Sunday, March 22, 2009

::mampukah aku::

mampu kah aku mengharungi semua detik-detik getir ujian ini
bisakah aku mematahkan ranting-ranting persoalan di benakku
lantangkah suara ku membicarakan perihal ini pada mereka
relakah mindaku membatasi fikiran kecilku untuk mencari jawapannya
sehari-hari aku dikejar
dihimpit oleh persoalan yang bertimpa-timpa
sudah ku bingit dengan pertanyaan mereka yang hanya ingin mendengar tapi tanpa relanya
sudah ku lali dengan kasihan mereka yang hanya pada nama
aku tak salah kan mereka
kerana mereka adalah mereka
dan bukan di tempat aku
mereka juga ada dahan persoalan sepertiku juga
aku fahami dan cukup mengerti

hanya yang ku mahu sekarang
hanya alunan doa agar aku bisa tenang menghadapi semua cubaan ini
agar aku mampu menahan segala persoalan untuk merungkainya satu persatu
semoga aku mampu untuk itu

ya Tuhanku Yang Maha Agung
ku mohon
siramilah aku dengan rahmat-Mu
agar aku mampu..

1256am

No comments: