Saturday, October 29, 2011

:: penyu tertunduk dek masak lemak cili api ::

Pastinya ramai yang bercakap perihal bola. 
Itu tak kena, kat sini pancit. Semput la.. 
Ish, yang pasti,
Negeri Sembilan sudah menang.

Penyu?
Alhamdulillah, kita dah masuk final.
Lemah untuk permulaan, terus gagah bangun untuk peteh lawan.
Aih.. lembik pulak kat hujung-hujung.

Semuanya rezeki.

Musim depan cuba lagi erh. :)

#cepat iron baju. Esok kerja meyh!

Friday, October 21, 2011

:: sayang kaulah, bodoh! ver.4 ::

Melihat semua hasil karya aku untuk projek yang lepas. Terdetik juga yang aku ni pandai shoot gambar. He He He. Perasan! ya! tulah kau. Suka sangat perasan. Perasan itu, dan ini. Dan perasan dia tu comel. Dia? Alangkah bagus kalau aku boleh lupakan dia , macam aku delete semua gambar yang aku shoot ni. Just click punat 'tong sampah'. Cabaran betul!

Sekarang dah nak masuk setengah tahun aku merantau di tempat orang. Banyak yang aku jumpa. Banyak yang aku belajar. Tapi, dalam kesamaran malam, aku baru sedar. Hati aku tak terisi. Kosong je ni. Haissh..

Kosong yang macam mana kau maksudkan,hah? Kalau kosong yang kau rasa, mintak lah pada Dia yang sedia memberi. - Satu pesanan ringkas seorang teman. Dimeja tulis aku.

Ladang teh menghijau didepan mata aku. Hijaunya. Indah ciptaan Allah. Aku terlalu leka dengan keindahan batu konkrit di bandar, sampai lupa kehijauan berselang dengan peluh petani. Tapi, kesibukan jalan raya di sini, masih bersisa. Mana ubat bagi semua ini? Sibuk. Kesian anak kecil petani, ketakutan melintas untuk menyapa peluh ayah dan bonda mereka. Ahh. Kemajuan. Kehijauan. 
Lenguh sepasang kaki ni, masih terasa. Aku hirup teh BOH perisa vanilla yang berharga lebih dari RM 3. Terasa hangat dan lembutnya vanilla. Wangi. Senyum.
Lapang hati. Tenang. 
Sekeping kertas. Sebatang pen.

Aku sudah berjalan sejauh ini. Kerana ingin melihat kehijauan ladang terbentang. Aku sudah berjalan sejauh ini. Susuk tubuh itu masih bersisa. Aku ingin tinggalkan saja. Disini. Untuk kedua kalinya. Kepada-Nya aku memohon. Jika dia untuk ku, tunjukkanlah kepada dia jalan untuk memandang ku. Jika bukan, bantulah aku untuk ke destinasi pemilik hati aku ; dia yang belum ku kenali. Nota ini. Aku tulis, catatan terakhir tentangnya. Jangan tanya kenapa, dan mengapa. Kerana hanya satu jawapannya ; sayang kaulah, bodoh! Terima kasih. :) - matapenasaya.

-------------------------------------------------
mintalah pada Dia yang setia memberi 

Thursday, October 20, 2011

:: mari kita amalkan, kawan ::

Mak dan ayah selalu pesan, kalau rasa takut.. baca ayatul kursi. InsyaAllah, kita akan tenang.


Bacalah walau dimana kita berada, keadaan apa sekali pun.


cikFa dapat mesej dari seorang hamba Allah. dan sangat terpanggil untuk share dengan semua. 


Sekiranya kita membaca ayatul Kursi ketika ;
1. keluar dari rumah, 7000 malaikat akan menjaga kita dari semua sisi
2. masuk ke dalam rumah, kemiskinan tidak akan masuk ke dalam rumah kita
3. setelah berwudhu, darjat kita akan dinaikkan 70 tingkat
4. hendak tidur, malaikat akan menjaga kita sepanjang malam
5. selepas solat , jarak antara kita dan syurga hanyalah kematian
6. kita dalam kesempitan (kesusahan), nescaya Allah akan memberi pertolongan kepada kita
7. ketika diakhir solat, Allah akan mengendalikan pengambilan roh kita dan kita adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.


"Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang dilangit dan dibumi. Tiada yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. "
----------------------------------------------------------------
sama-sama kita berkongsi.
dan mengamalkannya.
wallahualam.

