Monday, March 23, 2009

:: air mata ::

ia menitis lagi
dikelat malam sunyi
aku sembunyikan ia dari pandangan sesiapa
merah bola mata ku pejam jua
mengenangkan dugaan yang menimpa-nimpa
kalaulah aku mampu untuk mengembirakannya
tanpa sebarang calitan duka
kadang-kadang aku terfikir
adakah kerana aku semuanya begini?
jika dia menuruti kata orang sana
mungkin gembira dia sekarang
ia menitis lagi
mindaku kian memberat
ku hanya mampu menyeka titisan air putih ini
namun bukan menepis dugaan itu
masihkah ada cahaya matahari?
supaya bisa kau gembira disana
kn tenang ku disini
atau..

ia kan menitis lagi

1207am

No comments: