Sunday, December 20, 2009

:: thanks girls ::

hye bintang..ciptaan Tuhan menghiasi langit malam.
walaupun kamu xkelihatan..tp hati ini ingin sekali bercerita lagi..mengenai kisah hari-hari ku..
mungkin nada malam ini agak berbeza dari malam sebelumnya ..sebab hati ini kian pulih dan sakit itu seperti sudah lali dalam diri..
aku tak mau dianggap lemah dan hanyut dalam rasa kasih yang tak berbalas..aku nak jadi wanita..bukan perempuan..lebih2 lagi yang hanya mampu lelehkan air mata ..
maaf jika ayat ini kasar..
namun, aku bencikan tangisan 'cengeng' yang hanya menjaja cerita utk meminta org memahami rasa hati..sedangkan kita sendiri lupa akan sakitnya hati yang terluka itu..
aku bukan berbicara atas dasar aku telah dilukai..bukan oleh cinta..tp diatas talian saudara..
semua pertalian itu bagaikan dikhianati..
ptg tadi..aku susuri jalan kenangan..walaupun tanpa sengaja..aku lalui jalan-jalan itu..terbayang segala kenangan indah..
gelak tawa..perasaan segan dan malu..bagaikan hiasi setiap tapak langkah ku..semua seperti semalam baru berlaku..dan aku bagaikan terjerat dalam mimpi kelat lagi hitam...
dimana, aku terpaksa membunuh perasaan hati ku untuk melepaskan dua hati yang akan bahagia..
jujur, dalam hatiku..ada sedikit kemelut benci lagi menyampah..mau saja aku sumpah mereka..namun..
mengenangkan tiada yang meminta semuannya begini..aku hembus nafasku sedalam dalamnya..
bercerita dengan "girls"..buat ku tersenyum..dari kisah A sampailah Z..kami berkongsi buat pertama kali..
mmg indah berbicara sesama yang telah merasai perit seperi aku..dan sukar nak berbicara dengan mereka yang sedang menjalani cinta indah mekar..
kerana dalam hati mereka..hanya kebahagian insan tercinta..bukan insan yang menyayangi nya..
kekuatan hati aku temui disitu..
kerna itu aku tersenyum..terima kasih !~
thanks girls..
mau sahaja aku laungkan kepada mu bintang..namun, diri mu xkelihatan..arghhh sukar betul..
aku ingin menutup mata..
0150am

No comments: