Friday, September 16, 2011

:: sayang kaulah , bodoh ver.3 ::

Ada event kat tempat aku. Aku tengok senarai nama, ada nama kau. Oh tidak. Takkanlah! grr~. Mahu tak mahu, aku kena pergi jugak. Sebab aku ni junior kat situ, nak tak nak, aku kena menampakkan diri aku , tanda memberi sokongan. #bodek jabatan. He He He
Semalaman aku tak boleh tidur. Aku peluk buchuk, tak de jugak datang ngantuk. Tak de pulak nak menguap. Tadi masa layan movie , menguap sakan. Sampai housemate aku bantai pekup mulut aku dengan kusyen. Jahat kau! Nak aku mati? huh. Mata aku masih pejam celik, pejam celik. Ikut arah pusingan kipas siling. #pening!

Ada bola yang bergolek. Aku? hanya dengan mr.nick dan air mineral. Duduk di tepi parkir. Nak shoot gambar, idea kosong. Aku terus mendiamkan diri dan senyum je. Kononnya sudah lupakan kau. Tapi hakikatnya, masih bersisa. Bersisa tahu tak? Sedih lagi ni!
Air mata aku tetap jatuh bila dengar lagu kisah hati dari aliyah. Err.. terbocor lak rahsia. :)
Seteguk demi seteguk, air aku telan. Tekak aku dah naik mual dah nak telan. Tapi cuaca panas, aku terpaksa jugak.

Ada yang menegur, aku cuma senyum. Aku rasa seperti tiada apa untuk aku disini. Tujuan, hanya nak menampakkan diri, dan aku sudah buat. Ketua  jabatan dah aku salam, semua dah aku hai hai - kan. 
Balik jela, tak de kerja dah aku kat sini. Hari pun dah panas, aku balik, mandi, tidur lagi syok. Melayan perasaan kat sini, buat apa. Kau? Hah? Aku tak nampak kau lagi. 
#Berhenti berjalan.
Sederap bunyi ada kaki turut berhenti. Dan aku masih tak menapak. Aku nampak bayang. Aku menunduk dan pejam mata. Glup! Ni yang aku takutkan. Berhadapan dengan kau!

"Hai, nak balik?" Satu senyuman tergambar.
Senyuman yang aku rindu. Kau!

"Err.. balik.."
Ada suara lain datang!
"Woi, bangun! Ape ko ni?!!"
Aku celik mata aku sebesar-besar. (besar ke?) 
Kau hilang. Yang ada hanya, buchuk, dan dia; housemate ku.
#mengigau?

___________________________________________
huh. susah.

7 comments:

pengHendap said...

hmm,xpham lg cite nie..

dah versi ke3 dah..

spe yg sbnarnye yg cikfa mksudkan bodoh tuh yg cikfa syg??

aiko farahshahida said...
This comment has been removed by the author.
aiko farahshahida said...

penghendap syg.. mmg dah ver3.. cuba baca dari ver1.. konfirm boleh fhm. :)

pengHendap said...

huhu..

xpela,lain kali bace leh pham kot..

byk2an lah tulis lg..

pengHendap akan sntias menghendap blog nie untuk mmbaca bahan yg menarik..

:)

aiko farahshahida said...

penghendap : oke. agak berbelit sikit kan. HAHA. sbb xreti sgt nak cite2 ni.

pengHendap said...

huhu..

xpe2..

slow tulis..

:)

aiko farahshahida said...

hehe. oke deh!
bagus pghendap ni