korang baca neh, then judge arr sndirik samaada neh aku ke tak..
berdasarkan tarikh lahir aku..aku ialah...
awk seorng yang konservatif..
Anda sangat peka dan tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.
Anda seorang yang mudah untuk disabotaj dan berkemampuan untuk kembali mensabotaj orang lain..Anda juga ada kelebihan dari segi getaran suara..iaitu kelebihan semasa melakukan presentation. Namun, kadangkala, kata-kata anda akan menguris hati orang lain sbb kata-kata anda cukup pedas!!! Getaran suara yang boleh memberikan motivasi kepada orang..sebab??? kerana kata-kata pedas ini akan membuatkan orang menyesal..Mampu untuk bercakap spontan, berhujah mahupun berdebat..opsss..mempunyai getaran suara yang boleh memikat lelaki..mudah meyakini penyokong ..Anda juga boleh dipercayai, suka belajar dan berbakat seni..mudah menyesuaikan diri sendiri..
Anda juga seorang yg boros..Anda seorang yg emosional..Namun, anda perlu didesak agar melakukan sesuatu..berpeluang bekerja sebagai pegawai atas jabatan kerajaan..Anda mampu mengecapi kejayaan..Seorang perancang yang hebat dan berprinsip namun tidak memikirkan kesannya..Anda seorang agresif, berpendidikan dan suka mencari pengetahuan..Namun begitu, anda panas baran..Anda bertindak pantas dalam segala hal dan semangat kejiwaan..
(will update soon)
>>rahsia tarikh lahir 11 januari 1990
No comments:
Post a Comment