Wednesday, October 19, 2011

:: Ambition (s) ::

1997, tahun 1 Ehsan. Subjek ; Bahasa Melayu.

" Tahu tak apa itu cita-cita? "

" Err..gape tu? " - soal budak lelaki paling comel dalam kelas. Rambut belah tengah beb!

(mati kutu kejap)

" Bila besar nak jadi apa?" - cikgu beralih kat sorang budak perempuan yang senyap ni. Tocang rambut sakan. Beriben segala.

"Err. saya nok jadi... "

Ayat tak habis lagi, cikgu dah pangkah.
"Pilih, nak jadi cikgu, polis atau doktor? "
(muka serius tunggu jawapan)

"Err.. " - budak perempuan tu masih diam. Air mata berlinangan sudah!.

Ada satu suara dari sudut belakang kelas.
" Cita-cita tu ada 3 je ke cikgu? Sebab saya takboh jadi macang hok cikgu royak tu."

-------------------------------------------------------------------------------
cita-cita ; kadang-kadang kanak-kanak ni perlu diberikan ruang kebebasan.
kebebasan dalam mencorak siapa mereka 5, 10 atau 15 tahun akan datang.
bukan kebebasan secara total, tapi berbentuk sedikit kelonggaran. 

Friday, October 14, 2011

:: Encik Mimpi - blogger & singer ::

This is first time cikFa berdiskusi tentang seorang blogger (dan juga penyanyi - He He He). 
Nama mamat ni, Encik Mimpi.Dan mungkin ade yang dah kenal dengan mamat ni. Kalau tak kenal as a blogger, maybe kenal dengan suara dia. Dengan petikan 9 cord gitar ( budak darjah 2 pun tahu main - katanya lah!), dan suara yang ala-ala macho sweet-sweet, mamat ni uploadlah video dia kat tiubawak.. (Err..macam tak comey je.) Okay, Utube.
Since petang tadi pun, dah ramai yang share-kan video dia kat facebook. Ye Ye, mungkin dah lama orang share, cuma cikFa yang tak perasaan. :)




Lepas korek-korek sikit, jumpalah blog Encik kuat Mimpi ni. Boleh dikatakan semua tentang lagu. Itu lagu, ini lagu. Memang meng-ekspresi-kan jiwa dengan lagu lah. Indah sangat. 

Kadang-kadang, rasa ni kita tak mampu nak lukis atau tulis macam nak mengarang cerita dongeng. Dan dengan muzik dan nada, semua rasa boleh dizahirkan dengan seikhlasnya. Melalui lagu yang Encik Mimpi tulis, rasa tu dapat disentuh dan dilihat walaupun dalam samar.


 iluvetwinkle :)

-------------------------------------------------------------------------
To : Encik Mimpi, Good Luck. 
Ber-gitarlah selagi terdaya.
Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
Err, maaf, kalau tak suka cara cikFa bercerita. :)

Utube : sini

Monday, October 10, 2011

:: Gigitan Chenta ::

Sambil-sambil berjalan di alam maya ni, cikFa terjumpa satu artikel di blog saudara Ismet Ulam Raja.  
" Bahaya LoveBite "

Gigitan Cinta atau orang kita lebih gemar sebut "LoveBite" , biasanya akan kelihatan seperti lebam. How to make it? Or when we need to make it?.. Jangan la tanya cikFa ye. Sebab cikFa "takde" jawapan untuk itu. He He He. 
 
Okay, cikFa terus direct to the point ye, Gigitan cinta ni akan kelihatan seperti LEBAM (kebiruan atau kemerahan). Lebam ini berlaku disebabkan oleh pembulur darah rosak atau berlaku luka terhadap salut pembulur darah. Keadaan ni dipanggil hematoma.

Darah yang membeku ni, akan terus bergerak ke jantung ( mengikut laluan darah normal dalam tubuh kita). Cuba bayang, bila dah ke jantung..... Sah-sah akan menyebabkan pengaliran darah terganggu kan? Maka berlakulah strok , serangan jantung dan sebagainya.

Kita perlu ingat, darah, salur darah, dan jantung adalah pekerja kepada syarikat yang sama (kita). Kalau pekerja buat hal, habisla ranap syarikat tu. Untung boleh jadi rugi, dah rugi... mula lah lingkup!

