinau mata den. He He He.

Hanna : Bang, Lorong Kristal mana?
Abg    : Adik terus ke depan, pastu menghala ke kedai runcit.
[abg ni biar betik. Dah 3 kali kot lalu ikut situ. sebijik kristal pun tak de]

Kitaorg dengan berbekalkan azam dan impian. Digagahi jugak untuk menjejak otomen.

cikFa : Otomen, mana kubu pertahanan ni? Tak jumpa.
Otomen : Haa.. terus ke depan, ke kiri, ke kanan, panjat gunung, turun sawah tu. depan tu sikit je.
cikFa : &;*()&;^^%$##@

****
Akhirnya. " Assalamualaikum... Hai Hai. "


Bertuah tau datang beraya rumah otomen ni. Tengok, penuh lauk pauk atas meja. Dan yang masyuk, sambal belacan. Tahu tahu je, cikFa ni kaki makan pedas. Orang Negeri Sembilan la katakan. Har Har Har.


Nah, nilah wajah Otomen Malaya. Hamzah Ian. Atau nama sebenar.. Errr Err.. Teettt. Okay.
Tersenyum je sokmo. Bagus budak ni. Ada mana-mana gadis yang ingin mengurat, sila belajar makan jantung pisang cicah sos bilis BUDU.


Makcik, Terima kasih atas layanan dan juadah semua. Ada masa, kiteorg datang lagi. Pekena dinner pulak. Aiyakk!  He He He. Dan berjuta terima kasih atas semua GOSIP Liar yang makcik sudi share-share dengan kiteorg ni. Kiteorg suka! Give us 5 Makcik! pap! paaapp!! :)


Pakej berhari raya. Berjalan ke pulau monyet  Tasik Putri. Pakej ni jugak, sekali dengan "outing photoshoot". Almaklumlah outing beraya dengan dua orang model ni, memang hangat! Model? Siapa..? Otomen dan Hanna. :)

Hanna.Otomen.cikFa

Terima kasih Otomen dan family sebab sudi sediakan pakej raya yang hangat. Siap dengan nasi-nasi segala. Tahun depan, insyaAllah kiteorg serang lagi. He He He. Tapi, kejap. Mana duit lima ploh hengget cikFa?

_______________________________________________

10 comments:

ishiko said...

dtg dari belog mejah.. hehee

Sufisky Lass said...

dtg dri fanpage miejah . haha ;)

Cik Eka said...

wahhh bestnya raya umah mejah..tapi jauh la umah dia.heheh

salam kenal

mendatak hijau said...

mejah tulis 'ko tak basuh pinggan'

betul ke?

harharharhar

alepridz said...

huhu... seronok jer nampak gi beraya rumah ottoman tu...

ainaa said...

rajinnye dtg umah otomen. nama pon otomen, haruslah susah nak carik rumahnye. keh keh. nice one lah dear :)

aiko farahshahida said...

ishiko : mekasih singgah di rumah sy yg tak seberapa. :)

sufisky : mekasih jugak awak. :)

cik Eka : best mmg best ! keterujaan . HAHA. jauh? xpe, ade kesempatan, sila ke melawat otomen.

mendatak : erh, knp nama ko mendatak? bukan metadak ke? HAHA. err.. bab basuh pinggan.. ko tnya mak dia.

alep : hee. sonok la!

ainaa : hehe. keterujaan kan.. so, kena la rajin!.

IeRa said...

bestnye..hehehe
fara if free jenguk cni jap k..
http://ieraamier.blogspot.com/2011/09/monavie-rahsia-dan-keajaibannya-mesti.html

;P

YOUsoF said...

Hehe bertuahlah kauorang dapat beraya rumah Otomen..


Tahun depan dah boleh jimat masa 45minit dah kalau nak ke Lorong Kristal... ;D

aiko farahshahida said...

iera : i will dear. nnti cikfa jenguk2 ye. :)

yuosof : hehe. mmg save la lepas ni. peta nak ke jalan kristal pun dah hafal habis.