---------------------------------------------------------------------------------
hematoma - pendarahan diluar salur darah. 
menyebabkan berlakunya darah beku.
Hati-hatilah. Jangan jadi "pembunuh" kepada pasangan HALAL anda.

Wednesday, October 5, 2011

:: Kemandulan kaum Lelaki? ::

Kemandulan. Satu istilah yang sering dilemparkan kepada kaum wanita. Tapi sedarkah kita, kaum adam juga tidak pernah terlepas. Err, macam berat je tajuk entry kali ni, cikFa yang bujang dan still single ni nak bercakap perihal seks dan kemandulan? Aishh.. 

Okay, kemandulan ni, adalah satu pemasalahan yang selalu duk menikam kalbu pasangan suami isteri. Yela. kahwin dah 5 tahun, asal balik kampung je.. habis satu kampung termasuk Tok Penghulu duk tanya, bila nak ada si junior.. 

Tok Penghulu : Amin, ko ni asyik berdua je.. tak habis lagi zaman honeymoon? Bila nak membiak? 
Amin : Belum rezeki tok.. 

Mak Kiah : Amin, ko pasang la sorang lagi. Kahwin dah 5 tahun, sorang anak pun tak dapat. Isteri ko tu mandul ke? Senang-senang, nikah je satu lagi.
Amin : Err..

Asal lambat dapat anak, suruh pasang cawangan. Hello, kemandulan ni bukan kaum wanita je. Kaum lelaki juga! Sila sedar akan itu. He He He. 

Doktor : Amin, isteri u tak de masalah. sihat dan subur. Cuma.. u yang bermasalah. Azoospermia.
Amin : Azoo.. what??!

Okay, Azoospermia tu salah satu jenis kemandulan bagi kaum adam. Iaitu tidak mempunyai sperma hidup, atau dalam repot kesihatan akan ditulis "No sperm" atau "Nil". Ianya mungkin disebabkan adanya kecederaan di kemaluan lelaki. Yela, time kecik-kecik nakal sangat. Main basikal, pastu jatuh atas palang basikal.. Hampeh! Terus ifek kat situ. 

Ada lagi istilah lain, agak berbelit. He He He.

Oligospermia = Bilangan sperma merosot.
Asthenospermia = Sperma tak aktif.
Teratospermia = Bentuk sperma yang pelik.

Kenapa boleh jadi macam ni? Takkan kes jatuh kat palang basikal je? Hurm, banyak lagi penyebabnya. Contohnya, pemakaian seluar dalam yang ketat. Sebab boleh mendedahkan testis kepada suhu yang tinggi. Testis sensitif dengan suhu. Orang yang selalu stress juga boleh menyebabkan Oligospermia. So, Happykan dirimu. Hee~ :)

Haa, satu lagi. Lelaki please jangan sesekali letakkan laptop di atas riba. Itu boleh meningkatkan suhu. Bahaya! :D




------------------------------------------------------------------------------
entry berani mati. hehe.
sekadar berkongsi..
wanita, kamu juga perlu ke sini.  

Saturday, October 1, 2011

:: sibuk. oh, tidak! ::

Sejak cikFa serius dengan kerja sekarang, cikFa dah masuk ke alam "manusia sibuk". Bukan sibuk hal orang, tapi sibuk dengan hal sendiri. Err.. tapi bagus apa! Dalam kesibukan cikFa ni, cikFa sedar satu benda ; selagi tak belajar untuk sibuk sekarang, bila lagi. So, cikFa sibuk-sibukkanlah diri sekarang ni. Aishh, sibuk betul!

Turun pagi balik petang, turun petang balik malam. Huh. Penat sangat. Belajar itu ini. Jumpa macam-macam gelagat manusia. Yang peramah, pemarah, sombong, baik hati, pemurah, pemeras.. semua ada. Lengkap!

Sekali cikFa senyum, 10 kali dia membalas. Dan ada juga buat-buat tak perasaan. 
Ayat yang tak lekang, dan selalu buat cikFa tersengih sorang-sorang.

" U look so young! Dan kerja macam ni. Bagus la! "
" Err, study medical lab, then, u buat bisnes ni? wow! Jauh terbang melayang! "

Err.. ok.
senyum.



umur : 21 tahun.
jawatan : ASP - unit trust consultant public mutual berhad.

*mudakah? hee